Kepercayaan kepada tuhan merupakan satu naluri semulajadi manusia. Naluri ini mendorong manusia cuba mencari dan mentakrif kehidupan serta kebergantungan kepada satu kuasa yang lebih besar dan agung bukan kerana pilihan tetapi hakikat. Akibatnya, manusia di zaman kuno percaya bahawa kuasa luar biasa itu membentuk berbagai kewarasan kepercayaan ketuhanan kuno. Mereka beramal dari kepercayaan ketuhanan ini dengan mengadakan penghormatan, pengorbanan dan penyembahan sebagai ibadah tertentu yang kemudiannya turun temurun kepada generasi demi generasi. Perkembangan kewarasan tamadun sedikit demi sedikit telah menganjak amalan undang-undang berkaitan kepercayaan ini sebagai perkara yang boleh dan yang tidak boleh diamalkan. Max Muller berpendapat bahawa manusia telah beragama sejak muncul di alam nyata dengan merasakan kehebatan ruang yang tidak diketahui dan kebesaran waktu yang tiada penghujungnya. Akhirnya mereka mengikat diri kepada perkara itu dalam kehidupan mereka.
Sebenarnya naluri beragama itu sama-sama dimiliki oleh setiap jenis manusia bahkan oleh puak-puak primitif atau yang bersifat kehaiwanan bahawa perhatian terhadap makna ketuhanan dan kepada ‘super natural’ merupakan kecenderungan yang kekal dan sejagat serta tidak tersembunyi atau menjadi layu dan lemah (La Rousse). Sejarah manusia telah menunjukkan bahawa di masa yang telah amat jauh berlalu, telah dijumpai masyarakat manusia yang tidak memiliki falsafah dan tidak pula mengenal ilmu atau kemahiran tetapi tiada satupun dari kumpulan manusia ini yang tidak memiliki sesuatu kepercayaan yang dianuti (Henri Bergson).
Faham fitrah yang lurus amat penting sekali dalam mewarna kehidupan dengan ketamadunan sebenar kerana fitrah akan membawa manusia kepada takrifan kepada hakikat ketuhanan. Fitrah adalah perkembangan undang-undang rimba dahulu kala kepada tamadun bangsa. Apabila manusia menolak fitrah, manusia dikudakan oleh nafsu yang menjunjung undang-undang rimba kuno semata-mata sebagai panji kehidupan. Pengabaian sejarah dan perkembangan undang-undang rimba ini telah melenyapkan sempadan aqal waras dan undang-undang hakiki serta saduran ciptaan adat yang tidak bercanggah.
Antara aqal dan nafsu terdapat benteng waras yang membezakan tindakan dan amalan pelaku. Nafsu waras adalah nafsu yang terbimbing oleh kemurnian aqal manakala aqal waras pula adalah tindakan yang dilakukan dengan panduan nafsu waras dan munasabah. Waras merupakan satu keadaan yang berada ditengah-tengah di antara kedua-duanya. Pemikiran dan kematangannya berkembang dengan benih kewarasan dan munasabah seiringan sehingga agama Islam meletakkan taklif kepada kewarasan ini yang tertakluk kepada jangkawaktu dan prasyarat.
Prasyarat pula adalah jalan-jalan syariat yang berpaksikan kepada maqasidnya. Apa yang boleh serta perlu buat dan apa yang tidak. Lima pengkelasan hukum taklif iaitu wajib, sunat, harus, makruh dan haram adalah terpakai dalam apa saja keadaan dan tindakan. Dalam perkembangan masyarakat terutamanya golongan muda-mudi sekarang, terdapat kecenderungan fahaman undang-undang rimba kuno telah menyumbang kepada berlakunya berbagai kerosakan akhlak. Undang-undang fitrah kuno dan tidak matang menjadi pendorong tamadun akhirnya menganggap ketentuan ini bersifat lapuk dan boleh untuk tidak dipakai. Hukum taklifi yang mereka budayapakaikan adalah semata-mata atas dogeng mereka yang sering tidak seimbang dan adil dalam terjemahan sebenar maksud sesuatu tindakan. Akibatnya, masyarakat balik semula ke zaman undang-undang rimba kuno.
Undang-undang rimba diangkat menjadi benteng baru sehingga mampu menolak walaupun kewarasan sendiri. Dalam Protokol Yahudi, ternyata perkara ini telah ditambahbaikan tanpa disedari dan diterapi untuk kaum mereka menguasai dunia. Jelas kejayaan mereka memesong dan menguasai kedudukan iqtisadi, siasah dan kemasyarakatan bangsa-bangsa dunia di persada antarabangsa. Bermula dari penguasaan aturan kewangan dengan menghilangkan kemampuan perantara pertukaran emas dan perak kepada wang fiat sehinggalah kepada kekuatan persenjataan untuk menakluki kebebasan dan kefahaman gentile (orang bukan Yahudi).
Perjuangan kebangkitan baru memperkasakan maqasid syariah dan menggunapakai Qawa’id Fiqhiyyah dalam ijtihad semasa perlu diberi keutamaan. Ledakan perlaksanaan sistem kewangan Islam dengan pokok utama pentakrifan semula dan penghapusan riba, pengurusan berasaskan nilai dan kepenggunaan berdasarkan kepada faham halalan tayyiban merupakan ancaman kepada dakyah mereka. Ummah perlu meletakkan kembali al-‘adl wal ehsan sekiranya ingin menguasai aturan kewangan dunia dari lonjakan kewangan Islam, penyelarasan nilai Islami dalam ehwal pengurusan sama ada siasah, iqtisadiah atau jama’iyyah serta mendahului faham kepenggunaan mengatasi faham kosher yang mereka perkenalkan. Musuh tidak berhenti dan mudah menyerah begitu saja. Perancang ummah perlu mempunyai hikmah mendahului apa yang mereka cetuskan. Begitu juga ummah perlu menyokong perjuangan ini dengan keupayaan maisng-masing. Pemutarbelitan undang-undang fitrah akan terus berlaku dalam rangkaian tamadun manusia untuk mengubah layar sudut pandangan alam Islam.
Kita tahu bahawa pengabaian kejiranan atau silaturrahim dan fitrah yang terpimpin memberi tamparan hebat dalam kes kehilangan Adik Sharlinie atau kes-kes lain. Namun, dalam sedar atau tidak, masyarakat atau kita sendiri tidak berusaha untuk membangunkan kejiranan yang sewajarnya. Kewarasan kita telah dicemari akibat serangan, pengubahsuaian dan pencemaran terhadap undang-undang rimba dan fitrah. Oleh itu, adalah menjadi satu perjuangan penting dalam dasar negara dan pemikiran masyarakat terhadap sudut Kepercayaan Kepada Tuhan dalam Rukunegara dan usaha menerapkan semula dengan bersungguh-sungguh dalam pendidikan. Hal ini tidak terkecuali sebagai contoh ke atas agenda Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) berbanding keutamaan modul lain.
Landasan penerapan kepada fitrah kewujudan tuhan perlulah diterapkan sehingga ia berupaya merasai kehadiran dan kegerunan (taqwa). Akhirnya, inilah bekalan yang membentuk tingkahlaku sebenar bermula dari sudut pandangan sehinggalah kepada perlakuan. Setiap gerak hati kepada tindakan akan didisiplinkan oleh fitrah ketuhanan hakiki. Bersedia atau tidak, suatu hari akan tiba ke penghujungnya sama ada diingati atau dilupakan akan ditinggalkan. Biarlah kehadiran kita menyumbang kepada pemurnian tamadun bangsa. Apa yang penting bukanlah kecekapan tetapi perwatakan. Kehidupan bukan ketentuan keadaan, tetapi pilihan, keredaan dan perkenan Ilahi.