
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) telah menganjurkan satu webinar bertajuk ‘Ke Arah Umat Digital: Isu, Cabaran dan Cadangan Penyelesaian secara dalam talian pada 14 Disember 2020. Webinar tersebut adalah bagi membincangkan apakah isu dan cabaran dalam era digital ini khususnya kepada umat Islam dan seterus memberikan cadagan penyelesainya.
Era digital masa kini dalam arus perkembangan sains dan teknologi telah memberikan cadabaran besar bagi umat Islam. Cabaran-cabaran tersebut adalah seperti jurang digital antara penduduk bandar dan luar bandar terutama penduduk kawasan pendalaman, dilema pekerjaan dalam era digital yang mana banyak pekerjaan akan diambil alih samada oleh kecerdasan buatan artificial intelligent(AI), robotik dan lain-lain. Tidak ketinggalan cabaran terhadap dakwah yang semakin sengit apabila berlaku penyebaran hadis-hadis palsu, ajaran sesat serta lain-lain fahaman di media sosial, cabaran adab ketka menuntut ilmu secara atas talian dan yang paling dibimbangi ialah cabaran terhadap alam sekitar kerana dibimbangi bahan buangan elektronik semakin bertambah setiap hari.
7 orang pembentang telah dijemput untuk membentangkan tajuk-tajuk yang relevan kepada perbincangan webinar ini iaitu: Prof. Dr. Mohamad Fauzan bin Noordin, Professor, Kulliyah Teknologi Maklumat dan Komunikasi, UIAM, Professor Dr. Che Su binti Mustaffa, Professor, Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi, UUM, Hajah Mahuran Saro binti Dato’ Haji Sariki, Talent Corporation Malaysia Berhad, Dr. Nor Azaruddin Husni Bin Hj Nuruddin, Felow Kanan, Pusat Kajian Sains dan Alam Sekitar, IKIM, Dr. Khadijah binti Abdul Razak, Pensyarah Kanan, Pusat Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti, Fakulti Pendidikan UKM, Dr. Raja Jamilah binti Raja Yusof, Pensyarah Kanan Jabatan Kejuruteraan Perisian, Fakulti Komputer dan Teknologi Maklumat, UM dan Pn. Azrina binti Sobian, Felow Pusat Kajian Sains dan Alam Sekitar, IKIM. IKIM mengharapkan agar webinar ini akan dapat berkongsi ilmu bagaimna umat Islam perlu mempersiapkan diri bagi menghadapi cabaran di era digital ini.