• Tender/Sebutharga
  • Melayu
  • English
ikimikim
Hubungi Kami
T: 03-62046200 | F: 03-62014189
Waktu Operasi
Isnin - Jumaat 08:00 - 17:00
Emel
[email protected]
  • UTAMA
  • INFO KORPORAT
    • INFO KORPORAT
    • Perutusan Pengerusi
    • Maklumat Asas
      • Maklumat Asas
      • Pengenalan & Penubuhan
      • Dasar Matlamat & Kualiti
      • Fungsi, Visi, Misi & Nilai
      • Piagam Pelanggan
      • Logo
      • Carta Organisasi
      • Carta Fungsi
    • Lembaga Pengarah
    • Pengurusan Tertinggi
      • Pengurusan Tertinggi
      • Pejabat Ketua Pengarah
    • Pengurusan Kanan
    • Pejabat Ketua Pengarah
      • Pejabat Ketua Pengarah
      • Unit Editorial
      • Unit Perhubungan Korporat
      • Unit Perpustakaan IKIM
      • Penerbit IKIM
      • Unit Program & Latihan
    • Pusat Akademik
      • Pusat Akademik
      • Pusat Kajian Ekonomi & Kemasyarakatan (EMAS)
      • Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang & Politik (SYARAK)
      • Pusat Kajian Sains & Alam Sekitar (KIAS)
    • Bahagian Pengurusan Kewangan & Pelaburan
    • Bahagian Khidmat Pengurusan
      • Bahagian Khidmat Pengurusan
      • Pejabat Pengarah (BKP)
      • Unit Pentadbiran & Perolehan (UPEN)
      • Unit Inovasi & Kualiti (UNIK)
      • Unit Teknikal & Prasarana (UTEP)
      • Unit Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (UTEK)
      • Unit Modal Insan (UMIN)
    • Radio IKIM
      • Radio IKIM
      • Unit Kejuruteraan Penyiaran
      • Unit Teknologi Digital (UTEL)
    • tvIKIM
    • Bahagian Ekonomi & Pemasaran
      • Bahagian Ekonomi & Pemasaran
      • Pembangunan Ekonomi & Kawalan Kredit
        • Pembangunan Ekonomi & Kawalan Kredit
        • Seksyen Kawalan Kredit & Pengurusan Kos
        • Seksyen Trafik
      • Unit Pemasaran & Promosi
    • Video Korporat IKIM
    • Kerjaya
  • PERKHIDMATAN & PRODUK
    • PERKHIDMATAN & PRODUK
    • Program
    • Penerbitan & Produksi
      • Penerbitan & Produksi
      • Katalog Buku IKIM
      • Buku Terbitan IKIM
      • Produk Audio & Video
    • Perundingan
      • Perundingan
      • Khidmat Kepakaran Pegawai Akademik
    • Pengiklanan @ Radio IKIM 2021
    • Pengurusan Acara
  • MEDIA
    • MEDIA
    • Senarai Penulis
    • Senarai Artikel
      • Senarai Artikel
      • Artikel
      • Berita Harian – Dr. Shamrahayu
      • Sinar Harian
      • The Star
      • Utusan Malaysia
      • New Straits Times
    • Buletin
      • Buletin
      • Berita Semasa
      • Buletin IKIM
    • Teks Ucapan
    • Kenyataan Media
    • Muat Turun
    • Video
      • Video
      • Video Korporat
      • Video tvIKIM
  • HUBUNGI
    • HUBUNGI
      • Hubungi

        Alamat :

        Institut Kefahaman Islam Malaysia
        No. 2, Langgak Tunku Off Jalan Tuanku Abdul Halim,
        50480 Kuala Lumpur, Malaysia

        No Tel :

        +603-62046200

        Emel :

        [email protected]

    Laman Web Rasmi: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Laman Web Rasmi: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
    • UTAMA
    • INFO KORPORAT
      • INFO KORPORAT
      • Perutusan Pengerusi
      • Maklumat Asas
        • Maklumat Asas
        • Pengenalan & Penubuhan
        • Dasar Matlamat & Kualiti
        • Fungsi, Visi, Misi & Nilai
        • Piagam Pelanggan
        • Logo
        • Carta Organisasi
        • Carta Fungsi
      • Lembaga Pengarah
      • Pengurusan Tertinggi
        • Pengurusan Tertinggi
        • Pejabat Ketua Pengarah
      • Pengurusan Kanan
      • Pejabat Ketua Pengarah
        • Pejabat Ketua Pengarah
        • Unit Editorial
        • Unit Perhubungan Korporat
        • Unit Perpustakaan IKIM
        • Penerbit IKIM
        • Unit Program & Latihan
      • Pusat Akademik
        • Pusat Akademik
        • Pusat Kajian Ekonomi & Kemasyarakatan (EMAS)
        • Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang & Politik (SYARAK)
        • Pusat Kajian Sains & Alam Sekitar (KIAS)
      • Bahagian Pengurusan Kewangan & Pelaburan
      • Bahagian Khidmat Pengurusan
        • Bahagian Khidmat Pengurusan
        • Pejabat Pengarah (BKP)
        • Unit Pentadbiran & Perolehan (UPEN)
        • Unit Inovasi & Kualiti (UNIK)
        • Unit Teknikal & Prasarana (UTEP)
        • Unit Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (UTEK)
        • Unit Modal Insan (UMIN)
      • Radio IKIM
        • Radio IKIM
        • Unit Kejuruteraan Penyiaran
        • Unit Teknologi Digital (UTEL)
      • tvIKIM
      • Bahagian Ekonomi & Pemasaran
        • Bahagian Ekonomi & Pemasaran
        • Pembangunan Ekonomi & Kawalan Kredit
          • Pembangunan Ekonomi & Kawalan Kredit
          • Seksyen Kawalan Kredit & Pengurusan Kos
          • Seksyen Trafik
        • Unit Pemasaran & Promosi
      • Video Korporat IKIM
      • Kerjaya
    • PERKHIDMATAN & PRODUK
      • PERKHIDMATAN & PRODUK
      • Program
      • Penerbitan & Produksi
        • Penerbitan & Produksi
        • Katalog Buku IKIM
        • Buku Terbitan IKIM
        • Produk Audio & Video
      • Perundingan
        • Perundingan
        • Khidmat Kepakaran Pegawai Akademik
      • Pengiklanan @ Radio IKIM 2021
      • Pengurusan Acara
    • MEDIA
      • MEDIA
      • Senarai Penulis
      • Senarai Artikel
        • Senarai Artikel
        • Artikel
        • Berita Harian – Dr. Shamrahayu
        • Sinar Harian
        • The Star
        • Utusan Malaysia
        • New Straits Times
      • Buletin
        • Buletin
        • Berita Semasa
        • Buletin IKIM
      • Teks Ucapan
      • Kenyataan Media
      • Muat Turun
      • Video
        • Video
        • Video Korporat
        • Video tvIKIM
    • HUBUNGI
      • HUBUNGI
        • Hubungi

          Alamat :

          Institut Kefahaman Islam Malaysia
          No. 2, Langgak Tunku Off Jalan Tuanku Abdul Halim,
          50480 Kuala Lumpur, Malaysia

          No Tel :

          +603-62046200

          Emel :

          [email protected]

      Berita Harian

      Wajib Meminta Maaf dan Memulangkan Hak

      • Encik Md. Asham bin Ahmad
      • 12/02/2021

      Setiap manusia tidak akan terlepas daripada melakukan dosa dan kesilapan, dan sebaik-baik manusia bukanlah yang tidak pernah berdosa tetapi sentiasa menginsafi kesilapan diri dan bertaubat. Menurut Imam al-Nawawi dalam kitabnya Riyad al-Salihin, wajib bagi seseorang yang berdosa kepada Allah SWT bertaubat, iaitu meninggalkan dosa yang pernah dilakukan, bersungguh-sungguh menyesali kesalahannya dan berazam untuk tidak lagi mengulanginya. Bertaubat ke atas dosa terhadap manusia, walau bagaimanapun, adalah lebih sukar. Seseorang yang berdosa kepada orang lain bukan sahaja wajib bertaubat kepada Allah SWT tetapi juga wajib memohon kemaafan orang yang dizaliminya dan memulangkan haknya. Sekiranya kesalahan yang dilakukan itu melibatkan hak seseorang seperti hartanya diambil tanpa izinnya maka bukan sekadar permohonan maaf sahaja yang wajib dilakukan tetapi hendaklah dikembalikan haknya yang hilang, ataupun digantikan dengan nilai yang sama, ataupun diminta halalkan.

                  Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW dalam keadaan gering sebelum Baginda wafat telah mengumpulkan para sahabatnya lalu Baginda bersabda: “Sesungguhnya aku akan pergi menemui Allah SWT, dan sebelum aku pergi aku ingin menyelesaikan segala urusan dengan manusia. Maka aku ingin bertanya kepada kalian semua; Adakah aku ada berhutang kepada kalian? Aku ingin menyelesaikan hutang tersebut, kerana aku tidak mahu bertemu dengan Allah SWT dalam keadaan berhutang dengan manusia.”  Semua yang hadir terdiam, sehinggakan Rasulullah SAW mengulangi pertanyaannya itu sebanyak tiga kali. Tiba-tiba muncul Ukashah mendakwa pernah terkena sebatan cemeti Baginda, dalam Perang Uhud. Menurut Ukashah, ketika Baginda mahu memukul kudanya cemeti Baginda, telah terkena dada Ukashah yang berada di belakang kuda Baginda. Selesai mendengar penjelasan Ukashah, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya itu adalah hutang wahai Ukashah. Kalau dahulu aku memukulmu maka hari ini aku akan menerima hal yang sama.” Para sahabat yang lain amat terkejut dan marah kepada Ukashah serta meminta untuk menggantikan tempat Baginda yang sedang sakit itu untuk menerima sebatan balas.Dipendekkan cerita, semua permintaan mereka ditolak oleh Rasulullah SAW yang menegaskan bahawa itu ialah urusan antara Baginda  dengan Ukashah. Dan dipendekkan cerita lagi, bukanlah niat Ukashah untuk menuntut “hutang” dari Rasulullah SAW kerana yang dia lakukan akhirnya bukanlah menyebat kembali Rasulullah SAW tetapi memeluk tubuh Baginda yang mulia itu sebagai tanda kecintaannya kepada Baginda SAW.

                  Kisah ini bukan sahaja menyentuh hati sesiapa sahaja yang membacanya tetapi memberikan pengajaran yang amat besar, iaitu dosa sesama manusia tidak akan terampun sekiranya tidak dimaafkan oleh tuan punya badan. Demikianlah bagaimana Baginda SAW menunjukkan kepada kita contoh tauladan yang tiada bandingannya bagi menunjukkan peri pentingnya menyelesaikan hutang piutang sesama manusia sebelum kita kembali menemui Allah SWT.

                  Dalam kisah Ukashah tersebut, “hak” yang dituntut merupakan kesakitan yang ditanggungnya akibat terkena cemeti Baginda SAW, dan hak itu telah diiktiraf dan dijamin oleh Baginda. Justeru, Baginda meminta diambilkan cemeti supaya Ukashah dapat memukul Baginda dengan cemeti itu. Baginda ingin mengajarkan kepada umat Baginda bahawa kesakitan dipukul cemeti itu di dunia ini hanyalah sedikit dibandingkan azab yang akan diterima di Akhirat oleh seseorang yang menzalimi orang lain dan menafikan hak mereka di dunia ini.

                  Dalam soal hak, hadis tersebut menunjukkan bahawa di sisi Allah SWT setiap manusia adalah dijamin haknya. Walaupun Ukashah merupakan manusia biasa akan tetapi haknya etap diiktiraf dan dihormati oleh Rasulullah SAW yang merupakan Kekasih Allah dan semulia-mulia ciptaan-Nya. Sebagai pemilik hak yang sah Ukashah berhak menuntutnya dikembalikan ataupun memaafkan, dan tiada siapa yang berhak mengubah keputusan dan pilihannya.

                  Hadis ini  merupakan  peringatan khusus kepada golongan yang berkuasa dan berjawatan agar tidak lupa hak orang lain, khususnya orang bawahan yang berada di bawah seliaan dan tanggungjawabnya. Sering kali penindasan dan kezaliman dilakukan atas nama prosedur dan peraturan, akan tetapi keadilan tidak boleh disempitkan maknanyanya semata-mata kepada prosedur dan peraturan, sedangkan dengan jawatan dan kuasa yang ada pada seseorang prosedur dan peraturan itu boleh digunakan untuk menzalimi dan menafikan hak orang lain. Kuasa dan jawatan yang sedikit dan sementara itu, walau bagaimanapun, tidak akan berupaya melindunginya dari kemurkaan Allah SWT di Hari Pembalasan. Pada hari itu setiap yang dizalimi haknya akan menuntut kembali haknya di hadapan Allah Tuhan Yang Maha Adil lagi Maha Mengetahui. Bagi mereka yang terlanjur menzalimi orang lain adalah “lebih mudah” untuk menyelesaikannya semasa hidup di dunia, yang boleh dibandingkan dengan “penyelesaian di luar mahkamah”. Akan tetapi, bertaubat dan memohon keampunan atas kesalahan pada hakikatnya bukanlah perkara yang mudah dan senang untuk dilakukan. Selain keyakinan terhadap Hari Akhirat dan kebenaran janji-janji Allah SWT, seseorang itu hendaklah mempunyai sifat ikhlas dan rendah diri. Pangkat dan kekuasaan, walau bagaimanapun, sering kali menjadi seseorang itu bongkak dan sombong, dan itulah sifat yang menghalangnya daripada bertaubat dan memperbaiki diri.

      Kongsi

      Carian

      • Radio IKIM
      • IKIMtv
      • IKIMniaga
      • E-TAFHIM – JURNAL IKIM
      • PERPUSTAKAAN IKIM
      • KERJAYA
      • WEBMAIL
      • MYIKIM
      • IRMIS
      • SOALAN LAZIM
      • TENDER & SEBUT HARGA

      HADIS PILIHAN

      Daripada Aishah RA katanya sabda Rasulullah SAW, “Sesungguhnya Allah bersifat lemah-lembut dan berlemah-lembut dalam semua perkara.”

      (Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

      WARGA @ IKIM

      • IKIM Webmail
      • MyIKIM
      • IDAM
      • IRMIS
      • HRMIS
      • Sistem Pelaporan Akademik

      PAUTAN RASMI

      • MyGov
      • MSC Malaysia
      • MAMPU
      • JPA
      • JPM
      • CyberSAFE

      ISO

      QR KOD

      PENAFIAN

      Institut Kefahaman Islam Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman web ini.

      INFORMASI

      • Dasar Privasi
      • Soalan Lazim

      logo ikim edit shadow smallHakcipta © 2021 Institut Kefahaman Islam Malaysia. Semua Hakcipta Terpelihara.

      • Utama Utama
      • Like via Facebook Like via Facebook
      • Follow via Twitter Follow via Twitter