Soalan Lazim

 1. S: Apakah misi dan visi penubuhan IKIM?

J: IKIM ditubuhkan dengan visi dan misi seperti berikut:

Visi – Untuk Menjadi Institusi Utama Kefahaman Islam Bertaraf Antarabangsa

Misi – Menjalankan penyelidikan yang bermanfaat besar dalam disiplin ilmu terpilih dengan menggunakan pelbagai kepakaran, sumber serta jaringan kerjasama bagi menghasilkan produk ilmiah melalui gerak kerja sistematik.

Memeliharan, meningkat dan menyebar kefahaman Islam yang benar kepada masyarakat melalui penganjuran program, penyiaran dan penerbitan pelbagai hasil ilmiah dengan memanfaatkan kepakaran, pengurusan sumber yang berkesan dan rangkaian kerjasama strategik.

Memberi khidmat nasihat dan perundingan yang bermutu dan berkesan kepada pemegang taruh melalui penggemblengan kepakaran, sistem, rangkaian kerjasama dan sumber secara optimum.


2.S:
Adakah IKIM merupakan sebuah agensi badan kerajaan?

J: Ya. IKIM ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 dan merupakan agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).


3.S:
Terdapat berapa Pusat Kajian dan apakah skop/bidang penyelidikan yang dijalankan di IKIM?

J: Terdapat 3 Pusat Kajian di IKIM iaitu:

  1. Pusat Kajian Syariah dan Undang-undang dan Politik (SYARAK)
    –  Skop/Bidang Penyelidikan:
    –  Syariah dan perundangan
    –  Pandangan Alam Islam
    –  Maqasid Al Syariah
    –  Hubungan Antara Penganut Agama
    –  Politik dan Hubungan Antarabangsa
    –  Pendidikan Islam
    –  Usul Fiqh dan Kefatwaan
  2. Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan (EMAS)
    – Skop/Bidang Penyelidikan:
    -Falsafah Agama dan Etika
    -Kekeluargaan & Wanita
    -Kesihatan Mental & Psikoterapi Islami
    -Perancangan Kewangan
    -Falsafah Pembangunan
    -Ekonomi Islam
  1. Pusat Kajian Sains dan Alam Sekitar (KIAS)
    – Skop/Bidang Penyelidikan:
    -Hubungan Sains Dengan Agama
    -Pemikiran Sains
    -Pendidikan Sains
    -Pemakanan
    -Alam Sekitar
    -Sejarah dan Falsafah Sains & Teknologi
    -Fiqh dan Etika Perubatan

4. S: Bagaimanakah cara untuk mendapatkan maklumat dan menyertai program-program anjuran IKIM?

J: Sebarang pemakluman berkaitan penganjuran program IKIM akan dimaklumkan di laman web IKIM dan juga disiarkan di Radio IKIM. Untuk pertanyaan atau penyertaan bagi program anjuran IKIM, boleh hubungi Unit Program & Latihan IKIM di talian  + 60(3) 6204 6200 (G) ext.: 6325 /   6322 /  6326 / 6323 / 6321 / 6324 atau boleh emel ke : [email protected]

5. S: Adakah IKIM menerima kunjungan daripada pelawat?

J: Ya. IKIM menerima kunjungan daripada pelawat mengikut prosedur dan kelulusan daripada pihak pengurusan IKIM. Namun, dalam tempoh Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), IKIM menangguh sebarang kunjungan pelawat kecuali kunjungan hormat dan lawatan kerja (tidak melebihi 10 orang).

6.S: Adakah Perpustakaan IKIM dibuka kepada orang awam?

J: Ya. Perpustakaan IKIM adalah terbuka kepada orang awam dan perlu mendaftar sebagai ahli Perpustakaan IKIM. Untuk pertanyaan berkaitan perkhidmatan Perpustakaan IKIM boleh hubungi + 60(3) 6204 6200 (G) ext.: 6335 /   6336 atau emel ke : [email protected]

7.S: Bagaimanakah siaran Radio IKIM boleh diikuti secara online?

J: Siaran Radio IKIM boleh dicapai secara online di http://ikim.my

8.S: Bagaimanakah cara untuk menyaksikan Siaran Langsung / Siaran Rakaman InternetTV Institut Kefahaman Islam Malaysia (TVIKIM)?

J: Siaran Langsung / Siaran Rakaman saluran InternetTV Institut Kefahaman Islam Malaysia (TVIKIM) boleh dilayari secara online di http://tvikim.my/

9.S: Bagaimanakah cara untuk mendapatkan khidmat perundingan dan kepakaran ahli akademik IKIM?

J: Sebarang keperluan untuk mendapatkan khidmat perundingan dan kepakaran IKIM, pemilihan kepakaran boleh dibuat dengan membuat semakan di Khidmat Kepakaran Pegawai Akademik dan menghantar surat jemputan rasmi kepada Ketua Pengarah IKIM melalui [email protected]

10.S: Bagaimanakah caranya untuk membuat hebahan di radio IKIM?

J: Untuk hebahan atau aktiviti organisasi, masjid atau umum yang tidak berunsurkan keuntungan, hebahan boleh dibuat secara atas talian di  https://ikim.my/hebahan/

11. S: Bagaimanakah cara untuk membuat hebahan melalui temubual di konti Radio IKIM?

J: Untuk slot hebahan temubual di Radio IKIM secara percuma, permohonan boleh dibuat dengan menghantar surat permohonan kepada Ketua Pengarah IKIM melalui [email protected] . Bagi slot berbayar, boleh hubungi Bahagian Ekonomi dan Pemasaran di talian + 60(3) 6204 6200 (G) ext.: 6381 / 6384/ 6386 atau emel ke: [email protected]

12. S: Berapakah kadar bayaran bagi iklan di Radio IKIM?

J: Kadar iklan yang dikenakan bergantung kepada jenis iklan dan segmen masa yang dipilih oleh pelanggan. Untuk sebarang keterangan berkaitan iklan, boleh hubungi Bahagian Ekonomi dan Pemasaran di talian + 60(3) 6204 6200 (G) ext.: 6381 / 6384/ 6386 atau emel ke: [email protected]

13. S: Bagaimanakah cara untuk mendapatkan buku-buku terbitan IKIM?

J: Untuk mendapatkan buku-buku dan produk IKIM, boleh layari IKIM Niaga Online Store di https://www.ikimniaga.my/ atau hubungi + 60(3) 6204 6200 (G) ext.: 6381 / 6384/ 6388 atau emel ke: [email protected]