Fahami Seksualiti Berlandaskan Islam, Cegah Kemungkaran Berleluasa
Jenayah seksual seperti rogol, seks luar tabii, sumbang mahram dan sebagainya telah diperuntukkan hukumannya masing-masing dalam undang-undang jenayah syariah mahupun sivil. Penetapan hukuman tertentu bagi kesalahan-kesalahan jenayah berkaitan seksual ini bukan sekadar menghukum dan menyedarkan pelaku tetapi bertujuan mendidik semua lapisan masyarakat.