Perubahan Sikap Penjawat Awam Kunci Perkhidmatan Awam Yang Mantap

Pertemuan YAB Perdana Menteri dengan kakitangan awam baru-baru ini adalah satu saat yang ditunggu-tunggu. Ini kerana, kakitangan mahupun orang awam ingin mengetahui apakah bentuk pembaharuan perkhidmatan awam yang akan dicadangkan beliau. Dalam pertemuan tersebut, YAB Perdana Menteri telah mencadangkan agar pegawai-pegawai sektor swasta (terutamanya dari syarikat-syarikat berkaitan kerajaan atau GLC) diserapkan ke perkhidmatan awam dan…

Kerjasama Dalam Pendidikan Sains

Sedar atau tidak, soal pendidikan anak-anak kini lebih banyak dibebankan di atas bahu orang lain. Termasuk dalam hal ini adalah yang berkaitan dengan mendidik minat anak terhadap sains. Anggapan ibu bapa, pendidikan sains untuk anak-anak adalah tanggungjawab guru semata-mata. Namun, hakikatnya, kesedaran dan minat awal anak-anak terhadap bidang sains seharusnya bermula di rumah. Seterusnya, minat…

Ibu, Bukan Hanya Sekadar Melahirkan Anak

Dalam pandangan hidup Islam, wanita dikhususkan kedudukan yang mulia. Kedudukan yang mulia ini menjadi lebih bermakna apabila mereka menjadi seorang ibu. Mulianya taraf seorang ibu dalam pandangan hidup Islam tidak boleh dipertikaikan lagi. Di dalam al-Quran mahupun hadis Nabi, terdapat banyak tuntutan dan nasihat supaya memuliakan ibu. Hinggakan ke satu tahap, kelayakan insan untuk diterima…

Pengajaran dan Pembelajaran Sains Yang Menarik

Di Malaysia, bidang sains merupakan satu bidang yang mendapat perhatian yang tinggi. Malah, bidang ini juga dianggap sebagai satu bidang yang penting untuk “mengekalkan pembangunan ekonomi, memperbaiki mutu hidup dan keselamatan negara” (Dasar Sains Negara). Oleh itu, pelbagai usaha telah dijalankan agar bidang sains diterima dan menjadi sebahagian yang penting dalam hidup masyarakat negara ini.…

Menghayati Kepentingan Masa Di Bulan Ramadhan

“Masa itu emas”. Satu ungkapan yang seringkali disebut tetapi gagal difahami secara mendalam maknanya bagi kebanyakan orang. Ungkapan ini secara ringkasnya menunjukkan betapa masa itu penting dan perlu dihargai. Ini kerana satu-satu masa yang telah terlepas, tidak mungkin akan kembali semula. Kita sering mendengar ungkapan ‘janji Melayu’. Ungkapan ini sebenarnya memberi makna yang tidak baik…

Perlunya Memupuk Budaya Rekacipta Dalam Masyarakat

Pada pandangan penulis, budaya rekacipta di kalangan rakyat Malaysia kurang menyerlah dan tidak diberi perhatian yang khusus. Masyarakat Malaysia, terutamanya masyarakat Melayu merasakan bahawa amalan merekacipta bukan budaya mereka. Oleh kerana inilah, pada masa kini kita dianggap sebagai satu masyarakat pengguna, iaitu satu masyarakat yang hanya pandai mengguna ciptaan orang lain dan bukanlah masyarakat yang…

Perihal Tenaga: Antara Tak Tahu, Buat-Buat Tak Tahu Dan Tak Nak Tahu

Kenaikan harga minyak di seluruh dunia memberikan kesan yang bukan sedikit. Seperti jangkitan penyakit, masalah ini seterusnya membawa pula masalah-masalah lain. Antaranya kenaikan harga barangan, kenaikan harga perkhidmatan, masalah kekurangan makanan, masalah alam sekitar dan sebagainya. Masalah-masalah ini wujud bagaikan satu kitaran dan sebagai satu kitaran yang kukuh, ianya amat sukar dipecahkan. Apabila meningkatnya harga…

Kesedaran Tentang Cabaran Akal Masyarakat Negara Membangun

Hasrat untuk membentuk masyarakat ‘minda kelas pertama’ di negara membangun seperti Malaysia tidak akan tercapai selagi cabaran terhadap akal masyarakat tidak dikenalpasti. Kita sering bercakap tentang pelbagai punca kepada kemunduran sikap masyarakat. Satu persatu punca disenaraikan tetapi hakikat kepada permasalahan masyarakat negara membangun masih tidak dapat dikenalpasti secara jitu. Ini kerana punca sebenar terletak pada…

Kini Masanya Menunaikan Janji

Pada tahun 2006, seorang penyelidik daripada University of Leicester telah menjalankan satu kajian berkenaan ‘kegembiraan’ (subjective wellbeing) di kalangan 80,000 responden dari seluruh dunia. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa Denmark adalah negara yang paling “gembira” untuk dihuni, diikuti dengan Switzerland dan Austria. BBC News juga telah menjalankan satu kajian yang hampir sama, dan hasilnya menunjukkan…

Membina Insan Mencintai Ilmu

Minggu ini merupakan minggu kedua dalam tahun 2008. Rasanya masih belum terlewat untuk kita membicarakan salah satu perkara penting yang juga berkait dengan tahun baru iaitu permulaan musim persekolahan baru. Namun begitu, perbincangan ini tidak sama sekali merujuk kepada persediaan kebendaan oleh ibu bapa, para guru dan anak-anak dalam menghadapi musim baru persekolahan. Perbincangan yang…