Ramadhan Bulan Meningkatkan Produktiviti

Sebagaimana yang kita tahu bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan berbanding bulan-bulan lain.. Al-Quran ada menyentuh tentang perkara ini. Antaranya ialah tentang kelebihan malam lailatul qadar yang lebih baik daripada seribu bulan. Selain itu banyak hadis nabi yang turut menyatakan tentang kelebihan bulan Ramadhan ini terutamanya dari segi pahala amal ibadat yang dilipatgandakan…

Piawaian Halal Sistem Pengurusan Kualiti Pemangkin Kepada Peningkatan Pencapaian Syarikat

The International Organization For Standardisation (ISO), iaitu badan pembangunan piawaian antarabangsa yang turut mempunyai rangkaian hubungan  dengan 157 buah institusi piawaian kebangsaan di seluruh dunia termasuklah negara kita Malaysia mengunakan perkataan piawaian (standard) sebagai satu istilah untuk merujuk kepada usaha bagi menjadikan kehidupan lebih mudah menerusi peningkatan mutu barangan dan kecekapan perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan. Manakala dari segi…

Keadilan Dan Kebertanggungjawaban Dalam Mentadbir Negara

Khalifah Umar ibn Abdul Aziz (63h-101h) hanya sempat memegang tampuk pemerintahan Kerajaan Bani Ummayah untuk selama 2 tahun setengah sahaja. Bagaimanapun dalam tempoh yang singkat, Khalifah Umar berjaya mengubah dasar pemerintahan yang bersifat kebangsaan dan perkauman kepada sebuah kerajaan yang berpaksikan nilai agama Islam yang tulen. Rakyat pula berjaya menikmati kemakmuran ekonomi sehinggakan pada zaman…

Jaminan Makanan Untuk Keselamatan Negara

Di dalam Surah al-Anfal ayat ke-60, Allah memperingatkan kaum Muslimin supaya sentiasa bersiap sedia dengan segala bentuk kekuatan ketenteraan bagi menghadapi ancaman musuh. Matlamat akhir arahan ini bukan untuk menegaskan bahawa agama Islam suka akan peperangan. Sebaliknya ia lebih kepada arahan berusaha untuk menimbulkan rasa kegerunan di hati pihak musuh yang mungkin memulakan melancarkan tindakan kekerasan ke…

Rasuah Dan Babi : Tanggapan Berbeza Tetapi Hukum Tetap Sama

Sehari dua ini haiwan babi mendapat perhatian yang meluas daripada masyarakat berikutan kerajaan negeri Selangor meluluskan projek ternakan haiwan tersebut di Sepang yang membabitkan pelaburan RM100 juta. Sama dengan kes ternakan babi di Paya Mengkuang, pelbagai pihak memberi maklum balas masing-masing temasuklah ahli politik. Apa yang jelas, kebanyakan mereka menyatakan kekesalan atas kelulusan yang dibuat…

Menzahirkan Faham Kemanusiaan Menerusi Pinjaman Kecil Tanpa Faedah Wakaf Tunai

Faham kemanusiaan merupakan satu unsur penting yang terdapat di dalam ajaran agama Islam.  Pelaksanaan faham kemanusiaan di dalam ajaran agama Islam wujud dalam bentuk wajib dan juga sunat. Akan tetapi, jika kita berpandukan kepada ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis nabi s.a.w., ia banyak muncul dalam bentuk suatu kewajiban yang setaraf dengan arahan pelaksanaan solat, puasa mahupun haji.…

Pembelajaran Sepanjang Hayat Teras Pembangunan Modal Insan

Kemajuan sesuatu bangsa terletak kepada unsur-unsur kecemerlangan yang ada di dalam diri rakyat atau sumber manusianya. Sumber manusia ini bertindak sebagai penggerak kepada  pembangunan dengan mengusahakan pelbagai kegiatan kehidupan yang terdapat di dalam sesebuah negara. Kalau kita perhatikan bangsa-bangsa yang maju (dahulu dan sekarang) mahupun syarikat-syarikat yang berjaya, kita akan dapati kejayaan yang diraih oleh bangsa…

Berkorban Untuk Kemakmuran Negara

Pensyariatan ibadat korban sempena perayaan ‘Idul Adha atau Hari Raya Haji adalah bersusur galur kepada peristiwa pengorbanan agung yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s ke atas anaknya Nabi Ismail a.s. Dengan kata lain, peristiwa korban yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s menjadi asas kepada pensyariatan ibadat korban yang dilakukan oleh umat Islam pada Hari Raya…

Peranan Pengguna Dalam Menangani Masalah Kenaikan Harga Barangan dan Perkhidmatan

Kita sering mendengar ungkapan (cliché) “kenaikan harga ini adalah minima dan tidak membebankan rakyat” atau “kenaikan harga ini tidak dapat dielakkan dan rakyat perlu berjimat cermat, jangan membazir” keluar daripada mulut para pemimpin negara setiap kali berlaku kenaikan harga sesetengah barangan atau perkhidmatan. Ungkapan-ungkapan ini dijangka akan kembali kedengaran memandangkan harga minyak di pasaran dunia…