GERAKAN PEMUSNAH AGAMA

Kisah seorang ibu kehilangan anak gadis kesayangannya seperti yang saya catatkan di ruangan ini pada 3 April 1998 yang lalu masih segar dalam ingatan, dan mendapat reaksi emosional dan mental yang agak hangat melalui maklum balas yang saya terima dari semua peringkat. Kisah ini menarik perhatian kerana ianya melibatkan sikap anak gadis tersebut yang menjadikan…

MEMBINA NILAI BANGSA MALAYSIA

Hari Raya Korban yang disambut hari Selasa lalu bukan sahaja merupakan hari mengingati dan menghayati sunnah Nabi Allah Ibrahim Alaihis-Salam tentang perintah Allah untuk mengorbankan putera baginda Ismail, tetapi juga merenung kembali dan mengambil iktibar tentang sejarah perjalanan Nabi Allah Ibrahim A.S. yang begitu perihatin tentang keturunan baginda umumnya. Allah S.W.T. berfirman dalam surah al-Baqarah…

ISLAM DALAM INTERNET

Saya menerima beberapa pucuk surat E-Mail yang memberitahu tentang wujudnya beberapa kempen dalam internet memburuk-burukkan Islam, menghina dan mempersenda-sendakan Islam. Surat-surat ini melahirkan rasa bimbang bahawa dalam zaman informasi, komputer dan teknologi maklumat ini, kempen-kempen yang berunsur anti-Islam itu ditakuti akan mengelirukan pemikiran dan persepsi generasi muda Islam tentang kebenaran agamanya, dan lebih-lebih lagi dalam…

EROPAH DAN DUNIA ISLAM

Jika dalam forum-forum yang diadakan selama ini tentang Eropah dan Islam, Barat dan dunia Islam atau apa saja namanya perbincangan tentang hubungan Islam dengan dunia Barat, orang-orang Barat umumnya kelihatan lebih bersikap diplomasi, tidak lantang mengemukakan pandangan negatif mereka tentang orang-orang Islam di negara mereka, tetapi keadaannya agak berbeza dengan pandangan-pandangan mereka yang dikeluarkan di…

MELAYU DAN PENGHAYATAN AGAMA

Masalah penghayatan nilai-nilai Islam di kalangan orang-orang Melayu (yang keseluruhannya beragama Islam) sering ditimbulkan dengan penuh rasa bimbang dan gawat sekali. Selama ini kita sering merasa bingung dan tenggelam punca apabila dibangkitkan persoalan kenapakah anak-anak muda Melayu yang banyak terlibat dalam gejala sosial dan krisis moral yang berlaku di negara kita? Kenapakah peratusan kejadian jenayah…

IMEJ MAHKAMAH SYARIAH

Mahkamah syariah di Malaysia merupakan satu institusi perundangan yang agak baru dibangunkan. Imejnya sebagai sebuah institusi perundangan yang berwibawa sering dipersoalkan, terutamanya oleh para wanita yang pernah mengalami berbagai¬bagai masalah ketika cuba untuk menyelesaikan kes-kes mereka, iaitu dari segi kelewatan penyelesaian kes, hukuman yang tidak memberi kepuasan, penguatkuasaan undang-undang yang tidak dapat dilaksanakan secara berkesan,…

MENGATASI KEMELUT SOSIAL

Kenyataan Timbalan Perdana Menteri tentang krisis moral dan gejala sosial yang melanda para remaja dan anak-anak muda kini adalah tepat pada waktunya. Kenyataan itu yang menyarankan supaya “jangan salah menyalahkan antara satu dengan lain” atau “hanya mencari kesalahan orang lain” atau “tabiat menuding jari” kepada pihak lain dengan melupakan tanggungjawab dan kesalahan sendiri adalah merupakan…

KEBEBASAN DAN MARUAH

Penonton-penonton televisyen di Malaysia baru-baru ini berpeluang menonton filem yang mengesahkan tentang kisah peribadi Puteri Diana dengan segala suka dukanya. Di samping itu tentu ramai juga penonton kita yang telah menyaksikan filem tentang hubungan peribadi Presiden Amerika Syarikat dengan teman wanitanya. Kalau puteri di raja mempunyai teman lelaki yang didampingi, ditiduri dan dilakukan apa saja…

SPEKULASI YANG MERUGIKAN

Dalam apa saja kegawatan yang berlaku di negara kita, baik isu ekonomi, sosial, politik dan tidak ketinggalan juga isu agama, maka bermacam-macamlah cakap-cakap kedai kopi, khabar angin dan sebagainya tersibar dengan meluas, berpindah dari mulut ke mulut, dari seorang ke seorang yang lain, dari kumpulan, organisasi dan lain-lain lagi, sehingga khabar-khabar angin, dan “sembang-sembang” jalanan…