Lawatan Kerja

Institut Latihan dan Dakwah Selangor (ILDAS) telah membuat lawatan kerja ke IKIM bagi tujuan meneroka kerjasama strategik yang boleh diusahakan bersama dalam memperkasakan institut latihan disamping berkongsi idea pada 25 April 2019 bertempat di Bilik Mesyuarat, Blok A. Pengarah ILDAS beserta 7 orang pegawai kanan ILDAS yang lain turut hadir.

Persidangan Meja Bulat Pengurangan Sisa Makanan: Ke Arah Kesepaduan Usaha Bersama

IKIM telahpun menganjurkan Persidangan Meja Bulat Pengurangan Sisa Makanan: Ke Arah Kesepaduan Usaha Bersama pada 15 April 2019 bertempat di Dewan Besar, IKIM. Persidangan meja bulat ini diadakan untuk memahami usaha-usaha atau program-program yang telah dilaksanakan dalam usaha pengurangan sisa makanan di Malaysia dan seterusnya merangka langkah-langkah baharu yang lebih tersusun dan terancang dalam usaha…

Bicara Santai Wakaf Korporat

IKIM telahpun menganjurkan Bicara Santai Wakaf Korporat bersempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2019 pada 31  Mac 2019 bertempat di Pentas Utama, PWTC, Kuala Lumpur. Bicara ini diadakan khusus bersempena pelancaran buku terbitan IKIM bertajuk Filantropi Islam dan Wakaf Korporat di Malaysia. Buku ini adalah hasil daripada Seminar Filantropi dan Derma-Bakti Islam: Pendekatan Korporat dalam…

IKIM menang Anugerah Buku Negara 2019

Buku bertajuk “Fatwa dan Perbezaan Pandangan : Cabaran dan Penyelesaian” hasil suntingan Dr. Mohd Farid Mohd Shahran dan En. Mohamad A’sim Ismail telah memenangi Anugerah Buku Terbaik (Kategori Pendidikan Islam) terbitan Penerbit IKIM sempena Majlis Anugerah Buku Negara 2019 pada 1 April 2019 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Majlis Pelancaran Buku Baharu IKIM

Majlis Pelancaran 6 buah buku baru IKIM terbitan Penerbit IKIM yang telah disempurnakan oleh YABhg. Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, Pengerusi IKIM yang telah diadakan sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2019 pada 1 April 2019. Turut sama di majlis pelancaran tersebut ialah Datuk Prof. Dr. Azizan Baharuddin, Ketua Pengarah IKIM, Dr. Mohd Zaidi…