Hakim juga boleh dipecat

KUALA LUMPUR 21 Ogos – Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim memberi amaran bahawa hakim yang tidak menunaikan tanggungjawab dengan sempurna boleh dikenakan tindakan disiplin, termasuk dipecat. Beliau berkata, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa antara faktor yang membolehkan seseorang hakim itu dipecat bukan saja kerana kegagalannya memberi penghakiman bertulis, tetapi juga kerana memiliki…

Mansuh Common Law — Ketua Hakim Negara mahu perundangan lapuk Inggeris diganti

PETALING JAYA 21 Ogos – Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim hari ini mencadangkan rujukan kepada Common Law Inggeris dimansuhkan daripada undang-undang sivil negara ini kerana ia menggambarkan minda pengamal undang-undang tempatan yang masih terjajah. Beliau juga menegur sesetengah pengamal undang-undang yang terus mengguna pakai Common Law Inggeris dalam kes-kes perbicaraan tertentu.…

IKIM dan RTM Bekerjasama Terbit Segmen Bersiri Allahyarham Prof. Emeritus Tan Sri Ahmad Ibrahim

Sempena sambutan 50 tahun kemerdekaan negara, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) bekerjasama menerbitkan segmen bersiri seorang negarawan terbilang di dalam rancangan “Galeri Perdana’ yang ditayangkan di TV1, jam 8.30 malam. Tokoh negarawan terbilang yang dimaksudkan ialah Allahyarham Prof. Emeritus Tan Sri Ahmad Ibrahim (1916-1999). Allahyarham merupakan tokoh perundangan shariah dan…

IKIM Anjur Persidangan Antarabangsa Tentang Peranan Negara Islam

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) — Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) akan mengadakan persidangan antarabangsa bertajuk “The Role of Islamic States in a Globalised World” (Peranan Negara-negara Islam Dalam Dunia Globalisasi) selama dua hari mulai 17 Julai bagi membincangkan isu-isu berhubung dunia Islam. Ketua Pengarah IKIM Dr Syed Ali Tawfik Al-Attas memberitahu Bernama bahawa Perdana…

Peranan Negara Islam Dalam Dunia Globalisasi

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) — Institut Kefahaman Islam Malaysia ((IKIM) mempelawa masyarakat Malaysia untuk menyertai sebuah persidangan antarabangsa mengenai “Peranan Negara Islam Dalam Dunia Globalisasi” bagi menangani isu berkaitan dunia Islam. Persidangan selama dua hari bermula 17 Julai, bertempat di Seri Pacific Hotel, di sini, akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi…