Menilai Keselamatan Daging Kultur: Peluang Baharu Atau Risiko Kesihatan?

Daging kultur (cultured meat) semakin menjadi topik utama dalam perbincangan global tentang teknologi makanan masa depan. Daging kultur dipromosikan sebagai alternatif yang lebih lestari dan berpotensi mengurangkan pergantungan kepada penternakan tradisional. Daging yang dihasilkan melalui teknik kultur sel ini sering digambarkan sebagai penyelesaian kepada isu iklim, kebajikan haiwan dan keselamatan makanan. Namun, di sebalik naratif positif tersebut, persoalan tentang kesihatan dan keselamatan daging kultur masih menuntut penjelasan menyeluruh terutamanya apabila teknologi ini mula menghampiri tahap pengkomersialan.

Daging Kultur : Alternatif Makanan Masa Depan, Halal atau Tidak?

Dunia kini berhadapan dengan cabaran besar dalam menjamin bekalan makanan yang mampan untuk generasi akan datang. Pertambahan populasi, krisis perubahan iklim dan kekangan sumber menjadikan manusia mencari alternatif kepada kaedah penternakan tradisional yang sedia ada. Salah satu inovasi bioteknologi yang sedang mendapat perhatian masa kini ialah daging kultur iaitu daging yang dihasilkan dalam makmal daripada sel haiwan yang dibiakkan dalam keadaan terkawal dengan menggunakan medium dan nutrien tertentu. Teknologi ini akan membentuk tisu yang menyerupai daging sebenar. Kehadirannya mengundang pelbagai persoalan yang bukan sahaja dari sudut sains dan alam sekitar tetapi juga dari perspektif agama Islam yang menitikberatkan halal dan haram dalam pemakanan.

Jurang Digital dan Warga Emas Dalam Era Teknologi Baharu

Malaysia kini sedang melangkah ke arah digitalisasi menyeluruh melalui pelbagai inisiatif negara pintar dan transformasi perkhidmatan awam secara dalam talian. Namun, dalam keghairahan mengadaptasi kecanggihan teknologi, warga emas merupakan kelompok yang tidak harus dilupakan. Dalam arus kemajuan ini, wujud satu bentuk ketidakseimbangan baharu yang disebut sebagai jurang digital. Sudah pasti, warga emas menjadi antara golongan yang paling terkesan. Lebih daripada sekadar isu teknologi, jurang yang wujud ini ialah isu kemasyarakatan dan keadilan sosial. Dari sudut pandang Islam, isu ini menyentuh nilai ihsan, tanggungjawab dan maslahah ummah.

Revolusi Teknologi Makanan : Cabaran, Peluang dan Tanggungjawab Umat Islam

Dalam era globalisasi dan perkembangan teknologi yang pesat, isu sekuriti makanan dan kelestarian sumber menjadi agenda utama masyarakat dunia. Teknologi sintetik dalam sains makanan muncul sebagai salah satu di antara inovasi terkini yang berpotensi merevolusikan cara manusia menghasilkan, memproses dan mengambil makanan. Bagi umat Islam, perkembangan ini bukan sahaja menimbulkan persoalan kesihatan dan alam sekitar tetapi juga cabaran dari segi hukum syarak, etika dan nilai.

KHAZANAH TUMBUHAN ARBORETUM: NILAI UNTUK KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN

Mengimbas kembali memori ketika pulang bercuti di kampung baru-baru ini, seorang jiran menghulurkan satu plastik buah-buahan yang ketara sekali sudah lama tidak dilihat dan dimakan. Namanya tidak lagi dapat disebut apatah lagi rasa dan tekstur buah tersebut juga tidak dapat diingati. Nama buah kiat rupanya semakin hilang di ingatan bagi generasi yang lahir pada 80-an, apatah lagi untuk dikenali oleh generasi muda pada hari ini.