Bercelarunya Nilai Kita

Setelah beberapa kali menonton ‘promo’ sebuah rancangan realiti TV, penulis berkesempatan menonton rancangan itu ketika episod keduanya disiarkan.Program realiti ini bertujuan untuk mengubah cara berpakaian dan berdandan pesertanya – Si X – yang dirujuk kepada program tersebut oleh mereka yang rapat denganSi X.Misalnya, seorang rakan akan meminta krew penerbitan ini untuk mengubah cara berpakaian dan…

Menilai Kualiti Puasa Lalu

Aidil Fitri seharusnya memberikan seribu satu kegembiraan kepada kita dan seluruh umat Islam. Ibarat meraikan kemenangan yang dianugerahkan kepada setiap Muslim selepas melalui satu kem ibadah dan disiplin diri. Melalui Firman Allah SWT, Sunnah Rasulullah dan pelbagai hikmah yang ditemui di sebaliknya, berbagai-bagai kiasan dan tafsiran diberi kepada Ramadan dan ibadah puasa. Sehubungan dengan itu,…

Bila Patriotisme Semakin Luntur

Ujar Ibnu Khaldun secara fitrahnya setiap peradaban bangsa akan melalui tiga zaman atau peringkat; kemunduran, kemewahan dan kehancuran. Peringkat atau zaman kemunduran merupakan proses perjuangan mempertingkatkan keadaan hidup yang mundur, daif atau terjajah kepada keadaan yang merdeka, lebih aman, selesa, maju dan seimbang. Apabila peringkat yang seimbang telah dapat dicapai, maka warga bangsa akan meneruskan…

Hakam Merawat Derita Fasakh

Setiap perselisihan rumah tangga mempunyai latar belakang yang berbeza dan tersendiri. Dan setiap individu sama ada sebagai pihak suami ataupun isteri juga mempunyai keperibadian yang berbeza. Itulah sebabnya agama Islam melalui Undang-undang Keluarganya mempunyai beberapa pendekatan tertentu untuk menyelesaikan sebarang perselisihan rumah tangga. Sekiranya sesebuah rumah tangga yang bermasalah masih mempunyai peluang dan harapan untuk…

Pembelajaran Sepanjang Hayat Tuntutan Islam

Laporan Paul Lengrand dari Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dianggap sebagai perintis kepada konsep pembelajaran sepanjang hayat. Tetapi pembelajaran bentuk ini sebenarnya sangat tidak asing di sisi agama Islam. Kewujudan proses pembelajaran selagi hayat masih ada berlaku seiring dengan kelahiran agama Islam itu sendiri. Agama Islam tidak bermula dengan perintah penyembahan atau ketundukan…

Menilai Kecantikan Yang Bererti

Seawal zaman Socrates dan Plato, manusia telah cuba mengungkap erti kecantikan. Socrates menyatakan bahawa kecantikan itu sesuatu yang sukar untuk dijelaskan. Akan tetapi anggapan Voltaire jauh lebih tegar dengan menganggap kecantikan itu sesuatu yang mustahil untuk dijelaskan. St. Augustine mengungkap persoalan ini dalam bentuk pertanyaan sekali gus pilihan; adakah kecantikan sesuatu benda itu dilihat kerana…

Perancangan Perlu Demi Kelancaran dan Keselesaan Hidup

Sebagai manusia, kita bertanggungjawab menjadikan kehidupan kita sebagai sesuatu yang bermakna dengan mewujudkan cita-cita dan matlamat unggul, dan berusaha dengan bijak dan bersungguh-sungguh demi mencapainya. Tanpa menafikan bahawa makna kehidupan adalah untuk menikmati keindahan yang terdapat di dalamnya. Apa pun yang perlu kita lakukan atau apabila kita mempunyai kehendak, membuat perancangan adalah perkara yang sangat…

Alasan Perceraian Harus Munasabah

Nisbah perceraian di kalangan masyarakat kita pada hari ini sebenarnya semakin meningkat dan ia sewajarnya membimbangkan kita. Ini kerana kita tahu bahawa kestabilan institusi rumah tangga adalah akar umbi kepada keutuhan sesebuah masyarakat dan seterusnya negara. Sekalipun perceraian yang berlaku adalah atas persetujuan bersama dan ia dibuat secara baik, tetapi ia tetap sesuatu yang mengandungi…

Kepimpinan: Amanah Yang Berat

Ketika Abu Zarr meminta Rasulullah SAW supaya meletakkan dirinya dalam barisan kepimpinan dan pentadbiran negara, Baginda lantas menyatakan bahawa Abu Zar memiliki kelemahan yang tidak melayakkannya untuk menjawat jawatan sebagai pentadbir negara. Baginda Rasulullah SAW mengingatkan bahawa jawatan sebenarnya amanah yang sangat berat dan amanah ini hanya akan menyebabkan kekesalan dan duka cita semata-mata, kecuali…