Azam Memperkasakan Rakyat

Umum maklum tentang keputusan pilihanraya yang berlangsung seminggu yang lalu. Kini, masa untuk semua wakil rakyat berkhidmat untuk orang yang telah memilih mereka. Sebelum agenda kerja sepanjang penggal ini dirancang dan diperkenalkan, elok juga dinilai kekuatan serta kelemahan sesuatu kawasan dan masyarakatnya supaya agenda kerja yang disusun dapat memperteguhkan lagi kekuatan tersebut serta memperbaiki kelemahan…

Malaksanakan Kerja Sebaik Mungkin Kerana Ia Satu Tuntutan

Ramai yang memperkatakan tentang kecenderungan majikan mengambil pekerja asing. Ada yang melihat kecenderungan ini berpunca dari kos untuk menggaji pekerja asing yang lebih rendah berbanding pekerja tempatan. Maka, wujud cadangan agar kos ini disamakan supaya pekerja tempatan tidak menjadi pilihan kedua hanya kerana unsur gaji. Dalam pada itu, ada pula yang mengatakan bahawa majikan mengambil…

Bertanggungjawabkah Kita Dalam Menyebar Maklumat?

“HIV/AIDS merebak melalui sos cili”; “Dijangkiti HIV/AIDS setelah memakan buah nanas yang dijual oleh penjual yang menghidap AIDS”; “Restoran itu ini tidak mendapat sijil halal JAKIM”, “Sesiapa yang menyebarkan emel ini bakal beroleh kebaikan dan siapa yang menghapuskannya bakal menerima mudarat”; dan banyak lagi emel seumpama ini berlegar di ruang maya. Percaya atau tidak, suka…

Memohon Dan Memberi Maaf Di Aidilfitri: Keikhlasan Syarat Utama

“Selamat Hari Raya. Maaf zahir batin”. Itu adalah ucapan yang begitu sebati dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri di negara ini. Ia begitu membudaya dalam sambutan hari raya kita sehingga kadangkala ungkapan “Maaf Zahir Batin” itu tidak lagi memberi kesan apa-apa pada diri pengucapnya mahupun pada diri orang yang ditujukan ucapan itu. Akibatnya, seminggu selepas 1…

Ramadhan: Laparkah Kita?

Hari ini masuk hari kedua umat Islam Malaysia menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Seperti tahun-tahun yang lalu, kita menyambut Ramadhan ini dengan semangat yang berkobar-kobar beserta azam bahawa kita akan menggunakan masa sepanjang bulan ini dengan sebaik-baiknya untuk merebut segala kebaikan dan keberkatan yang ada di dalamnya. Ramadhan banyak mengubah cara kita menjalani kehidupan…

Kemudahan Bagi Pekerja Wanita: Mantapkan yang Sedia Ada

Sumbangan wanita kepada pembangunan negara memanglah tidak dapat kita nafikan. Dengan lebih kurang 49 peratus guna tenaga di negara ini disumbangkan oleh wanita, ia bukanlah sesuatu yang boleh diperkecilkan. Memandangkan bekerja di luar rumah menambah peranan yang dipegang oleh kaum wanita yang sebahagian daripadanya juga merupakan isteri dan ibu, maka wajarlah mereka disokong dengan kemudahan-kemudahan…

Bekas Penagih: Institusi Islam Perlu Membantu

Baru-baru ini, dalam satu sesi forum di seminar memerangi dadah, seorang bekas penagih yang beragama Kristian mengakui bahawa institusi agamanya begitu prihatin dan bersungguh-sunguh dalam membantu bekas penagih untuk memulakan hidup baru. Diceritakan bahawa pada hari pembebasan bekas penagih dari Pusat Serenti, mereka ditunggu oleh wakil agama tersebut dan ditawarkan tempat tinggal – sesuatu yang…

Rangkaian Cerita Jenaka Melayu

PADA bulan Jun yang lepas, selepas berbulan-bulan mengimbas serta mengumpul cerita-cerita jenaka yang telah diriwayatkan kepada saya oleh ahli-ahli keluarga dan sahabat-sahabat saya, cerita-cerita jenaka yang telah diriwayatkan kepada mereka melalui rangkaian budaya mereka, telah saya himpunkan di dalam sebuah buku bertajuk Eh! Wat Yu Talking, yang seterusnya diterbitkan oleh pihak Malaysian Publishing House (MpH).…

Kitar Semula: Penjanaan Pendapatan Untuk Wanita

Amalan kitar semula merujuk kepada perbuatan mengguna semula bahan buangan untuk lain-lain kegunaan. Misalnya, menggunakan plastik bungkus barang yang kita perolehi dari kedai untuk membungkus sesuatu. Atau, menggunakan balang-balang biskut hari raya untuk menyimpan benda-benda lain. Boleh dikatakan hampir semua orang mengitar semula. Bezanya, sejauhmana kesungguhan mereka dalam usaha ini. Dengan mengitar semula, kita sebenarnya…

Dapatkah Oku Menjalani Hidup Seperti Insan Sempurna Anggota Di Negara Ini?

Dalam sebuah rancangan televisyen, telah dipaparkan kehidupan seorang wanita OKU di Amerika Syarikat yang dilahirkan tanpa tangan. Namun, beliau hidup bebas seperti ahli masyarakat yang lain. Keretanya diubahsuai sehingga beliau boleh memandu (kakinya yang mengawal steering); digambarkan juga bagaimana beliau menggunakan perkhidmatan pandu masuk (drive thru’) di salah sebuah restoran makanan segera; malah digambarkan juga…