Persekitaran Positif dan Kesepaduan Usaha Jayakan Pemulihan Pesalah

Kisah Thumamah bin Uthal, pemimpin Bani Hanifah yang sangat berpengaruh dan amat memusuhi Nabi s.a.w. serta risalah Baginda namun akhirnya memeluk Islam menarik untuk dijadikan panduan. Thumamah ialah salah seorang daripada lapan orang pemerintah yang diutus surat oleh Baginda dan diseru supaya menerima agama yang dibawa oleh Nabi s.a.w. Surat yang diutus Nabi s.a.w. telah…

Pengislahan Pesalah Tuntut Iltizam Tinggi Masyarakat

Nabi s.a.w. bersabda dalam sebuah Hadith, “Setiap anak Adam tidak terlepas daripada melakukan dosa dan sebaik-baik orang yang berdosa ialah yang bertaubat kepada Allah.” (Al-Tirmizi). Hadith ini menunjukkan bahawa ruang dan peluang sentiasa terbuka untuk orang yang melakukan dosa bagi menebus kesilapannya dengan syarat ia bertaubat dengan sejujurnya kepada Allah. Hadith ini diteguhkan oleh Hadith-Hadith…

Apabila Manusia Hilang Kewarasannya

Perkahwinan ditakrifkan oleh beberapa buah kamus bahasa Inggeris terkemuka dunia sebagai penyatuan atau kontrak undang-undang antara seorang lelaki dengan wanita untuk hidup sebagai suami dan isteri (Collins English Dictionary, 2000). Dalam maksud yang lain, perkahwinan merupakan ikatan undang-undang antara lelaki dengan wanita untuk hidup bersama dan lazimnya memiliki zuriat (Oxford Modern English Dictionary, 1992). Selain…

Tanggungjawab Besar Ilmuwan Menyampaikan Nasihat

Nasihat dan peringatan begitu diperlukan oleh manusia kerana dengannyalah mereka akan didorong untuk sentiasa berada dalam kebaikan dan kebenaran. Dalam beberapa ayat-Nya, Allah s.w.t. menegaskan kepentingan peringatan kerana ia mendatangkan manfaat, khususnya kepada golongan yang beriman. Kepentingan nasihat juga ditegaskan oleh Nabi s.a.w. dalam Hadith Baginda sehingga dikatakan bahawa agama Islam itu sendiri merupakan nasihat.…

Keimanan Asas Perpaduan Paling Bermakna

  Dalam salah satu ayat-Nya, Allah s.w.t. mengingatkan hamba-hamba-Nya yang beriman supaya sentiasa berpegang teguh pada tali-Nya, iaitu al-Qur’an serta agama Islam selain melarang mereka agar tidak sekali-kali berpecah-belah (Surah Ali `Imran 3 : 103).  Larangan bersengketa dan berpecah-belah ini menunjukkan kepentingan kesatuan dan jamaah kerana tindakan berpegang pada agama Allah secara bersendirian juga tidak akan membawa…

Apabila Manusia Hilang Sifat Malunya

Keimanan bukan hanya persoalan atau urusan berkaitan dengan rohani dan jiwa semata-mata. Namun, lebih daripada itu, ia mempunyai kaitan yang erat dengan apa yang dizahirkan sama ada melalui pertuturan mahupun juga perbuatan atau tingkah laku. Dengan kata-kata lain, akhlak dan keperibadian yang dapat dilihat pada zahirnya merupakan jelmaan daripada apa yang terkandung dalam jiwa. Jika…

Umat Islam Wajar Muhasabah Diri

Serangan Israel atas Gaza pada penghujung Disember lalu bermula setelah berlalunya hampir tiga minggu Hari Raya Korban, perayaan besar bagi umat Islam yang juga menyaksikan perhimpunan umat Islam secara besar-besaran di tanah suci Makkah bagi menunaikan ibadah haji. Sayang sekali, ibadah haji yang sering dikatakan menjadi lambang penyatuan umat Islam seluruh dunia hanya tinggal sebagai…

Hijrah – Suatu Pandangan

Peristiwa Ma’al Hijrah yang disambut sebagai permulaan takwim Islam iaitu pada satu Muharram, merupakan suatu peristiwa yang penuh bersejarah kepada umat Islam khususnya dan umat manusia amnya. Peristiwa penghijrahan umat Islam dari Kota Makkah ke Madinah merupakan satu tindakan perancangan yang penuh dengan pengiraan jangka jauh untuk menterjemahkan Gagasan dan Wawasan Islam dalam bentuk penyusunan…

Apabila Kuasa Dianggap Keistimewaan

Dalam suratnya yang panjang kepada Malik bin al-Harith al-Ashtar setelah pelantikan Malik sebagai gabenor Mesir pada 658 M. (38H.), Khalifah `Ali k.w. antara lain mengingatkan Malik bahawa pemilihannya untuk memikul amanah memimpin rakyat merupakan ujian bagi dirinya. Justeru itu, Malik diberikan panduan yang begitu terperinci bagi melaksanakan amanah kepemimpinan tersebut yang merangkumi sikap dan layanan…