Negara Islam perlu lebih berperanan di PBB
Kenyataan Timbalan Perdana Menteri mengenai perlu PBB dirombak semula melihat kepada ketidakadilan yang dilakukan merupakan perkara yang menarik dalam arena politik antarabangsa. Dunia telah sedar bahawa PBB tidak memainkan peranannya yang sebenarnya sebaliknya menjadi a~at kuasa besar terutamanya pihak barat dan yang menjadi mangsanya adalah negara-negara Isiam dan negaranegara membangun yang rata-ratanya mundur dan miskin.
Tindakan PBB terhadap negara Iraq baru-baru ini menunjukkan satu lagi siri ketidakadilan PBB. Negara Iraq menjadi sasaran kuasa barat yang tidak berperikemanusiaan kerana dikatakan Iraq cuba menakluki’Kuwait, walhal kita sedia maklum bahawa negara Iraq masih berada d~ tahap yang ~mat lemah akibat sekatan ekonomi yang dikenakan. Adalah suatu perkara yang mustahil untuk Iraq mengulangi lagi perbuatannya yang lampau yang sudah pasti meninggalkan kesan yang lebih buruk. Tetapi nampaknya pihak barat sengaja mencari alasan supaya Majlis Keselamatan terus-menerus mengenakan sekatan ekonomi ke atas Iraq.
Kuasa barat melalui PBB nampaknya mahu menghukumkan Iraq mengikut perancangannya yang tersendiri. Yang lebih menyedihkan lagi barat cuba mewujudkan kawasan zon bebas senjata bagi tentera darat Iraq di bahagian seiatan negara itu yang amat tidak rasional sama sekali.
Tindakan itu menimbulkan percanggahan di kalangan anggota veto sendiri yang tidak ‘bersetuju dengan cara Amerika Syarikat menangani masalah di Iraq. Menteri Pertahanan Perancis, Francois Leotard berpendapat bahawa tujuan Rumah Putih meningkatkan kekuatannya di Teluk adalah kerana untuk mengukuhkan kedudukan pentadbiran Presiden Clinton di kalangan rakyat. Menurutnya tindakan Iraq menempatkan askarnya dekat sempadan Kuwait tidak mencabuli ketetapan Majlis Keselamatan. Logiknya memang ada
kerana tentera Iraq berada di kawasannya sendiri.
Ternyata di sini bahawa pihak Amerika Syarikat yang diketuai oleh presidennya, Bill Clinton begitu berniat jahat terhadap sesiapa yang cuba mencabar kewibawaannya apatah lagi negara tersebut sebuah negara yang didu~uki oleh majoriti penduduk Islam.
Islam sebagai agama yang amat mementingkan keadilan sememangnya tidak dapat menerima hakikat ini. Islam bukan agama diskriminasi. Dalarn menangani apa yang berlaku dalarn arena politik antarabangsa, Islam menjala~kan dasar yang terbuka dan adil tanpa mengira agama, warna kulit, darjat keturunan dan sebagainya.
Mana-mana negara yang memerlukan bantuan adalah menjadi tanggungjawab Islam untuk bersama-sama membantunya. Begitu juga kala~ negara tersebut mencapai kemajuan misalnya, tidak berlaku dengki khianat atau keinginan untuk mencabar kewibawaannya. Jelasnya, Islam tidak akan sama sekali membiarkan ketidakadilan dan penderitaan berlaku. Ia akan sedaya upaya cuba membentarasnya dan bukan menambahkan lagi penderitaan yang telah sedia ada.
Persoalannya kita telah tahu dan yakin bahawa Islam boleh menyelesaikan masalah-masalah yang ditimbulkan di atas. Justeru, bagaimanakah Islam’ boleh berperanan dalarn arena politik antarabangsa supaya idea ini rnenjadi realiti. Bagaimanakah untuk merombak PBB sebagaimana yang dikatakan oleh Timbalan Perdana Menteri?
Ringkasnya, ia perlu kepada persepakatan dan kesepaduan tindakan negara-negara Islam. Islam perlu rnenjadi salah satu kuasa veto PBB sekiranya rnereka tidak mahu diperkotak katikkan atau masa depannya·ditentukan oleh orang lain.
Mereka perlu duduk semeja dan membincangkan dengan serius perkara ini sekiranya ingin melihat Islam kembali gemilang sebagaimana Ianya dahulu. Mereka tidak boleh terus alpa dengan dibuai dengan idealisme dunia masing~masing.
Justeru itu, tindakan perlu dibuat untuk menyeimbangkan sistem keseimbangan kuasa (balance of power) yang sama sekali tidak seimbang. Buat masa ini sistem kes~imbangan kuasa hanya dimonopoli oleh lima kuasa veto negara-negara iaitu Amerika Syarikat, chinar Perancis, soviet dan Britain. Ternyata neg~ranegara ini tidak berperanan dengan baik. Masing-masing nampaknya mengikut telunjuk kuasa barat yang diketuai oleh Amerika Syarikat. Keadaan ini tidak boleh dibiarkan berlarutan.
Adalah sesuatu yang amat membanggakan sekiranya Islam (negara) dapat turut sama dalam sistem keseimbangan kuasa ini. Perkara ini tidak akan menjadi mustahil sekiranya negara-negara Islam mempunyai kesepaduan tindakan seperti yang pernah dilakukan oleh mereka satu ketika dahulu.
Mengikut sejarah, pemilikan sumber ekonomi yang dimiliki oleh negara Islam pernah dijadikan sebagai senjata untuk mempengaruhi kelakuan negara-negara lain termasuk kuasa-kuasa besar. Kemampuan ini amat berkesan kerana kekayaan itu diperlukan oleh negaranegara lain1di seluruh dunia terutamanya barat.
Contoh yang j elas ialah penggunaan minyak sebagai alat oleh negara-negara pengeksport minyak Arab termasuk juga Malaysia untuk mempengaruhi dasar luar negara lain. Berdasarkan sejarah, strategi ini nampaknya amat berkesan seperti yang berlaku dalam tahun 1973, negara-negara Arab telah merigadakan boikot minyak untuk menentang Amerika Syarikat terutamanya, dengan. tujuan mengubah sikap. negara-negara maju terhadap konflik Arab-Israel.
Bagaimanakah untuk mewujudkan tindakan seperti ini menjadi realiti? seperti yang pernah dikatakan oleh Ali Akbar Hashemi Rafsanj ani, Presiden Iran, dalam lawatannya ke Malaysia baru-baru ini ialah akan perlunya kedua-dua negara ini berganding bahu untuk menaikkan semula imej Islam memandangkan negara-negara Islam yang lain di timur tengah masih alpa dengan idealismenya.
Kedua-dua pemimpin (Malaysia dan Iran) bersetuju akan perlu negara-negara Islam dalam Ole supaya berperanan dengan lebih dinamik.
Cadangan ini merupakan cadangan yang amat baik sekali. Di kala banyak negara Islam sudah ·kehilangan identiti dan maruah. Malaysia dan Iran antara negara Islam yang masih mendapat kepercayaan duni~ perlu berperanan untuk membolehkan negaranegara Islam duduk semeja mendesak keras ketidakadilan PBB. Tindakan yang serupa juga boleh dibuat supaya kuasa veto turut diberi kepada mereka supaya sistem perimbangan kuasa lebih seimbang.
Kalau umat Islam berjaya dalam tindakan ini, ia merupakan satu kejayaan yang amat besar. Kita perlu sedar bahawa ketidaktakutan barat terhadap Islam adalah kerana mereka telah dapat membaca pemikiran umat Islam. Mereka tahu kekuatan umat Islam terletak kepada semangat jihad dan kesepaduan tindakannya. Justeru itu, langkah untuk melemahkan mereka adalah dengan memecah belahkan mereka yakni menanamkan sikap mementingkan diri sendiri dan ini dapat melemahkan semangat jihad mereka.
- Taktik ini amat berjaya apabila umat Islam tidak dapat lagi duduk semeja untuk membincangkan masa depan mereka. Umat Islam lebih mempercayai pihak barat daripada kaumnya sendiri. Dengan itu t idak ha i r a n j ika Kuwa it mengundang Amer ika Syar ika t untuk mempertahankan negaranya. Peluang sudah pasti diambil oleh barat untuk melemahkan lagi negara Islam di samping mengaut segala keuntungan dan hasil mashyurnya.
Inilah juga taktik yang digunakan untuk melemahkan kekuatan Islam ketika empayar othmaniyah mencapai tahap kegemilangan. Lantaran itu, umat Islam seharusnya berwaspada dengan taktik kotor barat yang sentiasa berusaha untuk menghancurkan Islam. Cara untuk menangkis keadaan ini tidak lain melainkan Islam dapat menguasai PBB untuk menyeimbangkan sistem perseimbangan kuasanya. Dengan harapan suara Islam juga boleh menggegarkan dunia.