Pelantikan Semula Y.Bhg Tan Sri Dato Seri (Dr.) Ahmad Sarji bin Abdul Hamid sebagai Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
Keyakinan YAB Perdana Menteri terhadap kepimpinan Y. Bhg Tan Sri Dato’ Seri (Dr.) Ahmad Sarji bin Abdul Hamid membuktikan bahawa beliau telah berjaya memimpin IKIM ke arah peningkatan kefahaman Islam yang sebenarnya.
Y. Bhg Tan Sri Dato’ Seri (Dr.) Ahmad Sarji bin Abdul Hamid mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih atas kepercayaan Perdana Menteri. Dengan kepercayaan tersebut IKIM, akan terus menggiatkan dan menggandakan lagi usaha dan kegiatan yang akan dan sedang dirancang dengan keazaman yang tinggi untuk meningkatkan kefahaman Islam di Malaysia mahupun di pentas dunia.