• Tender/Sebutharga
  • Melayu
  • English
ikimikim
Hubungi Kami
T: 03-62046200 | F: 03-62014189
Waktu Operasi
Isnin - Jumaat 08:00 - 17:00
Emel
[email protected]
  • UTAMA
  • INFO KORPORAT
    • INFO KORPORAT
    • Perutusan Pengerusi
      • Perutusan Pengerusi
      • Pejabat Pengerusi
    • Maklumat Asas
      • Maklumat Asas
      • Pengenalan & Penubuhan
      • Dasar & Matlamat Kualiti
      • Fungsi, Visi, Misi & Nilai-nilai Bersama
      • Piagam Pelanggan
      • Logo
      • Carta Organisasi
      • Carta Fungsi
      • CV Pegawai Akademik
    • Lembaga Pengarah
    • Pengurusan Tertinggi
      • Pengurusan Tertinggi
      • Pejabat Ketua Pengarah
    • Pengurusan Kanan
    • Pejabat Ketua Pengarah
      • Pejabat Ketua Pengarah
      • Unit Editorial
      • Unit Perhubungan Korporat
      • Unit Perpustakaan IKIM
      • Penerbit IKIM
      • Unit Program & Latihan
      • Unit Pengurusan Penyelidikan
    • Pusat Akademik
      • Pusat Akademik
      • Pusat Kajian Ekonomi & Kemasyarakatan (EMAS)
      • Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang & Politik (SYARAK)
      • Pusat Kajian Sains & Alam Sekitar (KIAS)
    • Bahagian Pengurusan Kewangan & Pelaburan
    • Bahagian Khidmat Pengurusan
      • Bahagian Khidmat Pengurusan
      • Pejabat Pengarah (BKP)
      • Unit Pentadbiran & Perolehan (UPEN)
      • Unit Inovasi & Kualiti (UNIK)
      • Unit Teknikal & Prasarana (UTEP)
      • Unit Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (UTEK)
      • Unit Modal Insan (UMIN)
    • Radio IKIM
      • Radio IKIM
      • Unit Kejuruteraan Penyiaran
      • Unit Teknologi Digital (UTEL)
    • tvIKIM
    • Bahagian Ekonomi & Pemasaran
      • Bahagian Ekonomi & Pemasaran
      • Unit Pembangunan Ekonomi & Kawalan Kredit
      • Unit Pemasaran & Promosi
    • Kerjaya
  • PERKHIDMATAN & PRODUK
    • PERKHIDMATAN & PRODUK
    • Program
    • Penerbitan & Produksi
      • Penerbitan & Produksi
      • Katalog Buku IKIM
      • Buku Terbitan IKIM
      • Produk Audio & Video
      • Koleksi Khas Etika
    • Perundingan
      • Perundingan
      • Khidmat Kepakaran Pegawai Akademik
    • Pengiklanan @ Radio IKIM
    • Pengiklanan @ TVIKIM
    • Pengiklanan @ Platform Digital
  • MEDIA
    • MEDIA
    • Senarai Penulis
    • Senarai Artikel
      • Senarai Artikel
      • Artikel
      • Berita Harian – Dr. Shamrahayu
      • Sinar Harian
      • The Star
      • Utusan Malaysia
      • New Straits Times
    • Buletin
      • Buletin
      • Berita Semasa
      • Buletin IKIM
    • Teks Ucapan
    • Kenyataan Media
    • Muat Turun
    • Video
      • Video
      • Video Korporat
      • Video tvIKIM
  • HUBUNGI
    • HUBUNGI
      • Hubungi

        Alamat :

        Institut Kefahaman Islam Malaysia
        No. 2, Langgak Tunku Off Jalan Tuanku Abdul Halim,
        50480 Kuala Lumpur, Malaysia

        No Tel :

        +603-62046200

        Emel :

        [email protected]

    Laman Web Rasmi: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Laman Web Rasmi: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
    • UTAMA
    • INFO KORPORAT
      • INFO KORPORAT
      • Perutusan Pengerusi
        • Perutusan Pengerusi
        • Pejabat Pengerusi
      • Maklumat Asas
        • Maklumat Asas
        • Pengenalan & Penubuhan
        • Dasar & Matlamat Kualiti
        • Fungsi, Visi, Misi & Nilai-nilai Bersama
        • Piagam Pelanggan
        • Logo
        • Carta Organisasi
        • Carta Fungsi
        • CV Pegawai Akademik
      • Lembaga Pengarah
      • Pengurusan Tertinggi
        • Pengurusan Tertinggi
        • Pejabat Ketua Pengarah
      • Pengurusan Kanan
      • Pejabat Ketua Pengarah
        • Pejabat Ketua Pengarah
        • Unit Editorial
        • Unit Perhubungan Korporat
        • Unit Perpustakaan IKIM
        • Penerbit IKIM
        • Unit Program & Latihan
        • Unit Pengurusan Penyelidikan
      • Pusat Akademik
        • Pusat Akademik
        • Pusat Kajian Ekonomi & Kemasyarakatan (EMAS)
        • Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang & Politik (SYARAK)
        • Pusat Kajian Sains & Alam Sekitar (KIAS)
      • Bahagian Pengurusan Kewangan & Pelaburan
      • Bahagian Khidmat Pengurusan
        • Bahagian Khidmat Pengurusan
        • Pejabat Pengarah (BKP)
        • Unit Pentadbiran & Perolehan (UPEN)
        • Unit Inovasi & Kualiti (UNIK)
        • Unit Teknikal & Prasarana (UTEP)
        • Unit Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (UTEK)
        • Unit Modal Insan (UMIN)
      • Radio IKIM
        • Radio IKIM
        • Unit Kejuruteraan Penyiaran
        • Unit Teknologi Digital (UTEL)
      • tvIKIM
      • Bahagian Ekonomi & Pemasaran
        • Bahagian Ekonomi & Pemasaran
        • Unit Pembangunan Ekonomi & Kawalan Kredit
        • Unit Pemasaran & Promosi
      • Kerjaya
    • PERKHIDMATAN & PRODUK
      • PERKHIDMATAN & PRODUK
      • Program
      • Penerbitan & Produksi
        • Penerbitan & Produksi
        • Katalog Buku IKIM
        • Buku Terbitan IKIM
        • Produk Audio & Video
        • Koleksi Khas Etika
      • Perundingan
        • Perundingan
        • Khidmat Kepakaran Pegawai Akademik
      • Pengiklanan @ Radio IKIM
      • Pengiklanan @ TVIKIM
      • Pengiklanan @ Platform Digital
    • MEDIA
      • MEDIA
      • Senarai Penulis
      • Senarai Artikel
        • Senarai Artikel
        • Artikel
        • Berita Harian – Dr. Shamrahayu
        • Sinar Harian
        • The Star
        • Utusan Malaysia
        • New Straits Times
      • Buletin
        • Buletin
        • Berita Semasa
        • Buletin IKIM
      • Teks Ucapan
      • Kenyataan Media
      • Muat Turun
      • Video
        • Video
        • Video Korporat
        • Video tvIKIM
    • HUBUNGI
      • HUBUNGI
        • Hubungi

          Alamat :

          Institut Kefahaman Islam Malaysia
          No. 2, Langgak Tunku Off Jalan Tuanku Abdul Halim,
          50480 Kuala Lumpur, Malaysia

          No Tel :

          +603-62046200

          Emel :

          [email protected]

      Utusan Malaysia

      Syukuri Pemberi Nikmat, Jangan Kufuri

      • Puan Norkumala binti Awang
      • 03/03/2014

      Nikmat anugerah Allah di muka bumi ini terlalu banyak. Manusia wajar mensyukurinya dalam apa jua keadaan sekali pun, bukannya menafikan nikmat tersebut. Nikmat makanan dan minuman, nikmat-nikmat lain berbentuk materi sehinggakan nikmat bernafas setiap saat dan ketika pun jarang dilihat sebagai bentuk anugerah yang perlu disyukuri. Malahan kita seringkali melihat kesusahan yang dialami dan sedang dihadapi sebagai penghalang mensyukuri nikmat. Bahkan kita menyangkal bahawa  pernah menerima nikmat-nikmat lain di dunia ini.  Apakah kita tidak pernah mengambil iktibar daripada kisah Bani Israel yang terakam dalam surah al-Baqarah ayat 57-61? 

                      Sungguh mendalam makna yang boleh diambil daripada kisah kaum Nabi Musa AS tersebut. Mereka diuji dengan nikmat yang melimpah ruah tetapi tidak disyukuri. Kaum Bani Israel dianugerahkan nikmat makanan dan minuman yang begitu banyak tetapi menafikan perintah Allah.

      Dalam ayat ini, Allah SWT menyatakan betapa kaum Bani Israel ini tidak tahu untuk bersyukur kepadaNya kerana mereka tidak patuh kepada perintah Tuhan. Mereka disesatkan di padang pasir al-Tih dalam perjalanan memasuki bumi Palestin selama 40 tahun. Dalam tempoh tersebut, pelbagai penderitaan dialami, namun Allah SWT melindungi mereka dengan awan  supaya dapat berteduh daripada kepanasan dan juga diberikan makanan dan minuman yang disebut sebagai ‘al-mann’ dan ‘al-salwa’. Dikatakan oleh ahli tafsir bahawa ‘al-mann’ adalah sejenis minuman yang berupa susu dan ada sesetengahnya mengatakan ia adalah madu. Manakala ‘al-salwa’ pula merupakan sejenis burung yang cukup istimewa dan sedap dagingnya. Nikmat yang Allah berikan kepada kaum Nabi Musa ini adalah untuk mengenyangkan dan mereka tidak perlu bersusah payah untuk bekerja mahupun mencarinya. Namun, mereka meminta yang lebih baik daripada itu walaupun telah mengetahui bahawa makanan dan minuman tersebut adalah kurniaan terbaik daripada Allah SWT. Disebabkan kemalasan, kedegilan dan kekufuran mereka yang tidak mahu bersyukur, akhirnya Allah menurunkan  azab dari langit yang berupa penyakit taun.

      Apakah kisah ini tidak mampu menggarap ibrah buat kita pada masa dan ketika ini? Tidak cukupkah ia menjadi pengajaran bahawa mensyukuri nikmat daripada Yang Maha Pemberi itu lebih baik daripada mengungkit permasalahan atau kesulitan yang dihadapi? Ini kerana dalam kesusahan itu pasti ada kesenangan yang diselit bersamanya. Itu adalah rahsia keagungan Allah. 

      Sesungguhnya nikmat makanan dan minuman yang kita perolehi pada hari ini merupakan salah satu jalan untuk kita mempertingkatkan rasa syukur dan terima kasih kepada Allah. Malah dengan nikmat-nikmat ini menjadikan kita hamba yang lebih tunduk dan patuh kepada segala arahanNya. Bagaimana caranya untuk menjadikan kita sebagai hamba yang bersyukur dengan apa jua nikmat yang Allah berikan? Salah satu caranya adalah mengelakkan pembaziran dan tidak berlebih-lebihan contohnya dalam pengambilan makanan atau minuman. Ini kerana, telah termasuk dalam golongan kufur nikmat sekiranya kita melakukan pembaziran. 

      Pernahkah kita terfikir apakah iktibar yang boleh diambil di saat negara kita mengalami  perubahan cuaca sejuk dan panas, diuji dengan krisis air di beberapa tempat, keadaan iklim yang cukup panas dan kering serta pelbagai penyakit datang menempa masyarakat kita? Ditambah pula dengan kematian yang semakin meningkat disebabkan demam denggi, leptospirosis (jangkitan air kencing tikus) dan banyak lagi penyakit tidak berjangkit lain. Bukankah ia saling berhubung kait dan akhirnya berbalik kepada cara bagaimana kita melihat ujian tersebut dan cara mensyukuri dengan segala apa yang dianugerahkan kepada kita dan tidak mengkufuri nikmat walau sekecil mana pun.

      Biarpun makanan yang diperolehi tidak mewah tetapi ia mencukupi dan kita tidak pernah kebuluran daripada mendapat makanan tersebut. Biarpun diuji dengan pelbagai penyakit pada waktu ini, tetapi masih ada perkhidmatan kesihatan yang baik di negara kita untuk menguruskannya berbanding mereka yang berada di negara yang tidak bernasib baik. Biarpun diuji dengan krisis air tetapi kita masih dapat menikmati air yang bersih bukan seperti nasib mereka di negara-negara yang mengalami kemarau dan tiada sumber air yang bersih. Bayangkan betapa luasnya nikmat dan rahmat yang kita perolehi walaupun teruji dengan masalah-masalah lain. Ia juga menjadi sebab dan jalan untuk kita bersyukur dengan segala apa yang diberikan oleh Allah. Dalam keadaan sulit dan teruji sekali pun, kita masih perlu untuk bersyukur dengan nikmat-nikmat Allah yang tiada terhitung.  

      Berkeluh kesah dan menuruti ketidakpuashatian kita terhadap sebarang ujian tidak akan menutup dan menyelesaikan permasalahan itu. Malah kita dituntut untuk mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku, mencari langkah menyelesaikannya dan bersyukur di atas pemberian Allah serta bersangka baik dengan takdir yang Allah tentukan buat kita.

      Di penghujung ayat 61 daripada surah al-Baqarah, Allah menceritakan tentang kaum Bani Israel yang ditimpa dengan kehinaan, kemiskinan dan kebejatan daripada sudut akhlak dan moralnya. Ini kerana mereka merungut dan mengatakan sudah jemu dengan makanan-makanan yang dikurniakan oleh Allah SWT.

      “…Dan mereka ditimpakan dengan kehinaan dan kemiskinan,serta mereka pulang dengan membawa kemurkaan daripada Allah. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka mengkufuri (mengingkari) ayat-ayat Allah (perintah-perintah dan mukjizat-mukjizat yang membuktikan kebesaranNya) dan membunuh para Nabi (seperti Nabi Zakaria dan Yahya) tanpa ada alasan yang benar. Yang demikian itu terjadi disebabkan mereka selalu menderhaka dan mereka pula sentiasa melampaui batas”. 

      Apakah layak untuk kita mengatakan bahawa nikmat yang Allah berikan tidak memuaskan hati? Apakah perlu untuk kita menafikan bahawa ujian-ujian yang Allah hidangkan tidak layak untuk kita hadapi? Jangan tunggu kemurkaan Allah baharu kita mencari-cari dan menginsafi kesalahan. Apatah lagi, kita perlu akur bahawa semua ujian atau masalah yang menimpa dalam hidup atau situasi yang berlaku dalam negara kita kini adalah salah satu cara peringatan yang disampaikan oleh Allah atas sikap umatNya yang tidak bersyukur dan melakukan pelbagai kerosakan di muka bumi.

      Justeru, banyak perkara yang boleh meletakkan kita sebagai hamba yang bersyukur. Bukan sekadar dengan kalimah syukur tetapi yang lebih penting adalah sikap dan amalan kita dalam menzahirkan rasa syukur. Cuba audit kembali rasa kesyukuran kita setiap hari kepada Allah, agar tidak berbenih dalam hati rasa kufur dan diterjemahkan melalui amalan dan sikap. Mudah-mudahan dengan meningkatnya kesyukuran kepada Pemberi Nikmat akan melenyapkan kekufuran serta tidak menumbuhkan sikap “bani Israel moden” dalam setiap jiwa.

      Share

      Carian Artikel

      • RADIO IKIM
      • IKIMTV
      • IKIMniaga
      • E-TAFHIM – JURNAL IKIM
      • PERPUSTAKAAN IKIM
      • KERJAYA
      • WEBMAIL
      • MYIKIM
      • IRMIS
      • SOALAN LAZIM
      • TENDER & SEBUT HARGA

      HADIS PILIHAN

      Daripada Aishah RA katanya sabda Rasulullah SAW, “Sesungguhnya Allah bersifat lemah-lembut dan berlemah-lembut dalam semua perkara.”

      (Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

      WARGA @ IKIM

      • IKIM Webmail
      • Portal MyIKIM
      • IDAM
      • IRMIS
      • HRMIS
      • Sistem Pelaporan Akademik
      • Majlis Bersama Institut

      PAUTAN RASMI

      • MyGov
      • MSC Malaysia
      • MAMPU
      • JPA
      • JPM
      • CyberSAFE

      ISO

      QR KOD

      PENAFIAN

      Institut Kefahaman Islam Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman web ini.

      INFORMASI

      • Dasar Privasi
      • Soalan Lazim

      logo ikim edit shadow smallHakcipta © 2023 Institut Kefahaman Islam Malaysia. Semua Hakcipta Terpelihara.

      • Utama Utama
      • Like via Facebook Like via Facebook
      • Follow via Twitter Follow via Twitter