• Tender/Sebutharga
  • Melayu
  • English
ikimikim
Hubungi Kami
T: 03-62046200 | F: 03-62014189
Waktu Operasi
Isnin - Jumaat 08:00 - 17:00
Emel
[email protected]
  • UTAMA
  • INFO KORPORAT
    • INFO KORPORAT
    • Perutusan Pengerusi
      • Perutusan Pengerusi
      • Pejabat Pengerusi
    • Maklumat Asas
      • Maklumat Asas
      • Pengenalan & Penubuhan
      • Dasar & Matlamat Kualiti
      • Fungsi, Visi, Misi & Nilai-nilai Bersama
      • Piagam Pelanggan
      • Logo
      • Carta Organisasi
      • Carta Fungsi
      • CV Pegawai Akademik
    • Lembaga Pengarah
    • Pengurusan Tertinggi
      • Pengurusan Tertinggi
      • Pejabat Ketua Pengarah
    • Pengurusan Kanan
    • Pejabat Ketua Pengarah
      • Pejabat Ketua Pengarah
      • Unit Editorial
      • Unit Perhubungan Korporat
      • Unit Perpustakaan PTAS
      • Penerbit IKIM
      • Unit Program & Latihan
      • Unit Pengurusan Penyelidikan (RMU)
    • Pusat Akademik
      • Pusat Akademik
      • Pusat Kajian Ekonomi & Kemasyarakatan (EMAS)
      • Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang & Politik (SYARAK)
      • Pusat Kajian Sains & Alam Sekitar (KIAS)
    • Bahagian Pengurusan Kewangan & Pelaburan
    • Bahagian Khidmat Pengurusan
      • Bahagian Khidmat Pengurusan
      • Pejabat Pengarah (BKP)
      • Unit Pentadbiran & Perolehan (UPEN)
      • Unit Inovasi & Kualiti (UNIK)
      • Unit Teknikal & Prasarana (UTEP)
      • Unit Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (UTEK)
      • Unit Modal Insan (UMIN)
    • Radio IKIM
      • Radio IKIM
      • Unit Kejuruteraan Penyiaran
      • Unit Teknologi Digital (UTEL)
    • tvIKIM
    • Bahagian Ekonomi & Pemasaran
      • Bahagian Ekonomi & Pemasaran
      • Unit Pembangunan Ekonomi & Kawalan Kredit
      • Unit Pemasaran & Promosi
    • Kerjaya
  • PERKHIDMATAN & PRODUK
    • PERKHIDMATAN & PRODUK
    • Program
    • Penerbitan & Produksi
      • Penerbitan & Produksi
      • Katalog Buku IKIM
      • Buku Terbitan IKIM
      • Produk Audio & Video
      • Koleksi Khas Etika
    • Perundingan
      • Perundingan
      • Khidmat Kepakaran Pegawai Akademik
    • Pengiklanan @ Radio IKIM
    • Pengiklanan @ TVIKIM
    • Pengiklanan @ Platform Digital
  • MEDIA
    • MEDIA
    • Senarai Penulis
    • Senarai Artikel
      • Senarai Artikel
      • Artikel
      • Berita Harian – Dr. Shamrahayu
      • Sinar Harian
      • The Star
      • Utusan Malaysia
      • New Straits Times
    • Buletin
      • Buletin
      • Berita Semasa
      • Buletin IKIM
    • Teks Ucapan
    • Kenyataan Media
    • Muat Turun
    • Video
      • Video
      • Video Korporat
      • Video tvIKIM
  • HUBUNGI
    • HUBUNGI
      • Hubungi

        Alamat :

        Institut Kefahaman Islam Malaysia
        No. 2, Langgak Tunku Off Jalan Tuanku Abdul Halim,
        50480 Kuala Lumpur, Malaysia

        No Tel :

        +603-62046200

        Emel :

        [email protected]

    Laman Web Rasmi: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Laman Web Rasmi: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
    • UTAMA
    • INFO KORPORAT
      • INFO KORPORAT
      • Perutusan Pengerusi
        • Perutusan Pengerusi
        • Pejabat Pengerusi
      • Maklumat Asas
        • Maklumat Asas
        • Pengenalan & Penubuhan
        • Dasar & Matlamat Kualiti
        • Fungsi, Visi, Misi & Nilai-nilai Bersama
        • Piagam Pelanggan
        • Logo
        • Carta Organisasi
        • Carta Fungsi
        • CV Pegawai Akademik
      • Lembaga Pengarah
      • Pengurusan Tertinggi
        • Pengurusan Tertinggi
        • Pejabat Ketua Pengarah
      • Pengurusan Kanan
      • Pejabat Ketua Pengarah
        • Pejabat Ketua Pengarah
        • Unit Editorial
        • Unit Perhubungan Korporat
        • Unit Perpustakaan PTAS
        • Penerbit IKIM
        • Unit Program & Latihan
        • Unit Pengurusan Penyelidikan (RMU)
      • Pusat Akademik
        • Pusat Akademik
        • Pusat Kajian Ekonomi & Kemasyarakatan (EMAS)
        • Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang & Politik (SYARAK)
        • Pusat Kajian Sains & Alam Sekitar (KIAS)
      • Bahagian Pengurusan Kewangan & Pelaburan
      • Bahagian Khidmat Pengurusan
        • Bahagian Khidmat Pengurusan
        • Pejabat Pengarah (BKP)
        • Unit Pentadbiran & Perolehan (UPEN)
        • Unit Inovasi & Kualiti (UNIK)
        • Unit Teknikal & Prasarana (UTEP)
        • Unit Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (UTEK)
        • Unit Modal Insan (UMIN)
      • Radio IKIM
        • Radio IKIM
        • Unit Kejuruteraan Penyiaran
        • Unit Teknologi Digital (UTEL)
      • tvIKIM
      • Bahagian Ekonomi & Pemasaran
        • Bahagian Ekonomi & Pemasaran
        • Unit Pembangunan Ekonomi & Kawalan Kredit
        • Unit Pemasaran & Promosi
      • Kerjaya
    • PERKHIDMATAN & PRODUK
      • PERKHIDMATAN & PRODUK
      • Program
      • Penerbitan & Produksi
        • Penerbitan & Produksi
        • Katalog Buku IKIM
        • Buku Terbitan IKIM
        • Produk Audio & Video
        • Koleksi Khas Etika
      • Perundingan
        • Perundingan
        • Khidmat Kepakaran Pegawai Akademik
      • Pengiklanan @ Radio IKIM
      • Pengiklanan @ TVIKIM
      • Pengiklanan @ Platform Digital
    • MEDIA
      • MEDIA
      • Senarai Penulis
      • Senarai Artikel
        • Senarai Artikel
        • Artikel
        • Berita Harian – Dr. Shamrahayu
        • Sinar Harian
        • The Star
        • Utusan Malaysia
        • New Straits Times
      • Buletin
        • Buletin
        • Berita Semasa
        • Buletin IKIM
      • Teks Ucapan
      • Kenyataan Media
      • Muat Turun
      • Video
        • Video
        • Video Korporat
        • Video tvIKIM
    • HUBUNGI
      • HUBUNGI
        • Hubungi

          Alamat :

          Institut Kefahaman Islam Malaysia
          No. 2, Langgak Tunku Off Jalan Tuanku Abdul Halim,
          50480 Kuala Lumpur, Malaysia

          No Tel :

          +603-62046200

          Emel :

          [email protected]

      Sinar Harian

      Dunia Lebih Selamat Buat Kanak-kanak Gaza

      • Cik Wan Roslili Bt. Abd. Majid
      • 07/08/2014

      “Kami hanya dapat meminum air yang kotor.  Tiada makanan yang dapat dijamah.  Bekalan elektrik telah terputus.  Tiada komunikasi selama beberapa hari.  Sepanjang empat jam sebelum bermulanya tempoh gencatan senjata, Israel melakukan kemusnahan secara besar-besaran dan membunuh seramai mungkin.  Ini bukan hanya peperangan dan pembunuhan umat Islam tetapi juga penganut agama lain termasuk Kristian.  Masyarakat dunia, lakukanlah sesuatu untuk Gaza! Gaza juga memiliki maruah.  Kanak-kanaknya berhak hidup aman damai; bermain, bersekolah, dan meraikan hari raya.”  Rintihan Hamzah Derawi, koresponden Aman Palestin di Gaza dalam laporannya untuk IKIMfm beberapa hari lalu begitu menghiris perasaan.

      Telah hampir sebulan serangan bersifat kebinatangan disasarkan atas Gaza.  Perang 10 Ramadan itu yang belum kelihatan penghujungnya saban hari meningkatkan angka korban dan kecederaan.  Malang sekali bagi penduduk semenanjung yang bersebelahan dengan Laut Mediterranean itu.  Sokongan padu daripada saudara-saudara mereka, khususnya pemimpin-pemimpin negara Islam dan terlebih khusus yang berbangsa Arab masih kekal sekadar harapan.  Terkecuali beberapa buah negara Islam seperti Turki, Malaysia, dan Indonesia, yang lainnya masih diam membisu.  Apatah pula pertubuhan yang sering dikecam hebat kelesuannya seperti OIC.

                  Laporan media antarabangsa dan tempatan menunjukkan bahawa sebahagian besar mangsa yang terkorban membabitkan kanak-kanak.  Generasi masa hadapan Gaza itu bukan sahaja dicederakan dan dibunuh dengan kejam bahkan sebelum Perang 10 Ramadan meletus, mereka antara jumlah terbesar tahanan di penjara-penjara Israel.  Itulah sebenarnya matlamat bangsa terlaknat tersebut.  Semakin besar jumlah kanak-kanak yang dibunuh dan ditahan atau dilumpuhkan anggota mereka, semakin kecil atau kurang sekali penentang yang akan bangkit mencabar keangkuhan mereka pada masa hadapan.

                  Kanak-kanak Gaza wajib diberikan pembelaan.  Hak mereka untuk terus hidup dan dilindungi keselamatan diri sebagaimana dijamin oleh Artikel 3 Deklarasi  Universal Hak Asasi Manusia (UDHR) mesti ditunaikan.  Justeru perhimpunan “Selamatkan Anak-Anak Gaza” yang diadakan Sabtu lalu oleh Viva Palestina Malaysia dan Aqsa Syarif wajar diberikan pujian.  Demikian juga beberapa tindakan sebelumnya yang digerakkan kerajaan serta pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan bagi membantu rakyat Palestin harus diberikan sokongan padu. Jika Amerika Syarikat dan Israel disatukan atas asas matlamat strategik dan kepentingan bersama mereka di Timur Tengah, maka umat Islam seluruhnya lebih-lebih lagi terhubung antara satu dengan yang lain.  Ikatan akidah antara mereka lebih bermakna dan menuntut agar pengorbanan terlaksana dalam segenap hal serta keadaan. Sekiranya pula negara Uncle Sam itu sentiasa bersedia membelanjakan ratusan billion dolar bagi tujuan pengukuhan ketenteraan dan ekonomi negara haram Israel, umat Islam lebih-lebih lagi harus menunjukkan kesediaan menghulurkan bantuan.  Ini terutamanya dalam situasi saudara-saudara mereka keras dizalimi dengan menggunakan kehebatan teknologi ketenteraan dan kekukuhan ekonomi musuh-musuh mereka.

      Umat Islam harus sedar selagi mereka tidak menyelesaikan masalah perpecahan, kebaculan, kemunafikan, kemiskinan, dan kemunduran, maka isu Palestin dan kelompok umat Islam lain yang tertindas di seluruh dunia tidak mungkin dapat diselsaikan. Jihad besar umat Islam dalam segenap bidang terutama pendidikan, sahsiah, dan ekonomi memungkinkan mereka dapat menjamin dunia yang lebih selamat untuk dihuni khusus buat kanak-kanak Gaza dan lainnya; pewaris masa hadapan.

      Share

      Carian Artikel

      • RADIO IKIM
      • IKIMTV
      • IKIMniaga
      • E-TAFHIM – JURNAL IKIM
      • PERPUSTAKAAN IKIM
      • KERJAYA
      • WEBMAIL
      • MYIKIM
      • IRMIS
      • SOALAN LAZIM
      • TENDER & SEBUT HARGA

      HADIS PILIHAN

      Daripada Aishah RA katanya sabda Rasulullah SAW, “Sesungguhnya Allah bersifat lemah-lembut dan berlemah-lembut dalam semua perkara.”

      (Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

      WARGA @ IKIM

      • IKIM Webmail
      • Portal MyIKIM
      • IRMIS
      • HRMIS
      • Sistem Pelaporan Akademik
      • Majlis Bersama Institut

      PAUTAN RASMI

      • MyGov
      • MSC Malaysia
      • MAMPU
      • JPA
      • JPM
      • CyberSAFE

      ISO

      QR KOD

      PENAFIAN

      Institut Kefahaman Islam Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman web ini.

      INFORMASI

      • Dasar Privasi
      • Soalan Lazim

      logo ikim edit shadow smallHakcipta © 2023 Institut Kefahaman Islam Malaysia. Semua Hakcipta Terpelihara.

      • Utama Utama
      • Like via Facebook Like via Facebook
      • Follow via Twitter Follow via Twitter