• Tender/Sebutharga
  • Melayu
  • English
ikimikim
Hubungi Kami
T: 03-62046200 | F: 03-62014189
Waktu Operasi
Isnin - Jumaat 08:00 - 17:00
Emel
[email protected]
  • UTAMA
  • INFO KORPORAT
    • INFO KORPORAT
    • Perutusan Pengerusi
      • Perutusan Pengerusi
      • Pejabat Pengerusi
    • Maklumat Asas
      • Maklumat Asas
      • Pengenalan & Penubuhan
      • Dasar & Matlamat Kualiti
      • Fungsi, Visi, Misi & Nilai-nilai Bersama
      • Piagam Pelanggan
      • Logo
      • Carta Organisasi
      • Carta Fungsi
      • CV Pegawai Akademik
    • Lembaga Pengarah
    • Pengurusan Tertinggi
      • Pengurusan Tertinggi
      • Pejabat Ketua Pengarah
    • Pengurusan Kanan
    • Pejabat Ketua Pengarah
      • Pejabat Ketua Pengarah
      • Unit Editorial
      • Unit Perhubungan Korporat
      • Unit Perpustakaan IKIM
      • Penerbit IKIM
      • Unit Program & Latihan
      • Unit Pengurusan Penyelidikan
    • Pusat Akademik
      • Pusat Akademik
      • Pusat Kajian Ekonomi & Kemasyarakatan (EMAS)
      • Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang & Politik (SYARAK)
      • Pusat Kajian Sains & Alam Sekitar (KIAS)
    • Bahagian Pengurusan Kewangan & Pelaburan
    • Bahagian Khidmat Pengurusan
      • Bahagian Khidmat Pengurusan
      • Pejabat Pengarah (BKP)
      • Unit Pentadbiran & Perolehan (UPEN)
      • Unit Inovasi & Kualiti (UNIK)
      • Unit Teknikal & Prasarana (UTEP)
      • Unit Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (UTEK)
      • Unit Modal Insan (UMIN)
    • Radio IKIM
      • Radio IKIM
      • Unit Kejuruteraan Penyiaran
      • Unit Teknologi Digital (UTEL)
    • tvIKIM
    • Bahagian Ekonomi & Pemasaran
      • Bahagian Ekonomi & Pemasaran
      • Unit Pembangunan Ekonomi & Kawalan Kredit
      • Unit Pemasaran & Promosi
    • Kerjaya
  • PERKHIDMATAN & PRODUK
    • PERKHIDMATAN & PRODUK
    • Program
    • Penerbitan & Produksi
      • Penerbitan & Produksi
      • Katalog Buku IKIM
      • Buku Terbitan IKIM
      • Produk Audio & Video
      • Koleksi Khas Etika
    • Perundingan
      • Perundingan
      • Khidmat Kepakaran Pegawai Akademik
    • Pengiklanan @ Radio IKIM
    • Pengiklanan @ TVIKIM
    • Pengiklanan @ Platform Digital
  • MEDIA
    • MEDIA
    • Senarai Penulis
    • Senarai Artikel
      • Senarai Artikel
      • Artikel
      • Berita Harian – Dr. Shamrahayu
      • Sinar Harian
      • The Star
      • Utusan Malaysia
      • New Straits Times
    • Buletin
      • Buletin
      • Berita Semasa
      • Buletin IKIM
    • Teks Ucapan
    • Kenyataan Media
    • Muat Turun
    • Video
      • Video
      • Video Korporat
      • Video tvIKIM
  • HUBUNGI
    • HUBUNGI
      • Hubungi

        Alamat :

        Institut Kefahaman Islam Malaysia
        No. 2, Langgak Tunku Off Jalan Tuanku Abdul Halim,
        50480 Kuala Lumpur, Malaysia

        No Tel :

        +603-62046200

        Emel :

        [email protected]

    Laman Web Rasmi: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Laman Web Rasmi: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
    • UTAMA
    • INFO KORPORAT
      • INFO KORPORAT
      • Perutusan Pengerusi
        • Perutusan Pengerusi
        • Pejabat Pengerusi
      • Maklumat Asas
        • Maklumat Asas
        • Pengenalan & Penubuhan
        • Dasar & Matlamat Kualiti
        • Fungsi, Visi, Misi & Nilai-nilai Bersama
        • Piagam Pelanggan
        • Logo
        • Carta Organisasi
        • Carta Fungsi
        • CV Pegawai Akademik
      • Lembaga Pengarah
      • Pengurusan Tertinggi
        • Pengurusan Tertinggi
        • Pejabat Ketua Pengarah
      • Pengurusan Kanan
      • Pejabat Ketua Pengarah
        • Pejabat Ketua Pengarah
        • Unit Editorial
        • Unit Perhubungan Korporat
        • Unit Perpustakaan IKIM
        • Penerbit IKIM
        • Unit Program & Latihan
        • Unit Pengurusan Penyelidikan
      • Pusat Akademik
        • Pusat Akademik
        • Pusat Kajian Ekonomi & Kemasyarakatan (EMAS)
        • Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang & Politik (SYARAK)
        • Pusat Kajian Sains & Alam Sekitar (KIAS)
      • Bahagian Pengurusan Kewangan & Pelaburan
      • Bahagian Khidmat Pengurusan
        • Bahagian Khidmat Pengurusan
        • Pejabat Pengarah (BKP)
        • Unit Pentadbiran & Perolehan (UPEN)
        • Unit Inovasi & Kualiti (UNIK)
        • Unit Teknikal & Prasarana (UTEP)
        • Unit Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (UTEK)
        • Unit Modal Insan (UMIN)
      • Radio IKIM
        • Radio IKIM
        • Unit Kejuruteraan Penyiaran
        • Unit Teknologi Digital (UTEL)
      • tvIKIM
      • Bahagian Ekonomi & Pemasaran
        • Bahagian Ekonomi & Pemasaran
        • Unit Pembangunan Ekonomi & Kawalan Kredit
        • Unit Pemasaran & Promosi
      • Kerjaya
    • PERKHIDMATAN & PRODUK
      • PERKHIDMATAN & PRODUK
      • Program
      • Penerbitan & Produksi
        • Penerbitan & Produksi
        • Katalog Buku IKIM
        • Buku Terbitan IKIM
        • Produk Audio & Video
        • Koleksi Khas Etika
      • Perundingan
        • Perundingan
        • Khidmat Kepakaran Pegawai Akademik
      • Pengiklanan @ Radio IKIM
      • Pengiklanan @ TVIKIM
      • Pengiklanan @ Platform Digital
    • MEDIA
      • MEDIA
      • Senarai Penulis
      • Senarai Artikel
        • Senarai Artikel
        • Artikel
        • Berita Harian – Dr. Shamrahayu
        • Sinar Harian
        • The Star
        • Utusan Malaysia
        • New Straits Times
      • Buletin
        • Buletin
        • Berita Semasa
        • Buletin IKIM
      • Teks Ucapan
      • Kenyataan Media
      • Muat Turun
      • Video
        • Video
        • Video Korporat
        • Video tvIKIM
    • HUBUNGI
      • HUBUNGI
        • Hubungi

          Alamat :

          Institut Kefahaman Islam Malaysia
          No. 2, Langgak Tunku Off Jalan Tuanku Abdul Halim,
          50480 Kuala Lumpur, Malaysia

          No Tel :

          +603-62046200

          Emel :

          [email protected]

      Berita Harian - Dr. Shamrahayu

      Prinsip Perundangan Islam Satu Alternatif Utama Dalam Transformasi Perundangan

      • Prof. Madya Dr. Shamrahayu Ab Aziz
      • 08/12/2015

      Transformasi perundangan merupakan satu dasar penting dalam pentadbiran kerajaan pimpinan YAB Perdana Menteri Datuk Sri Najib Razak. Sepanjang dasar transformasi ini dilakukan, beberapa perubahan besar telah dilakukan ke atas perundangan negara.

      Walaupun begitu, dasar atau agenda transformasi perundangan ini perlu diperkemas. Disebabkan keadaan semasa, dari segi perkembangan teknologi, maklumat dan komplikasi masyarakat dalam pelbagai aspek, agenda transformasi undang-undang ini perlu diperkasa. Ini kerana proses penambahbaikan undang-undang ini merupakan proses yang berterusan dan berpanjangan. Kita tidak akan menemui satu titik kesudahan dalam penambahbaikan. Hakikatnya, kita tidak akan dapat berhenti dan menyatakan bahawa tiada lagi ruang penambahbaikan yang diperlukan.

      Dalam melakukan proses transformasi atau penambahbaikan kepada perundangan negara, kita perlu mengambil kira beberapa prinsip, terutamanya prinsip keadilan semulajadi. Prinsip keadilan semula jadi ini agak subjektif. Ini kerana ia bergantung kepada equity, fairness and reason atau prinsip keadilan, kesaksamaandankeseimbangan. Prinsip-prinsip ini tidak lari daripada prinsip ketakwaan dalam Islam.

      Oleh itu, dalam membuat transformasi kepada perundangan negara, prinsip-prinsip keadilan, kesaksamaan dan keseimbangan dalam perundangan Islam perlulah juga dijadikan rujukan utama.

      Mengapakah prinsip perundangan mesti dijadikan rujukan utama dalam dasar transformasi perundangan? Saya cadangkan beberapa sebab. Antara lain, prinsip undang-undang Syariah tidak asing di Malaysia. Ia disebut dalam Perlembagaan. Dengan adanya peruntukan yang meletakkan Islam sebagai agama negara, serta membenarkan pemakaian undang-undang diri dan undang-undang keluarga bagi orang Islam.

      Selain itu Perlembagaan membenarkan penubuhan institusi perundangan Islam dan menjadikan tanggungjawab Ketua Utama Negara, iaitu Yang di-Pertuan Agong untuk memelihara agama Islam.

      Prinsip perundangan Islam, sekiranya disampaikan dan diterima secara keseluruhannya, mengandungi prinsip universal yang boleh diterima merentas budaya dan agama. Ia universal kerana objektif prinsip perundangan Islam ialah untuk menjaga semua aspek kehidupan individu dan juga masyarakat serta negara. Ia bertujuan menjaga kepentingan diri, termasuk maruah diri manusia, hak kepada kehidupan dan harta serta menjaga kepentingan agama dan cara hidup.

      Untuk kesan yang lebih efektif, Islam meletakkan keseimbangan kepada hak dan tanggungjawab individu, serta hak dan tanggungjawab negara dalam menjaga kepentingan diri, masyarakat dan negara keseluruhannya.

      Dari segi sejarah pula, prinsip perundangan Islam telah sekian lama bertapak di negara ini. Kewujudannya juga tidak boleh dipertikaikan lagi. Prinsip Islam telah diiktiraf tidak hanya dalam ruang undang-undang, bahkan juga ia ketara pada budaya dan masyarakat Malaysia. Dengan kata lain prinsip undang-undang Islam adalah sesuatu yang sudah serasi dan sinonim dalam aspek bernegara di Malaysia sama ada dalam konteks undang-undang atau sosiologi.

      Sementara itu, sifat undang-undang Islam itu sendiri yang menggalakkan kepelbagaian tafsiran kepada perkara-perkara yang tidak diputuskan secara muktamad secara maksudnya atau harfiahnya. Sifat perundangan Islam itu sendiri boleh memberi beberapa pilihan dengan mengambil pendekatan kepelbagaian; menerima pandangan atau ijtihad yang lebih baik dan bersesuaian dengan masa dan massa, keadaan setempat dan keadaan sekitar.

      Prinsip Islam yang dirujuk dalam perundangan ini bukan semata-mata bersifat atau berkaitan dengan ‘aqidah tauhid’ atau ‘belief and faith’ agama Islam. Tetapi, prinsip-prinsip Islam yang diterima pakai ialah sifat undang-undang Islam yang universal, contemporary and realistic; sejagat, mendepani masa dan menerima realiti. Tiga sifat undang-undang Islam ini seringkali tidak diberikan kefahaman yang jelas. Ketiga-tiga sifat perundangan inilah yang menjadikan Islam sebagai sistem perundangan yang progresif dan pro-aktif – bukan hanya rigid dengan pandangan atau ijtihad-ijtihad terdahulu semata-mata.

      Transformasi perundangan di Malaysia perlu memberikan perhatian sewajarnya kepada tiga sifat perundangan Islam ini. Sekiranya perhatian kepada tiga sifat undang-undang Islam ini dibuat sesempurna mungkin, ia akan menjadikan undang-undang Malaysia bersifat adil secara universal, bukan hanya kerana label Islam tetapi kerana label keadilan. Bahkan ia dapat memberi lebih keadilan berbanding prinsip perundangan yang dianggap universal ketika ini.

      Seterusnya, ia akan menghasilkan undang-undang yang lengkap, sempurna serta holistik dan dapat menyelesaikan masalah perundangan negara. Hasilnya, masyarakat Malaysia tidak akan berasa takut, bimbang atau was-was dengan prinsip perundangan Islam.

      Share

      Carian Artikel

      • RADIO IKIM
      • IKIMTV
      • IKIMniaga
      • E-TAFHIM – JURNAL IKIM
      • PERPUSTAKAAN IKIM
      • KERJAYA
      • WEBMAIL
      • MYIKIM
      • IRMIS
      • SOALAN LAZIM
      • TENDER & SEBUT HARGA

      HADIS PILIHAN

      Daripada Aishah RA katanya sabda Rasulullah SAW, “Sesungguhnya Allah bersifat lemah-lembut dan berlemah-lembut dalam semua perkara.”

      (Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

      WARGA @ IKIM

      • IKIM Webmail
      • Portal MyIKIM
      • IDAM
      • IRMIS
      • HRMIS
      • Sistem Pelaporan Akademik
      • Majlis Bersama Institut

      PAUTAN RASMI

      • MyGov
      • MSC Malaysia
      • MAMPU
      • JPA
      • JPM
      • CyberSAFE

      ISO

      QR KOD

      PENAFIAN

      Institut Kefahaman Islam Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman web ini.

      INFORMASI

      • Dasar Privasi
      • Soalan Lazim

      logo ikim edit shadow smallHakcipta © 2023 Institut Kefahaman Islam Malaysia. Semua Hakcipta Terpelihara.

      • Utama Utama
      • Like via Facebook Like via Facebook
      • Follow via Twitter Follow via Twitter