MAHABBAH IKIMFM KEDAH 2018
Pada 9 Mac 2018, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) telah mengadakan “Mahabbah IKIMfm Kedah 2018″ bertempat di Perkarangan Masjid Safwan, Jeniang, Gurun, Kedah. Mahabbah sehari ini merupakan salah satu program turun padang dalam usaha untuk mendekatkan masyarakat kepada IKIM khususnya masyarakat di Kedah.
Antara acara yang diadakan pada waktu siang adalah sukan rakyat, pertandingan memasak berpasukan ibu dan anak, kuliah Dhuha oleh Dr. Nik Roskiman Abdul Samad, Pengarah Pusat Media dan Forum Sains dan Islam oleh Datuk Prof. Dr. Azizan Baharuddin, Ketua Pengarah IKIM dan Dr. Shaikh Mohd. Saifuddeen Shaikh Mohd. Salleh, Pengarah Pusat KIAS. Manakala pada malam hari diadakan Maulid @IKIM dengan menampilkan Dr. Mohd. Farid Shahran, Pengarah Pusat SYARAK dan Ustaz Iqbal Zain al-Jauhawi sebagai pentausiyah, manakala moderator adalah En. Mohd. Faiz Hj. Othman.
YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah merasmikan Mahabbah IKIMfm Kedah 2018 dan telah turut menyampaikan sumbangan kepada seramai 150 orang asnaf di sekitar Jeniang. Sumbangan asnaf tersebut merupakan sumbangan daripada Yayasan Waqaf Malaysia.
Pemenang bolesepak sukan rakyata.