Muzakarah Pakar Pengajian Islam Integrasi: Ke Arah Penyepaduan Ilmu Agama & Sains
IKIM telah menganjurkan Muzakarah Pakar Pengajian Islam Integrasi: Ke Arah Penyepaduan Ilmu Agama & Sains pada 20 Mac 2018.
Penganjuran muzakarah ini juga menunjukkan bahawa IKIM serius dalam memperkasa pendidikan STEM di Malaysia dengan melibatkan ahli-ahli akademik dalam bidang pengajian Islam untuk membincangkan perkara ini. Hal ini juga membuktikan bahawa IKIM dan Penggerak STEM Kebangsaan sentiasa bergerak seiringan ke arah mencapai matlamat yang sama iaitu memperkasakan pendidikan STEM di negara ini.
Muzakarah ini amat penting untuk menyatukan usaha-usaha memperkasakan pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) yang diperkukuhkan dengan nilai-nilai kemanusiaan dan keagamaan. Pengajian Islam yang diintegrasikan dengan pengajian STEM merupakan suatu bentuk usaha yang unik dan perlu diarusperdanakan khasnya dalam kerangka negara maju ke arah TN50. Usaha-usaha di peringkat universiti dalam mewujudkan pengajian yang merangkumkan pelbagai disiplin amat-amat dialu-alukan oleh Penggerak STEM Kebangsaan. Pendekatan multidisiplin dan transdisiplin melibatkan bidang Pengajian Islam dan bidang-bidang di bawah STEM wajar dirancakkan pada peringkat pembangunan kurikulum di peringkat universiti.