Muzakarah Pakar “Ketagihan, Keluarga dan Kelestarian Komuniti”
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dengan kerjasama Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah menganjurkan Muzakarah Pakar “Ketagihan, Keluarga dan Kelestarian Komuniti” pada 15 – 16 Ogos 2018. Muzakarah ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Haji Zakaria bin Hashim, Timbalan Pengerusi IKIM.
Tujuan muzakarah pakar ini dianjurkan adalah untuk menjelaskan ancaman ketagihan terhadap kelestarian hidup yang merangkumi institusi keluarga, komuniti dan negara. Perkongsian pandangan dan pengalaman oleh panel pakar adalah kritikal untuk menyumbang kepada kefahaman yang lebih jelas tentang isu ketagihan dan bagaimana nilai-nilai agama dapat memperkasa institusi keluarga sebagai satu unit sosial yang berfungsi sebagai agen perubahan sikap dalam mendepani fenomena ketagihan.
Turut hadir di program ini adalah kumpulan pakar penyelidik dan wakil-wakil daripada pelbagai universiti, kementerian, agensi, jabatan agama, Majlis Agama Islam Negeri serta badan bukan kerajaan (NGO).