• Tender/Sebutharga
  • Melayu
  • English
ikimikim
Hubungi Kami
T: 03-62046200 | F: 03-62014189
Waktu Operasi
Isnin - Jumaat 08:00 - 17:00
Emel
[email protected]
  • UTAMA
  • INFO KORPORAT
    • INFO KORPORAT
    • Perutusan Pengerusi
      • Perutusan Pengerusi
      • Pejabat Pengerusi
    • Maklumat Asas
      • Maklumat Asas
      • Pengenalan & Penubuhan
      • Dasar & Matlamat Kualiti
      • Fungsi, Visi, Misi & Nilai-nilai Bersama
      • Piagam Pelanggan
      • Logo
      • Carta Organisasi
      • Carta Fungsi
      • CV Pegawai Akademik
    • Lembaga Pengarah
    • Pengurusan Tertinggi
      • Pengurusan Tertinggi
      • Pejabat Ketua Pengarah
    • Pengurusan Kanan
    • Pejabat Ketua Pengarah
      • Pejabat Ketua Pengarah
      • Unit Editorial
      • Unit Perhubungan Korporat
      • Unit Perpustakaan IKIM
      • Penerbit IKIM
      • Unit Program & Latihan
      • Unit Pengurusan Penyelidikan
    • Pusat Akademik
      • Pusat Akademik
      • Pusat Kajian Ekonomi & Kemasyarakatan (EMAS)
      • Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang & Politik (SYARAK)
      • Pusat Kajian Sains & Alam Sekitar (KIAS)
    • Bahagian Pengurusan Kewangan & Pelaburan
    • Bahagian Khidmat Pengurusan
      • Bahagian Khidmat Pengurusan
      • Pejabat Pengarah (BKP)
      • Unit Pentadbiran & Perolehan (UPEN)
      • Unit Inovasi & Kualiti (UNIK)
      • Unit Teknikal & Prasarana (UTEP)
      • Unit Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (UTEK)
      • Unit Modal Insan (UMIN)
    • Radio IKIM
      • Radio IKIM
      • Unit Kejuruteraan Penyiaran
      • Unit Teknologi Digital (UTEL)
    • tvIKIM
    • Bahagian Ekonomi & Pemasaran
      • Bahagian Ekonomi & Pemasaran
      • Unit Pembangunan Ekonomi & Kawalan Kredit
      • Unit Pemasaran & Promosi
    • Kerjaya
  • PERKHIDMATAN & PRODUK
    • PERKHIDMATAN & PRODUK
    • Program
    • Penerbitan & Produksi
      • Penerbitan & Produksi
      • Katalog Buku IKIM
      • Buku Terbitan IKIM
      • Produk Audio & Video
      • Koleksi Khas Etika
    • Perundingan
      • Perundingan
      • Khidmat Kepakaran Pegawai Akademik
    • Pengiklanan @ Radio IKIM
    • Pengiklanan @ TVIKIM
    • Pengiklanan @ Platform Digital
  • MEDIA
    • MEDIA
    • Senarai Penulis
    • Senarai Artikel
      • Senarai Artikel
      • Artikel
      • Berita Harian – Dr. Shamrahayu
      • Sinar Harian
      • The Star
      • Utusan Malaysia
      • New Straits Times
    • Buletin
      • Buletin
      • Berita Semasa
      • Buletin IKIM
    • Teks Ucapan
    • Kenyataan Media
    • Muat Turun
    • Video
      • Video
      • Video Korporat
      • Video tvIKIM
  • HUBUNGI
    • HUBUNGI
      • Hubungi

        Alamat :

        Institut Kefahaman Islam Malaysia
        No. 2, Langgak Tunku Off Jalan Tuanku Abdul Halim,
        50480 Kuala Lumpur, Malaysia

        No Tel :

        +603-62046200

        Emel :

        [email protected]

    Laman Web Rasmi: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Laman Web Rasmi: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
    • UTAMA
    • INFO KORPORAT
      • INFO KORPORAT
      • Perutusan Pengerusi
        • Perutusan Pengerusi
        • Pejabat Pengerusi
      • Maklumat Asas
        • Maklumat Asas
        • Pengenalan & Penubuhan
        • Dasar & Matlamat Kualiti
        • Fungsi, Visi, Misi & Nilai-nilai Bersama
        • Piagam Pelanggan
        • Logo
        • Carta Organisasi
        • Carta Fungsi
        • CV Pegawai Akademik
      • Lembaga Pengarah
      • Pengurusan Tertinggi
        • Pengurusan Tertinggi
        • Pejabat Ketua Pengarah
      • Pengurusan Kanan
      • Pejabat Ketua Pengarah
        • Pejabat Ketua Pengarah
        • Unit Editorial
        • Unit Perhubungan Korporat
        • Unit Perpustakaan IKIM
        • Penerbit IKIM
        • Unit Program & Latihan
        • Unit Pengurusan Penyelidikan
      • Pusat Akademik
        • Pusat Akademik
        • Pusat Kajian Ekonomi & Kemasyarakatan (EMAS)
        • Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang & Politik (SYARAK)
        • Pusat Kajian Sains & Alam Sekitar (KIAS)
      • Bahagian Pengurusan Kewangan & Pelaburan
      • Bahagian Khidmat Pengurusan
        • Bahagian Khidmat Pengurusan
        • Pejabat Pengarah (BKP)
        • Unit Pentadbiran & Perolehan (UPEN)
        • Unit Inovasi & Kualiti (UNIK)
        • Unit Teknikal & Prasarana (UTEP)
        • Unit Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (UTEK)
        • Unit Modal Insan (UMIN)
      • Radio IKIM
        • Radio IKIM
        • Unit Kejuruteraan Penyiaran
        • Unit Teknologi Digital (UTEL)
      • tvIKIM
      • Bahagian Ekonomi & Pemasaran
        • Bahagian Ekonomi & Pemasaran
        • Unit Pembangunan Ekonomi & Kawalan Kredit
        • Unit Pemasaran & Promosi
      • Kerjaya
    • PERKHIDMATAN & PRODUK
      • PERKHIDMATAN & PRODUK
      • Program
      • Penerbitan & Produksi
        • Penerbitan & Produksi
        • Katalog Buku IKIM
        • Buku Terbitan IKIM
        • Produk Audio & Video
        • Koleksi Khas Etika
      • Perundingan
        • Perundingan
        • Khidmat Kepakaran Pegawai Akademik
      • Pengiklanan @ Radio IKIM
      • Pengiklanan @ TVIKIM
      • Pengiklanan @ Platform Digital
    • MEDIA
      • MEDIA
      • Senarai Penulis
      • Senarai Artikel
        • Senarai Artikel
        • Artikel
        • Berita Harian – Dr. Shamrahayu
        • Sinar Harian
        • The Star
        • Utusan Malaysia
        • New Straits Times
      • Buletin
        • Buletin
        • Berita Semasa
        • Buletin IKIM
      • Teks Ucapan
      • Kenyataan Media
      • Muat Turun
      • Video
        • Video
        • Video Korporat
        • Video tvIKIM
    • HUBUNGI
      • HUBUNGI
        • Hubungi

          Alamat :

          Institut Kefahaman Islam Malaysia
          No. 2, Langgak Tunku Off Jalan Tuanku Abdul Halim,
          50480 Kuala Lumpur, Malaysia

          No Tel :

          +603-62046200

          Emel :

          [email protected]

      Sinar Harian

      Persediaan Terbaik Sambut Ramadan

      • Cik Wan Roslili Bt. Abd. Majid
      • 24/04/2019

      Syaaban yang cuma berbaki beberapa hari ini akan menemukan kita dengan Ramadan yang dinanti-nanti. Sebagai Mukmin, kita selayaknya mencontohi Nabi SAW yang membuat persediaan rapi bagi menyambut kedatangan Ramadan, iaitu dengan membanyakkan amalan pada bulan Syaaban. Persediaan yang diajar Baginda Nabi SAW, malah sejak bulan Rejab lagi membolehkan kita menyusun latihan terbaik sebelum memasuki Ramadan, bulan yang dilimpahi keberkatan, rahmat serta keampunan Allah SWT.

      Sebagaimana dirakamkan dalam ayat 183, Surah al-Baqarah, pensyariatan ibadah puasa bermatlamat memupuk ketakwaan golongan beriman yang melaksanakan ibadah berkenaan. Imam al-Razi dalam kitab tafsirnya “Mafatih al-Ghayb” yang mentafsirkan ayat ini mengatakan bahawa ibadah puasa mengandungi perkara-perkara yang dapat melemahkan dan menewaskan hawa nafsu.  Selain itu, ibadah puasa membuatkan kelazatan dunia tidak menjadi keutamaan bagi seseorang dan tidak sama sekali menguasai diri serta fikirannya. Dalam hubungan ini, individu yang banyak berpuasa dapat melatih dirinya untuk tidak melayani nafsu perut seperti makan dan minum, nafsu seksual serta bentuk-bentuk kelazatan dunia yang lain. Oleh itu, ia terhindar daripada melakukan perkara-perkara perbuatan keji dan mungkar yang sekali gus menyimpulkan maksud ketakwaan.

      Amat malang seandainya hikmah dan manfaat besar yang terkandung dalam ibadah puasa ini tidak berjaya dicapai. Maka jadilah ibadah yang dilaksanakan itu sekadar menahan lapar dan dahaga untuk tempoh tertentu cuma. Sementara usaha melemahkan dan menguasai hawa nafsu serta syahwat dalam segenap keadaan dan masa tidak diberikan perhatian. Dengan demikianlah misalnya dapat dilihat di negara ini, pembaziran makanan dan pembuangan sisa makanan menjadi isu yang kritikal pada bulan Ramadan saban tahun.  Lebih ironi, sebagaimana didedahkan dalam Persidangan Meja Bulat “Pengurangan Sisa Makanan: Ke Arah Kesepaduan Usaha Bersama” pada 15 April 2019 anjuran IKIM, peningkatan jumlah sisa makanan berlaku pada bulan yang mulia itu di antara 15-20 peratus di samping pada Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baru Cina.

      Peningkatan sisa makanan hakikatnya merupakan masalah bersama umat Islam di seluruh dunia pada bulan sesuci Ramadan.  Selain Malaysia, negara-negara Timur Tengah seperti Arab Saudi, Bahrain, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan Qatar juga mencatat jumlah pembuangan sisa makanan yang besar sepanjang Ramadan. Antara faktor yang menyumbang kepada perkara ini termasuklah pembelian barangan runcit serta makanan secara boros dan berlebih-lebihan.  Sama ada disedari mahupun tidak, perbuatan membazir makanan itu bukan sahaja menafikan hak golongan memerlukan seperti fakir dan miskin malah juga mendatangkan kesan buruk terhadap alam sekitar.  Kesan buruk yang diakibatkan ini hakikatnya menafikan hak seluruh anggota masyarakat untuk hidup dalam persekitaran yang sejahtera.  Penafian hak-hak ini jelas menunjukkan pengabaian amanah yang dipikulkan Allah SWT untuk ditunaikan.

      Pelbagai langkah diambil di setiap negara Islam terbabit bagi menangani masalah pembuangan sisa makanan. Hal tersebut sama ada melalui peningkatan kesedaran dan perubahan sikap semua pihak yang terlibat termasuk dengan mencontohi amalan terbaik di negara-negara lain.  Begitu juga dengan pewujudan kemudahan-kemudahan tertentu seperti kitar semula dan bank makanan serta penguatkuasaan undang-undang sedia ada secara berkesan. Bank makanan misalnya merupakan inisiatif kemasyarakatan yang dilancarkan tahun lalu di Dubai bagi membolehkan lebihan makanan didermakan kepada Bank Makanan UAE. Makanan yang disumbang itu pula perlu memenuhi piawaian keselamatan yang ditetapkan.  Inistiatif berkenaan digerakkan bagi menyemarakkan semangat saling memberi dan mengukuhkan peranan masyarakat untuk membantu orang lain. Selain langkah positif seumpama ini, terdapat gesaan supaya ulama memainkan peranan penting sepanjang bulan Ramadan bagi memberikan dorongan kepada umat Islam supaya mematuhi prinsip-prinsip kelestarian sebagaimana yang terkandung dalam al-Quran serta Hadith.

      Besar harapan tergalas di bahu umat Islam agar tabiat buruk yang dipamerkan sebelum ini tidak akan berulang atau sekurang-kurangnya menunjukkan perubahan yang memberansangkan pada Ramadan yang akan menjelang tidak lama lagi.  Sehubungan dengan itu, nilai akhlak luhur seperti mensyukuri nikmat Allah, bermujahadah dan berusaha mengawal hawa nafsu, membanyakkan sedekah dan mengelakkan pembaziran, menginsafi kesulitan hidup insan lain di samping membuat perancangan teliti serta menentukan keutamaan setiap perkara perlu sentiasa diperkukuh.  Apatah lagi pada saat-saat kita semakin menghampiri Ramadan.  Sudah tentu pelbagai bentuk ibadah serta amal salih dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya untuk meneguhkan sifat-sifat dan nilai akhlak mulia tersebut. 

      Allah SWT menjamin petunjuk bagi golongan yang berusaha bersungguh-sungguh memenuhi kehendak agama selain bantuan serta pertolongan-Nya bagi golongan yang berusaha membaiki amalan mereka, iaitu muhsinin (Surah al-`Ankabut (29): 69).  Mudah-mudahan peluang yang dikurniai untuk menemui dan beribadah serta bermujahadah sepanjang Ramadan dimanfaatkan sebaik-baiknya bagi meraih matlamat kudus yang ditentukan syarak. Allah SWT menegaskan dalam firman-Nya bahawa kesungguhan individu dalam perjuangan atau mujahadah demi menegakkan ajaran agama, hakikatnya semata-mata demi kebaikan, manfaat atau keuntungan dirinya sendiri jua (Surah al-`Ankabut (29): 6). 

      Share

      Carian Artikel

      • RADIO IKIM
      • IKIMTV
      • IKIMniaga
      • E-TAFHIM – JURNAL IKIM
      • PERPUSTAKAAN IKIM
      • KERJAYA
      • WEBMAIL
      • MYIKIM
      • IRMIS
      • SOALAN LAZIM
      • TENDER & SEBUT HARGA

      HADIS PILIHAN

      Daripada Aishah RA katanya sabda Rasulullah SAW, “Sesungguhnya Allah bersifat lemah-lembut dan berlemah-lembut dalam semua perkara.”

      (Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

      WARGA @ IKIM

      • IKIM Webmail
      • Portal MyIKIM
      • IDAM
      • IRMIS
      • HRMIS
      • Sistem Pelaporan Akademik
      • Majlis Bersama Institut

      PAUTAN RASMI

      • MyGov
      • MSC Malaysia
      • MAMPU
      • JPA
      • JPM
      • CyberSAFE

      ISO

      QR KOD

      PENAFIAN

      Institut Kefahaman Islam Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman web ini.

      INFORMASI

      • Dasar Privasi
      • Soalan Lazim

      logo ikim edit shadow smallHakcipta © 2023 Institut Kefahaman Islam Malaysia. Semua Hakcipta Terpelihara.

      • Utama Utama
      • Like via Facebook Like via Facebook
      • Follow via Twitter Follow via Twitter