• Tender/Sebutharga
  • Melayu
  • English
ikimikim
Hubungi Kami
T: 03-62046200 | F: 03-62014189
Waktu Operasi
Isnin - Jumaat 08:00 - 17:00
Emel
[email protected]
  • UTAMA
  • INFO KORPORAT
    • INFO KORPORAT
    • Perutusan Pengerusi
      • Perutusan Pengerusi
      • Pejabat Pengerusi
    • Maklumat Asas
      • Maklumat Asas
      • Pengenalan & Penubuhan
      • Dasar & Matlamat Kualiti
      • Fungsi, Visi, Misi & Nilai-nilai Bersama
      • Piagam Pelanggan
      • Logo
      • Carta Organisasi
      • Carta Fungsi
      • CV Pegawai Akademik
    • Lembaga Pengarah
    • Pengurusan Tertinggi
      • Pengurusan Tertinggi
      • Pejabat Ketua Pengarah
    • Pengurusan Kanan
    • Pejabat Ketua Pengarah
      • Pejabat Ketua Pengarah
      • Unit Editorial
      • Unit Perhubungan Korporat
      • Unit Perpustakaan PTAS
      • Penerbit IKIM
      • Unit Program & Latihan
      • Unit Pengurusan Penyelidikan (RMU)
    • Pusat Akademik
      • Pusat Akademik
      • Pusat Kajian Ekonomi & Kemasyarakatan (EMAS)
      • Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang & Politik (SYARAK)
      • Pusat Kajian Sains & Alam Sekitar (KIAS)
    • Bahagian Pengurusan Kewangan & Pelaburan
    • Bahagian Khidmat Pengurusan
      • Bahagian Khidmat Pengurusan
      • Pejabat Pengarah (BKP)
      • Unit Pentadbiran & Perolehan (UPEN)
      • Unit Inovasi & Kualiti (UNIK)
      • Unit Teknikal & Prasarana (UTEP)
      • Unit Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (UTEK)
      • Unit Modal Insan (UMIN)
    • Pusat Media
      • Pusat Media
      • Radio IKIM
        • Radio IKIM
        • Unit Kejuruteraan Penyiaran
        • Unit Teknologi Digital (UTEL)
    • tvIKIM
    • Bahagian Ekonomi & Pemasaran
      • Bahagian Ekonomi & Pemasaran
      • Unit Pembangunan Ekonomi & Kawalan Kredit
      • Unit Pemasaran & Promosi
    • Integriti
      • Integriti
      • Mesej Integriti
      • Dasar, Peraturan dan Garis Panduan
      • e-whistleblowing
    • Kerjaya
  • PERKHIDMATAN & PRODUK
    • PERKHIDMATAN & PRODUK
    • Program
    • Penerbitan & Produksi
      • Penerbitan & Produksi
      • Katalog Buku IKIM
      • Buku Terbitan IKIM
      • Produk Audio & Video
      • Koleksi Khas Etika
    • Perundingan
      • Perundingan
      • Khidmat Kepakaran Pegawai Akademik
    • Pengiklanan @ Radio IKIM
    • Pengiklanan @ TVIKIM
    • Pengiklanan @ Platform Digital
  • MEDIA
    • MEDIA
    • Senarai Penulis
    • Senarai Artikel
      • Senarai Artikel
      • Artikel
      • Berita Harian – Dr. Shamrahayu
      • Sinar Harian
      • The Star
      • Utusan Malaysia
      • New Straits Times
    • Buletin
      • Buletin
      • Berita Semasa
      • Buletin IKIM
    • Teks Ucapan
    • Kenyataan Media
    • Muat Turun
    • Video
      • Video
      • Video Korporat
      • Video tvIKIM
  • HUBUNGI
    • HUBUNGI
      • Hubungi

        Alamat :

        Institut Kefahaman Islam Malaysia
        No. 2, Langgak Tunku Off Jalan Tuanku Abdul Halim,
        50480 Kuala Lumpur, Malaysia

        No Tel :

        +603-62046200

        Emel :

        [email protected]

    Laman Web Rasmi: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Laman Web Rasmi: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
    • UTAMA
    • INFO KORPORAT
      • INFO KORPORAT
      • Perutusan Pengerusi
        • Perutusan Pengerusi
        • Pejabat Pengerusi
      • Maklumat Asas
        • Maklumat Asas
        • Pengenalan & Penubuhan
        • Dasar & Matlamat Kualiti
        • Fungsi, Visi, Misi & Nilai-nilai Bersama
        • Piagam Pelanggan
        • Logo
        • Carta Organisasi
        • Carta Fungsi
        • CV Pegawai Akademik
      • Lembaga Pengarah
      • Pengurusan Tertinggi
        • Pengurusan Tertinggi
        • Pejabat Ketua Pengarah
      • Pengurusan Kanan
      • Pejabat Ketua Pengarah
        • Pejabat Ketua Pengarah
        • Unit Editorial
        • Unit Perhubungan Korporat
        • Unit Perpustakaan PTAS
        • Penerbit IKIM
        • Unit Program & Latihan
        • Unit Pengurusan Penyelidikan (RMU)
      • Pusat Akademik
        • Pusat Akademik
        • Pusat Kajian Ekonomi & Kemasyarakatan (EMAS)
        • Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang & Politik (SYARAK)
        • Pusat Kajian Sains & Alam Sekitar (KIAS)
      • Bahagian Pengurusan Kewangan & Pelaburan
      • Bahagian Khidmat Pengurusan
        • Bahagian Khidmat Pengurusan
        • Pejabat Pengarah (BKP)
        • Unit Pentadbiran & Perolehan (UPEN)
        • Unit Inovasi & Kualiti (UNIK)
        • Unit Teknikal & Prasarana (UTEP)
        • Unit Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (UTEK)
        • Unit Modal Insan (UMIN)
      • Pusat Media
        • Pusat Media
        • Radio IKIM
          • Radio IKIM
          • Unit Kejuruteraan Penyiaran
          • Unit Teknologi Digital (UTEL)
      • tvIKIM
      • Bahagian Ekonomi & Pemasaran
        • Bahagian Ekonomi & Pemasaran
        • Unit Pembangunan Ekonomi & Kawalan Kredit
        • Unit Pemasaran & Promosi
      • Integriti
        • Integriti
        • Mesej Integriti
        • Dasar, Peraturan dan Garis Panduan
        • e-whistleblowing
      • Kerjaya
    • PERKHIDMATAN & PRODUK
      • PERKHIDMATAN & PRODUK
      • Program
      • Penerbitan & Produksi
        • Penerbitan & Produksi
        • Katalog Buku IKIM
        • Buku Terbitan IKIM
        • Produk Audio & Video
        • Koleksi Khas Etika
      • Perundingan
        • Perundingan
        • Khidmat Kepakaran Pegawai Akademik
      • Pengiklanan @ Radio IKIM
      • Pengiklanan @ TVIKIM
      • Pengiklanan @ Platform Digital
    • MEDIA
      • MEDIA
      • Senarai Penulis
      • Senarai Artikel
        • Senarai Artikel
        • Artikel
        • Berita Harian – Dr. Shamrahayu
        • Sinar Harian
        • The Star
        • Utusan Malaysia
        • New Straits Times
      • Buletin
        • Buletin
        • Berita Semasa
        • Buletin IKIM
      • Teks Ucapan
      • Kenyataan Media
      • Muat Turun
      • Video
        • Video
        • Video Korporat
        • Video tvIKIM
    • HUBUNGI
      • HUBUNGI
        • Hubungi

          Alamat :

          Institut Kefahaman Islam Malaysia
          No. 2, Langgak Tunku Off Jalan Tuanku Abdul Halim,
          50480 Kuala Lumpur, Malaysia

          No Tel :

          +603-62046200

          Emel :

          [email protected]

      Utusan Malaysia

      Ekonomi Gig: Kenapa Perlu Risau

      • Encik Mohd. Noor bin Omar
      • 22/07/2022

      Era digital Revolusi Industri 4.0 dan pasca pandemik merangsang sektor guna tenaga negara berubah ke sektor baharu ekonomi gig dengan drastik. Selain individu, negara berada dalam konvensi risiko pekerjaan, eksploitasi guna tenaga tidak mahir dan bakal mencipta jurang agihan kekayaan. Suasana ini merupakan cabaran baharu yang perlu negara tangani.

      Selayak namanya, sektor ini bersifat jangka pendek, bebas dan fleksibel dari segi masa, tempat dan autonomi membuat keputusan sendiri. Ekonomi gig dalam sistem pasaran bebas mengambil pekerja dengan komitmen jangka pendek. Istilah “gig” dinisbahkan kepada kumpulan pemuzik “gigging” yang bersifat tiada bermasa dan tidak terikat. Dengan kata lain, ekonomi gig ialah pekerja bebas, kontraktor tidak terikat dan bekerja berasaskan tugasan atau projek secara sementara atau sambilan.

      Apabila semakin ramai memasuki pekerjaan ini, syarikat penyedia perkhidmatan boleh menetapkan pelbagai cara dan syarat untuk meningkatkan keuntungan mereka termasuklah bayaran kadar upah yang semakin mengecil. Kebanjiran aplikasi mudah alih perkhidmatan gig seperti Lalamove, Foodpanda, Shopee Xpress dan Grab menjadikan ekonomi gig mendapat sambutan hangat. Apakah realiti sebenar kehidupan dan pekerjaan dalam sektor ini?

      Masalah utama ekonomi gig ialah upah, hak dan keadaan sebenar pekerjaan tersebut. Perasaan memiliki kebebasan hanya satu igauan. Lebih teruk lagi berlaku eksploitasi masa dan kebebasan demi mendapatkan wang. Kepada seorang “riders,” mereka sebenarnya bersaing dengan tugasan dan kudrat kerana kadang-kadang kemampuan dijadikan cagaran dan dipaksakan diri kerana keletihan. Jika berlaku kelewatan atau kesilapan, pekerja didenda atau “deactivated” daripada mendapat “order”. Tiada lagi bayaran cuti rehat, kebajikan dan kemudahan perubatan. Seorang pemandu contohnya Grabcar sepenuh masa menerima ganjaran yang lumayan (sekitar MYR3,000-MYR5,000), tetapi menjejaskan sektor ekonomi sedia ada seperti melumpuhkan industri kereta sewa dan pemandu teksi.

      Bukan tidak pernah kita lihat “riders” yang terlibat dengan kemalangan, atau melanggar lampu isyarat dan memandu dalam keadaan berbahaya. Pengalaman sebagai seorang “riders”  tidak memberi nilai tambah kepada pengalaman seseorang contohnya seorang graduan yang bekerja sambilan sementara mendapat pekerjaan tetap.

      Mendidik guna tenaga dengan mengerah seluruh kudrat demi wang tanpa memikirkan kesihatan dan kebajikan jangka panjang suatu perkara yang tidak sihat dalam sektor guna tenaga negara. Jika kita tidak berhati-hati fenomena “digital nomad” dan “freelancer” ekonomi gig ini sebenarnya membawa kepada isu moral, kemanusiaan, keselamatan dan kesihatan serta hak perlindungan pekerjaan.

       Di ambang kemerosotan ekonomi yang bakal dihadapi, makin ramai antara mereka yang akan kehilangan pekerjaan tetap akibat pengecilan operasi perusahaan dan perniagaan. Sistem saraan sukarela dan tawaran pemberhentian kerja juga dalam pertimbangan majikan yang tidak mampu menampung kos penawaran barangan dan perkhidmatan. Di samping membuka ruang kepada peluang menawarkan kerjaya secara sambilan, pasaran dan penawaran pekerja sambilan juga akan meningkat.

      Walaupun ekonomi gig memberi kesempatan kepada pengusaha mengurangkan tenaga kerja, tetapi dalam masa yang sama kos gaji juga akan meningkat untuk menahan pekerja mereka lari daripada menyertai ekonomi gig. Adakah ekonomi gig ini suatu yang boleh menyumbang kepada pembangunan individu atau negara?

      Untuk jangka masa pendek dan secara sambilan tidak mengapa, tetapi untuk dijadikan pergantungan strategik perbelanjaan jangka masa panjang, kerjaya ini tidak membantu. Kemudahan memasuki ekonomi gig ini mempunyai potensi melumpuhkan usaha meningkatkan pemilikan ekuiti terutamanya dalam kalangan bumiputera. Kelelahan berkecimpung sebagai “bekerja sendiri” dalam ekonomi gig akan melumpuhkan semangat mereka membuka perniagaan sendiri.

      Selagi tidak memiliki perniagaan sendiri, selagi itu bekerja makan gaji tidak menokok jurang pemilikan ekuiti. Latihan dan pengalaman kerja yang tidak mempunyai nilai tambah “working poor” dari sudut kemahiran, teknologi dan strategi akan merugikan masa mereka yang mempunyai potensi.

      Sementara itu, kita menyaksikan kelompok pendatang asing yang bijak memasuki bidang guna tenaga dengan strategik. Sebilangan mereka seperti orang Acheh, menyertai peruncitan sehingga terkenal dengan memiliki rangkaian peruncit di seluruh negara. Pemilik gedung besar dikuasai oleh majoriti satu bangsa sahaja, “tokey” pasar borong, kontraktor baik pulih rumah, juruteknik elektrik, pengedar karpet, juga terdiri daripada bangsa-bangsa asing. Anak muda kita berlonggokan di tepi pasar raya besar menunggu pesanan sebagai ejen penghantaran, kadang-kadang pulang hampa. Di manakah silapnya dengan semua orientasi keadaan ini?

      Fenomena ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Strata guna tenaga Malaysia agak tidak sihat apatah lagi untuk memastikan jurang pemilikan ekuiti atau lebih tepat lagi meningkatkan pemilikan ekuiti dalam kalangan bumiputera. Perhatian dan kesedaran perlu dipupuk bagi mengembalikan keseimbangan agihan pendapatan dan kekayaan dalam kalangan rakyat.

      Pertama sekali mengubah sikap mengambil mudah, kedua, memberi fokus kepada peningkatan kemahiran guna tenaga mahir dan profesional dan ketiga peranan kerajaan dalam merancang keseimbangan strata guna tenaga selain memikirkan strategi membentuk pasaran bebas yang unik dan dinamik.

      Sikap ambil mudah, memilih atau membiarkan guna tenaga, bidang dan kerjaya yang tiada berkemahiran dan tiada masa depan perlu dielakkan kecuali jika terdesak. Jadikan ekonomi gig sebagai jalan terakhir selepas mencuba bidang lain.

      Agenda perancangan agihan guna tenaga dan kekayaan perlu diutamakan jika ingin menjamin kestabilan ekonomi dan sosial negara. Penubuhan pusat latihan vokasional dan berkemahiran tinggi dengan memimikkan fleksibiliti masa ekonomi gig dengan kadar pendapatan segera atau dengan kadar upah berkala boleh dijadikan salah satu pendekatan.  

      Share

      Carian Artikel

      • RADIO IKIM
      • IKIMTV
      • IKIMniaga
      • E-TAFHIM – JURNAL IKIM
      • PERPUSTAKAAN IKIM
      • KERJAYA
      • WEBMAIL
      • MYIKIM
      • IRMIS
      • SOALAN LAZIM
      • TENDER & SEBUT HARGA

      HADIS PILIHAN

      Daripada Aishah RA katanya sabda Rasulullah SAW, “Sesungguhnya Allah bersifat lemah-lembut dan berlemah-lembut dalam semua perkara.”

      (Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

      WARGA @ IKIM

      • IKIM Webmail
      • Portal MyIKIM
      • IRMIS
      • HRMIS
      • Sistem Pelaporan Akademik
      • Majlis Bersama Institut

      PAUTAN RASMI

      • MyGov
      • MSC Malaysia
      • MAMPU
      • JPA
      • JPM
      • CyberSAFE

      ISO

      QR KOD

      PENAFIAN

      Institut Kefahaman Islam Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman web ini.

      INFORMASI

      • Dasar Privasi
      • Soalan Lazim

      logo ikim edit shadow smallHakcipta © 2023 Institut Kefahaman Islam Malaysia. Semua Hakcipta Terpelihara.

      • Utama Utama
      • Like via Facebook Like via Facebook
      • Follow via Twitter Follow via Twitter