• Tender/Sebutharga
  • Melayu
  • English
ikimikim
Hubungi Kami
T: 03-62046200 | F: 03-62014189
Waktu Operasi
Isnin - Jumaat 08:00 - 17:00
Emel
[email protected]
  • UTAMA
  • INFO KORPORAT
    • INFO KORPORAT
    • Perutusan Pengerusi
      • Perutusan Pengerusi
      • Pejabat Pengerusi
    • Maklumat Asas
      • Maklumat Asas
      • Pengenalan & Penubuhan
      • Dasar & Matlamat Kualiti
      • Fungsi, Visi, Misi & Nilai-nilai Bersama
      • Piagam Pelanggan
      • Logo
      • Carta Organisasi
      • Carta Fungsi
      • CV Pegawai Akademik
    • Lembaga Pengarah
    • Pengurusan Tertinggi
      • Pengurusan Tertinggi
      • Pejabat Ketua Pengarah
    • Pengurusan Kanan
    • Pejabat Ketua Pengarah
      • Pejabat Ketua Pengarah
      • Unit Editorial
      • Unit Perhubungan Korporat
      • Unit Perpustakaan IKIM
      • Penerbit IKIM
      • Unit Program & Latihan
      • Unit Pengurusan Penyelidikan
    • Pusat Akademik
      • Pusat Akademik
      • Pusat Kajian Ekonomi & Kemasyarakatan (EMAS)
      • Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang & Politik (SYARAK)
      • Pusat Kajian Sains & Alam Sekitar (KIAS)
    • Bahagian Pengurusan Kewangan & Pelaburan
    • Bahagian Khidmat Pengurusan
      • Bahagian Khidmat Pengurusan
      • Pejabat Pengarah (BKP)
      • Unit Pentadbiran & Perolehan (UPEN)
      • Unit Inovasi & Kualiti (UNIK)
      • Unit Teknikal & Prasarana (UTEP)
      • Unit Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (UTEK)
      • Unit Modal Insan (UMIN)
    • Radio IKIM
      • Radio IKIM
      • Unit Kejuruteraan Penyiaran
      • Unit Teknologi Digital (UTEL)
    • tvIKIM
    • Bahagian Ekonomi & Pemasaran
      • Bahagian Ekonomi & Pemasaran
      • Unit Pembangunan Ekonomi & Kawalan Kredit
      • Unit Pemasaran & Promosi
    • Kerjaya
  • PERKHIDMATAN & PRODUK
    • PERKHIDMATAN & PRODUK
    • Program
    • Penerbitan & Produksi
      • Penerbitan & Produksi
      • Katalog Buku IKIM
      • Buku Terbitan IKIM
      • Produk Audio & Video
      • Koleksi Khas Etika
    • Perundingan
      • Perundingan
      • Khidmat Kepakaran Pegawai Akademik
    • Pengiklanan @ Radio IKIM
    • Pengiklanan @ TVIKIM
    • Pengiklanan @ Platform Digital
  • MEDIA
    • MEDIA
    • Senarai Penulis
    • Senarai Artikel
      • Senarai Artikel
      • Artikel
      • Berita Harian – Dr. Shamrahayu
      • Sinar Harian
      • The Star
      • Utusan Malaysia
      • New Straits Times
    • Buletin
      • Buletin
      • Berita Semasa
      • Buletin IKIM
    • Teks Ucapan
    • Kenyataan Media
    • Muat Turun
    • Video
      • Video
      • Video Korporat
      • Video tvIKIM
  • HUBUNGI
    • HUBUNGI
      • Hubungi

        Alamat :

        Institut Kefahaman Islam Malaysia
        No. 2, Langgak Tunku Off Jalan Tuanku Abdul Halim,
        50480 Kuala Lumpur, Malaysia

        No Tel :

        +603-62046200

        Emel :

        [email protected]

    Laman Web Rasmi: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Laman Web Rasmi: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
    • UTAMA
    • INFO KORPORAT
      • INFO KORPORAT
      • Perutusan Pengerusi
        • Perutusan Pengerusi
        • Pejabat Pengerusi
      • Maklumat Asas
        • Maklumat Asas
        • Pengenalan & Penubuhan
        • Dasar & Matlamat Kualiti
        • Fungsi, Visi, Misi & Nilai-nilai Bersama
        • Piagam Pelanggan
        • Logo
        • Carta Organisasi
        • Carta Fungsi
        • CV Pegawai Akademik
      • Lembaga Pengarah
      • Pengurusan Tertinggi
        • Pengurusan Tertinggi
        • Pejabat Ketua Pengarah
      • Pengurusan Kanan
      • Pejabat Ketua Pengarah
        • Pejabat Ketua Pengarah
        • Unit Editorial
        • Unit Perhubungan Korporat
        • Unit Perpustakaan IKIM
        • Penerbit IKIM
        • Unit Program & Latihan
        • Unit Pengurusan Penyelidikan
      • Pusat Akademik
        • Pusat Akademik
        • Pusat Kajian Ekonomi & Kemasyarakatan (EMAS)
        • Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang & Politik (SYARAK)
        • Pusat Kajian Sains & Alam Sekitar (KIAS)
      • Bahagian Pengurusan Kewangan & Pelaburan
      • Bahagian Khidmat Pengurusan
        • Bahagian Khidmat Pengurusan
        • Pejabat Pengarah (BKP)
        • Unit Pentadbiran & Perolehan (UPEN)
        • Unit Inovasi & Kualiti (UNIK)
        • Unit Teknikal & Prasarana (UTEP)
        • Unit Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (UTEK)
        • Unit Modal Insan (UMIN)
      • Radio IKIM
        • Radio IKIM
        • Unit Kejuruteraan Penyiaran
        • Unit Teknologi Digital (UTEL)
      • tvIKIM
      • Bahagian Ekonomi & Pemasaran
        • Bahagian Ekonomi & Pemasaran
        • Unit Pembangunan Ekonomi & Kawalan Kredit
        • Unit Pemasaran & Promosi
      • Kerjaya
    • PERKHIDMATAN & PRODUK
      • PERKHIDMATAN & PRODUK
      • Program
      • Penerbitan & Produksi
        • Penerbitan & Produksi
        • Katalog Buku IKIM
        • Buku Terbitan IKIM
        • Produk Audio & Video
        • Koleksi Khas Etika
      • Perundingan
        • Perundingan
        • Khidmat Kepakaran Pegawai Akademik
      • Pengiklanan @ Radio IKIM
      • Pengiklanan @ TVIKIM
      • Pengiklanan @ Platform Digital
    • MEDIA
      • MEDIA
      • Senarai Penulis
      • Senarai Artikel
        • Senarai Artikel
        • Artikel
        • Berita Harian – Dr. Shamrahayu
        • Sinar Harian
        • The Star
        • Utusan Malaysia
        • New Straits Times
      • Buletin
        • Buletin
        • Berita Semasa
        • Buletin IKIM
      • Teks Ucapan
      • Kenyataan Media
      • Muat Turun
      • Video
        • Video
        • Video Korporat
        • Video tvIKIM
    • HUBUNGI
      • HUBUNGI
        • Hubungi

          Alamat :

          Institut Kefahaman Islam Malaysia
          No. 2, Langgak Tunku Off Jalan Tuanku Abdul Halim,
          50480 Kuala Lumpur, Malaysia

          No Tel :

          +603-62046200

          Emel :

          [email protected]

      Berita Harian

      Membina Negara Bangsa dalam Kepelbagaian Etnik dan Agama

      • Prof. Madya Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil
      • 01/12/2022

      Allah menjadikan manusia sebagai khalifah di muka bumi ini kerana Allah Maha Mengetahui bahawa sebaik-baik makhluk kejadianNya ialah manusia. Kini, jumlah penduduk manusia di planet bumi hampir mencecah 7 bilion yang terdiri dari  pelbagai agama, etnik dan keturunan. Ini merupakan lumrah kejadian Allah SWT. Ini dijelaskan dalam firman Allah SWT dalam Surat Al-Hujurat Ayat ke 13 yang bermaksud:

      “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahuai, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).”

      Melihat bagaimana Rasulullah SAW semasa menubuhkan negara Madinah, Baginda berjaya menyatupadukan warga penduduk Madinah yang terdiri dari pelbagai suku kaum dan agama. Peristiwa Nabi Muhammad SAW menyatukan golongan ansar dan muhajirin dengan penerimaan penduduk asal (ansar) di Madinah terhadap penduduk dari Mekah (muhajirin) merupakan satu perkara pokok ikatan persaudaraan yang berbilang agama dan kabilah.

      Sahifah Madinah, sebuah dokumen penting dan juga merupakan perlembagaan bertulis pertama dunia telah menyatukan kepelbagaian kabilah dan agama dalam satu perjanjian mempertahankan hak warga Madinah dan kesepakatan semua untuk mempertahankan Madinah dalam membentuk satu ummah tanpa mengira agama dan kabilah. Ia mengiktiraf kepelbagaian warganya sebagai satu bangsa (one nation) dengan ikatan kontrak sosial. Sahifah Madinah menjamin dan mempertahankan hak setiap individu tanpa membezakan antara yang majoriti dan minoriti.

      Deklarasi Marakesh yang ditandatangani pada 27 Januari 2016 oleh lebih 250 pemimpin agama, negara dan cendekiawan Islam mempertahankan hak-hak minoriti bukan Islam di negara Islam yang mendukung Sahifah Madinah untuk diterima pakai. Malaysia merupakan antara negara Islam yang menandatangani deklarasi tersebut.

      Dalam konteks di Malaysia, kepelbagaian etnik, suku kaum dan agama wujud sejak kemasyhuran Melaka yang menjadi pelabuhan terkenal di abad ke 14 Masihi. Ramai pedagang dari Cina, India, Arab dan Eropah berdagang di Melaka. Malah terdapat perkahwinan campur. Ini diwarisi sehingga beberapa negara Eropah seperti Portugis, Belanda dan England serta Jepun menjajah Tanah Melayu.

      Kemasukan tenaga buruh dari Cina dan India semasa penjajahan Inggeris menambahkan lagi kepelbagaian masyarakat di Tanah Melayu sehingga negara merdeka pada tahun 1957. Dengan pembentukan Malaysia pada 16 September 1963 menyaksikan penambahan pelbagai etnik dan agama dari Sabah dan Sarawak.

      Perlembagaan Persekutuan yang kita miliki pada hari ini merupakan satu dokumen yang berteraskan “tolak ansur” (give and take) hasil penerimaan oleh semua pihak dari pelbagai agama dan bangsa. Ia merupakan satu kontrak sosial yang dipersetujui oleh tiga etnik besar pada masa itu iaitu Melayu, Cina dan India yang membentuk Parti Perikatan dan diikuti dengan kemasukan Sabah dan Sarawak membentuk Malaysia pada 16 September 1963 yang menyaksikan kepelbagaian suku kaum.

      Perlembagaan Persekutuan yang menjadi dokumen tertinggi negara menjamin semua rakyat hidup dalam aman dan damai. Kebebasan menganut dan mengamalkan agama dengan agama Islam diberi status istimewa yang menjadi agama Persekutuan dijamin dalam Perkara 3 (1) dan 11 (1) Perlembagaan Persekutuan. Agama-agama lain bebas dianuti dan diamalkan denga naman dan damai. Justeru, hak kebebasan beragama ini menuntut semua individu untuk hormat menghormati demi kerukunan hidup dalam kepelbagaian.

      Dengan nisbah penduduk Islam 60% dan bukan Islam 40% dari jumlah 32 juta penduduk Malaysia, perlu ada sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain dalam membina negara bangsa. Perlu ada sifat kasih sayang dan kebersamaan dalam mengharungi kehidupan yang begitu mencabar. Kerana itu, saling mengenali, saling memahami dan saling bantu membantu adalah ramuan utama kehidupan bermasyarakat yang bertamadun tinggi.

      Pendekatan fiqh al-ta’ayush (hidup bersama) menjadi mauduk perbincangan penting terutama sekali dalam cabaran modern hari ini dalam menguruskan kepelbagian manusia seperti di Malaysia yang mengambilkira kepelbagaian etnik dan agama melihat kepada kehidupan masyarakat minoriti bukan Islam di negara majoriti Islam seperti Malaysia sangat relevan bagi mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan kehidupan.

      Menurut Syeikh Abdullah bin Bayyah, perkataan “ta’ayush” membawa maksud hidup bersama-sama antara orang Islam dan bukan Islam dalam keadaan aman damai dan harmoni. Dr Mahasin al-Fadhl pula menambah bahawa “ta’ayush” diertikan seseorang hidup bersama dengan yang lain dalam keadaan harmoni tanpa menganggu gugat kehidupan orang lain sekalipun berbeza dari segi etnik dan agama.

      Ini tidak bermaksud bahawa konsep fiqh al-ta’ayush merendahkan agama Islam. Menurut Syeikh Muhammad al-Syarif, konsep al-taqarrub (membina hubungan rapat) dan al-ta’ayush (hidup bersama) tidak membawa maksud menjadikan agama Islam dan agama-agama lain sama rata. Malah amalan membina hubungan rapat dalam kehidupan bersama dapat merapatkan agama Islam kepada orang bukan Islam. Ini dapat “menawan” hati mereka untuk memeluk agama Islam. Tetapi ia tidak boleh dibuat secara paksaan kerana Islam menjamin kebebasan beragama seperti dalam ayat 256 Surah al-Baqarah: “Tidak ada paksaan dalam (menganuti) agama”. Bahkan hak orang bukan Islam dijamin dan dilarang sama sekali orang Islam mencemuh agama mereka. Ini dinukilkan dalam ayat 108 surah al-An’am: “Janganlah kamu mencemuh sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan mencemuh Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan”.

      Justeru, taaruf (saling mengenali), tafahum (saling memahami) dan taawun (tolong menolong) merupakan tiga prinsip yang terkandung dalam fiqh al-ta’ayush demi membina sebuah ummah yang kasih mengasihi (mahabbah), bersaudara (ukhuwwah), bertoleransi (tasamuh) dan saling percaya mempercayai.

      Maka perlu difahami perbezaan hubungan manusia – antara kefahaman sebagai seorang manusia (insaniah) dan bangsa yang beriman (faith nation – al-ummah al-‘aqadiyyah). Manusia tetap manusia tetapi anutan agamanya berbeza. Maka, menjadi lumrah alam bahawa manusia itu menginginkan keamanan, kebersamaan dan keadilan walaupun berbeza agama dan etnik. Manusia sejagat perlu memahami bahawa walau apa pun perbezaan kulit, bangsa, etnik, agama malah dalam parti politik, kita semua adalah bersaudara atas nama manusia.

      Bagi umat Islam pula, perlu dihayati khutbah terakhir Nabi Muhammad SAW. Setiap orang Islam adalah bersaudara dan sama di sisi Allah. Tidak seseorang pun lebih mulia dari yang lain kecuali mereka yang bertakwa dan beramal soleh.

      Justeru, kemulian sebagai seorang insan terletak atas keimanan dan bukannya atas nama agama, etnik dan parti politik yang dianuti.

      Pembentukan sebuah negara bangsa Malaysia menuntut semua warganegara mempertahankan perlembagaan yang merupakan dokumen tertinggi negara. Semua warganegara mempunyai hak kesamarataan di sisi undang-undang dan sebarang diskriminasi atas nama agama, kaum, keturunan, tempat lahir dan jantina adalah ditegah sama sekali (Perkara 8(1) (2) Pelembagaan Persekutuan). Meskipun begitu, dalam memastikan kesaksamaan agar keadilan tercapai, Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan dimasukkan demi mengangkat martabat golongan tercicir dari kalangan bumiputra tanpa mengabaikan hak bukan bumiputra. Konsep negara bangsa Malaysia mempunyai persamaan dengan “satu ummah” yang diperkenalkan oleh Rasulullah SAW di Madinah yang melangkaui agama dan etnik. Kedua-dua dokumen ini mempromosi semangat nasionalisme dan patriotik yang tinggi berdasarkan kasih sayang, rahmat dan tanggungjawab.

      Share

      Carian Artikel

      • RADIO IKIM
      • IKIMTV
      • IKIMniaga
      • E-TAFHIM – JURNAL IKIM
      • PERPUSTAKAAN IKIM
      • KERJAYA
      • WEBMAIL
      • MYIKIM
      • IRMIS
      • SOALAN LAZIM
      • TENDER & SEBUT HARGA

      HADIS PILIHAN

      Daripada Aishah RA katanya sabda Rasulullah SAW, “Sesungguhnya Allah bersifat lemah-lembut dan berlemah-lembut dalam semua perkara.”

      (Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

      WARGA @ IKIM

      • IKIM Webmail
      • Portal MyIKIM
      • IDAM
      • IRMIS
      • HRMIS
      • Sistem Pelaporan Akademik
      • Majlis Bersama Institut

      PAUTAN RASMI

      • MyGov
      • MSC Malaysia
      • MAMPU
      • JPA
      • JPM
      • CyberSAFE

      ISO

      QR KOD

      PENAFIAN

      Institut Kefahaman Islam Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman web ini.

      INFORMASI

      • Dasar Privasi
      • Soalan Lazim

      logo ikim edit shadow smallHakcipta © 2023 Institut Kefahaman Islam Malaysia. Semua Hakcipta Terpelihara.

      • Utama Utama
      • Like via Facebook Like via Facebook
      • Follow via Twitter Follow via Twitter