• Tender/Sebutharga
  • Melayu
  • English
ikimikim
Hubungi Kami
T: 03-62046200 | F: 03-62014189
Waktu Operasi
Isnin - Jumaat 08:00 - 17:00
Emel
[email protected]
  • UTAMA
  • INFO KORPORAT
    • INFO KORPORAT
    • Perutusan Pengerusi
      • Perutusan Pengerusi
      • Pejabat Pengerusi
    • Maklumat Asas
      • Maklumat Asas
      • Pengenalan & Penubuhan
      • Dasar & Matlamat Kualiti
      • Fungsi, Visi, Misi & Nilai-nilai Bersama
      • Piagam Pelanggan
      • Logo
      • Carta Organisasi
      • Carta Fungsi
      • CV Pegawai Akademik
    • Lembaga Pengarah
    • Pengurusan Tertinggi
      • Pengurusan Tertinggi
      • Pejabat Ketua Pengarah
    • Pengurusan Kanan
    • Pejabat Ketua Pengarah
      • Pejabat Ketua Pengarah
      • Unit Editorial
      • Unit Perhubungan Korporat
      • Unit Perpustakaan IKIM
      • Penerbit IKIM
      • Unit Program & Latihan
    • Pusat Akademik
      • Pusat Akademik
      • Pusat Kajian Ekonomi & Kemasyarakatan (EMAS)
      • Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang & Politik (SYARAK)
      • Pusat Kajian Sains & Alam Sekitar (KIAS)
    • Bahagian Pengurusan Kewangan & Pelaburan
    • Bahagian Khidmat Pengurusan
      • Bahagian Khidmat Pengurusan
      • Pejabat Pengarah (BKP)
      • Unit Pentadbiran & Perolehan (UPEN)
      • Unit Inovasi & Kualiti (UNIK)
      • Unit Teknikal & Prasarana (UTEP)
      • Unit Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (UTEK)
      • Unit Modal Insan (UMIN)
    • Radio IKIM
      • Radio IKIM
      • Unit Kejuruteraan Penyiaran
      • Unit Teknologi Digital (UTEL)
    • tvIKIM
    • Bahagian Ekonomi & Pemasaran
      • Bahagian Ekonomi & Pemasaran
      • Unit Pembangunan Ekonomi & Kawalan Kredit
      • Unit Pemasaran & Promosi
    • Kerjaya
  • PERKHIDMATAN & PRODUK
    • PERKHIDMATAN & PRODUK
    • Program
    • Penerbitan & Produksi
      • Penerbitan & Produksi
      • Katalog Buku IKIM
      • Buku Terbitan IKIM
      • Produk Audio & Video
      • Koleksi Khas Etika
    • Perundingan
      • Perundingan
      • Khidmat Kepakaran Pegawai Akademik
    • Pengiklanan @ Radio IKIM
    • Pengiklanan @ TVIKIM
    • Pengiklanan @ Platform Digital
  • MEDIA
    • MEDIA
    • Senarai Penulis
    • Senarai Artikel
      • Senarai Artikel
      • Artikel
      • Berita Harian – Dr. Shamrahayu
      • Sinar Harian
      • The Star
      • Utusan Malaysia
      • New Straits Times
    • Buletin
      • Buletin
      • Berita Semasa
      • Buletin IKIM
    • Teks Ucapan
    • Kenyataan Media
    • Muat Turun
    • Video
      • Video
      • Video Korporat
      • Video tvIKIM
  • HUBUNGI
    • HUBUNGI
      • Hubungi

        Alamat :

        Institut Kefahaman Islam Malaysia
        No. 2, Langgak Tunku Off Jalan Tuanku Abdul Halim,
        50480 Kuala Lumpur, Malaysia

        No Tel :

        +603-62046200

        Emel :

        [email protected]

    Laman Web Rasmi: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Laman Web Rasmi: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
    • UTAMA
    • INFO KORPORAT
      • INFO KORPORAT
      • Perutusan Pengerusi
        • Perutusan Pengerusi
        • Pejabat Pengerusi
      • Maklumat Asas
        • Maklumat Asas
        • Pengenalan & Penubuhan
        • Dasar & Matlamat Kualiti
        • Fungsi, Visi, Misi & Nilai-nilai Bersama
        • Piagam Pelanggan
        • Logo
        • Carta Organisasi
        • Carta Fungsi
        • CV Pegawai Akademik
      • Lembaga Pengarah
      • Pengurusan Tertinggi
        • Pengurusan Tertinggi
        • Pejabat Ketua Pengarah
      • Pengurusan Kanan
      • Pejabat Ketua Pengarah
        • Pejabat Ketua Pengarah
        • Unit Editorial
        • Unit Perhubungan Korporat
        • Unit Perpustakaan IKIM
        • Penerbit IKIM
        • Unit Program & Latihan
      • Pusat Akademik
        • Pusat Akademik
        • Pusat Kajian Ekonomi & Kemasyarakatan (EMAS)
        • Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang & Politik (SYARAK)
        • Pusat Kajian Sains & Alam Sekitar (KIAS)
      • Bahagian Pengurusan Kewangan & Pelaburan
      • Bahagian Khidmat Pengurusan
        • Bahagian Khidmat Pengurusan
        • Pejabat Pengarah (BKP)
        • Unit Pentadbiran & Perolehan (UPEN)
        • Unit Inovasi & Kualiti (UNIK)
        • Unit Teknikal & Prasarana (UTEP)
        • Unit Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (UTEK)
        • Unit Modal Insan (UMIN)
      • Radio IKIM
        • Radio IKIM
        • Unit Kejuruteraan Penyiaran
        • Unit Teknologi Digital (UTEL)
      • tvIKIM
      • Bahagian Ekonomi & Pemasaran
        • Bahagian Ekonomi & Pemasaran
        • Unit Pembangunan Ekonomi & Kawalan Kredit
        • Unit Pemasaran & Promosi
      • Kerjaya
    • PERKHIDMATAN & PRODUK
      • PERKHIDMATAN & PRODUK
      • Program
      • Penerbitan & Produksi
        • Penerbitan & Produksi
        • Katalog Buku IKIM
        • Buku Terbitan IKIM
        • Produk Audio & Video
        • Koleksi Khas Etika
      • Perundingan
        • Perundingan
        • Khidmat Kepakaran Pegawai Akademik
      • Pengiklanan @ Radio IKIM
      • Pengiklanan @ TVIKIM
      • Pengiklanan @ Platform Digital
    • MEDIA
      • MEDIA
      • Senarai Penulis
      • Senarai Artikel
        • Senarai Artikel
        • Artikel
        • Berita Harian – Dr. Shamrahayu
        • Sinar Harian
        • The Star
        • Utusan Malaysia
        • New Straits Times
      • Buletin
        • Buletin
        • Berita Semasa
        • Buletin IKIM
      • Teks Ucapan
      • Kenyataan Media
      • Muat Turun
      • Video
        • Video
        • Video Korporat
        • Video tvIKIM
    • HUBUNGI
      • HUBUNGI
        • Hubungi

          Alamat :

          Institut Kefahaman Islam Malaysia
          No. 2, Langgak Tunku Off Jalan Tuanku Abdul Halim,
          50480 Kuala Lumpur, Malaysia

          No Tel :

          +603-62046200

          Emel :

          [email protected]

      Berita Harian

      Hukuman Fizikal Dalam Mendidik Anak-Anak

      • Encik Mohammad Mustaqim bin Malek
      • 20/01/2023

      Hukuman fizikal dalam mendisiplinkan anak tidak kira sama ada pada peringkat pendidikan di rumah, mahupun di sekolah merupakan isu yang sering diperkatakan. Masyarakat yang melalui pengalaman dan latar belakang yang berlainan akan memberikan reaksi yang berbeza terhadap kaedah ini. Sebahagian masyarakat menolak sekeras-kerasnya hukuman berbentuk fizikal untuk mendidik, manakala terdapat sebahagian lain yang melihat hukuman sebegini merupakan sesuatu yang lazim dalam komuniti masyarakat tertentu dan bukan pendekatan bersifat negatif.

                  Terdapat beberapa kajian yang pernah dijalankan berkaitan dengan pendekatan hukuman rotan dalam tradisi masyarakat Melayu seperti yang dijalankan oleh Siti Amalina Ahmad Khairundin bertajuk “Kearifan Tempatan dalam Pendidikan Kanak-kanak: Sorotan terhadap Garis Panduan Hukuman Rotan di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)” pada tahun 2019 dan kajian pada tahun 2014 oleh Rabiatul Adawiyah bertajuk “Pendekatan  Penerapan  Pendidikan  Nilai  Menerusi Pendidikan tidak Formal Masyarakat Melayu Terdahulu.”

      Berdasarkan beberapa kajian tersebut jelas bahawa hukuman fizikal termasuk merotan merupakan pendekatan yang lazim dilakukan oleh masyarakat Melayu dahulu dalam mendidik dan mendisiplinkan anak-anak dan murid-murid. Pendekatan ini dilihat selari dengan beberapa peribahasa  seperti “Sayang   anak   tangan-tangankan,   sayang   isteri   tinggal-tinggalkan” dan  “sayang  anak  dilecuti,  sayang  negeri  ditinggalkan.” Kedua-dua  pepatah  ini  dapat  menggambarkan satu pendekatan tegas berbentuk fizikal oleh orang Melayu dalam mendisiplinkan anak supaya kesalahan mereka yang sama tidak berulang dan berlarutan.

      Walau bagaimanapun, pendekatan menghukum secara fizikal bukan kaedah yang dominan dalam mendidik. Hal yang demikian ini kerana terdapat pepatah lain seperti “bagai menatang minyak yang penuh” yang mengimbangi kaedah hukuman fizikal. Berdasarkan peribahasa ini, tidak kira apa jua pendekatan yang hendak digunakan untuk mendisiplinkan anak, sama ada berbentuk nasihat atau hukuman fizikal, ia mesti didahului dan dipayungi oleh pembentukan hubungan yang erat antara ibu bapa dengan anak serta antara guru dengan murid.

      Mohd Hasem bin Almuddin dalam kajiannya bertajuk “Disiplin dan Hukuman dalam Pendidikan Kanak-kanak menurut Ibn Hajar al-Haitami” pada tahun 2018 menjelaskan bahawa teras utama pendidikan anak-anak menurut Islam ialah “al-iḥtirām wa al-syafaqah” yang bermaksud hormat dan kasih sayang. Prinsip ini turut menekankan bahawa kepentingan pembentukan hubungan baik antara pendidik (ibu bapa atau guru) dan yang dididik (anak atau murid).

      Bagi ibu bapa, pembentukan kasih sayang bermula daripada cara melayan anak-anak, seperti memberikan perhatian terutama apabila mereka memulakan perbualan, menunjukkan kasih melalui sentuhan seperti pelukan dan usapan, dan sentiasa mempamerkan akhlak yang baik untuk diteladani. Bagi guru-guru pula, mengenali dan memahami latar belakang pelajar secara individu merupakan permulaan yang baik dalam membentuk hubungan yang baik dengan pelajar bagi melahirkan rasa hormat.

      Apabila suasana kasih sayang dan rasa hormat dibentuk, ia diteruskan dan dikekalkan dengan mendidik anak-anak berteraskan prinsip “Al-Layyin wa al-Rifq” yang bermaksud didikan dengan lemah lembut. Melalui prinsip ini, intonasi percakapan, lenggok bahasa dan gaya sentuhan fizikal yang lembut serta berhemah digunakan dalam menyampaikan didikan kepada anak-anak. Pendekatan ini selari dengan fitrah manusia yang cenderung kepada pendekatan sopan santun dan berhemah berbanding percakapan yang kasar dan menengking. Kesannya, anak-anak lebih mudah untuk menerima ajaran dan teguran oleh ibu bapa atau guru.

                  Memulakan didikan berpandukan prinsip “al-iḥtirām wa al-syafaqah” dan “al-Layyin wa al-Rifq” selari dengan satu lagi teras dalam mendidik anak-anak menurut Islam, iaitu “al-tadarruj.” Al-Tadarruj bermaksud berperingkat-peringkat. Dalam aspek pendidikan, ia bermaksud kaedah pendidikan yang bertahap-tahap mengikut kesesuaian situasi anak atau murid. Prinsip ini tidak asing dalam penerapan ajaran Islam ketika zaman Rasulullah SAW.

      Contoh mudah yang dapat dilihat pada peringkat pengharaman arak dalam Islam. Arak merupakan minuman yang sinonim dengan orang Arab. Menjauhkan arak daripada mereka yang sudah menerima Islam memerlukan pendekatan yang teliti. Pada awalnya, Islam memulakan didikan tentang arak dengan menjelaskan keburukannya. Kemudian, Islam melonggarkan hubungan arak dengan umat Islam dengan menegah mereka untuk minum arak apabila menghampiri waktu solat bagi mengelakkan kualiti solat terjejas. Setelah masyarakat ketika itu memahami keburukan arak terhadap diri dan ibadah, akhirnya Islam mengharamkan arak secara total dan mereka yang mendekatinya diberikan hukuman sebat.

      Dalam konteks pendidikan khususnya menerapkan adab dan disiplin, prinsip tadarruj amat penting untuk dihayati oleh ibu bapa dan guru. Meskipun, ketegasan hukuman fizikal wujud dalam ajaran Islam, ia hanyalah sebahagian kecil dan bukan bersifat dominan. Bahkan, ia didahului oleh pelbagai kaedah pendidikan yang sarat dengan kasih sayang, ilmu, latihan berfikir, dan nasihat berterusan. Hukuman fizikal merupakan langkah terakhir dalam mendidik, dan disyaratkan dengan batas tertentu seperti mengelakkan daripada kecederaan dan melibatkan bahagian sensitif seperti muka dan kemaluan.

      Ringkasnya, terdapat beberapa kesimpulan penting yang perlu dihayati berhubung pendekatan hukuman fizikal dalam mendisiplinkan anak dan murid. Pertama, meskipun dibenarkan dalam Islam, hukuman fizikal bukan sesuatu yang dominan dalam pendidikan. Kedua, kaedah mendidik yang bersifat santun dan berhemah perlulah diutamakan. Ketiga, perasaan kasih sayang dan hubungan yang erat perlu memayungi segala proses mendidik. Perasaan dan hubungan ini memandu tindak tanduk ibu bapa dan guru supaya kekal pada landasan hikmah.

      Share

      Carian Artikel

      • RADIO IKIM
      • IKIMTV
      • IKIMniaga
      • E-TAFHIM – JURNAL IKIM
      • PERPUSTAKAAN IKIM
      • KERJAYA
      • WEBMAIL
      • MYIKIM
      • IRMIS
      • SOALAN LAZIM
      • TENDER & SEBUT HARGA

      HADIS PILIHAN

      Daripada Aishah RA katanya sabda Rasulullah SAW, “Sesungguhnya Allah bersifat lemah-lembut dan berlemah-lembut dalam semua perkara.”

      (Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

      WARGA @ IKIM

      • IKIM Webmail
      • Portal MyIKIM
      • IDAM
      • IRMIS
      • HRMIS
      • Sistem Pelaporan Akademik
      • Majlis Bersama Institut

      PAUTAN RASMI

      • MyGov
      • MSC Malaysia
      • MAMPU
      • JPA
      • JPM
      • CyberSAFE

      ISO

      QR KOD

      PENAFIAN

      Institut Kefahaman Islam Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman web ini.

      INFORMASI

      • Dasar Privasi
      • Soalan Lazim

      logo ikim edit shadow smallHakcipta © 2022 Institut Kefahaman Islam Malaysia. Semua Hakcipta Terpelihara.

      • Utama Utama
      • Like via Facebook Like via Facebook
      • Follow via Twitter Follow via Twitter