• Tender/Sebutharga
  • Melayu
  • English
ikimikim
Hubungi Kami
T: 03-62046200 | F: 03-62014189
Waktu Operasi
Isnin - Jumaat 08:00 - 17:00
Emel
[email protected]
  • UTAMA
  • INFO KORPORAT
    • INFO KORPORAT
    • Perutusan Pengerusi
      • Perutusan Pengerusi
      • Pejabat Pengerusi
    • Maklumat Asas
      • Maklumat Asas
      • Pengenalan & Penubuhan
      • Dasar & Matlamat Kualiti
      • Fungsi, Visi, Misi & Nilai-nilai Bersama
      • Piagam Pelanggan
      • Logo
      • Carta Organisasi
      • Carta Fungsi
      • CV Pegawai Akademik
    • Lembaga Pengarah
    • Pengurusan Tertinggi
      • Pengurusan Tertinggi
      • Pejabat Ketua Pengarah
    • Pengurusan Kanan
    • Pejabat Ketua Pengarah
      • Pejabat Ketua Pengarah
      • Unit Editorial
      • Unit Perhubungan Korporat
      • Unit Perpustakaan IKIM
      • Penerbit IKIM
      • Unit Program & Latihan
      • Unit Pengurusan Penyelidikan
    • Pusat Akademik
      • Pusat Akademik
      • Pusat Kajian Ekonomi & Kemasyarakatan (EMAS)
      • Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang & Politik (SYARAK)
      • Pusat Kajian Sains & Alam Sekitar (KIAS)
    • Bahagian Pengurusan Kewangan & Pelaburan
    • Bahagian Khidmat Pengurusan
      • Bahagian Khidmat Pengurusan
      • Pejabat Pengarah (BKP)
      • Unit Pentadbiran & Perolehan (UPEN)
      • Unit Inovasi & Kualiti (UNIK)
      • Unit Teknikal & Prasarana (UTEP)
      • Unit Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (UTEK)
      • Unit Modal Insan (UMIN)
    • Radio IKIM
      • Radio IKIM
      • Unit Kejuruteraan Penyiaran
      • Unit Teknologi Digital (UTEL)
    • tvIKIM
    • Bahagian Ekonomi & Pemasaran
      • Bahagian Ekonomi & Pemasaran
      • Unit Pembangunan Ekonomi & Kawalan Kredit
      • Unit Pemasaran & Promosi
    • Kerjaya
  • PERKHIDMATAN & PRODUK
    • PERKHIDMATAN & PRODUK
    • Program
    • Penerbitan & Produksi
      • Penerbitan & Produksi
      • Katalog Buku IKIM
      • Buku Terbitan IKIM
      • Produk Audio & Video
      • Koleksi Khas Etika
    • Perundingan
      • Perundingan
      • Khidmat Kepakaran Pegawai Akademik
    • Pengiklanan @ Radio IKIM
    • Pengiklanan @ TVIKIM
    • Pengiklanan @ Platform Digital
  • MEDIA
    • MEDIA
    • Senarai Penulis
    • Senarai Artikel
      • Senarai Artikel
      • Artikel
      • Berita Harian – Dr. Shamrahayu
      • Sinar Harian
      • The Star
      • Utusan Malaysia
      • New Straits Times
    • Buletin
      • Buletin
      • Berita Semasa
      • Buletin IKIM
    • Teks Ucapan
    • Kenyataan Media
    • Muat Turun
    • Video
      • Video
      • Video Korporat
      • Video tvIKIM
  • HUBUNGI
    • HUBUNGI
      • Hubungi

        Alamat :

        Institut Kefahaman Islam Malaysia
        No. 2, Langgak Tunku Off Jalan Tuanku Abdul Halim,
        50480 Kuala Lumpur, Malaysia

        No Tel :

        +603-62046200

        Emel :

        [email protected]

    Laman Web Rasmi: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Laman Web Rasmi: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
    • UTAMA
    • INFO KORPORAT
      • INFO KORPORAT
      • Perutusan Pengerusi
        • Perutusan Pengerusi
        • Pejabat Pengerusi
      • Maklumat Asas
        • Maklumat Asas
        • Pengenalan & Penubuhan
        • Dasar & Matlamat Kualiti
        • Fungsi, Visi, Misi & Nilai-nilai Bersama
        • Piagam Pelanggan
        • Logo
        • Carta Organisasi
        • Carta Fungsi
        • CV Pegawai Akademik
      • Lembaga Pengarah
      • Pengurusan Tertinggi
        • Pengurusan Tertinggi
        • Pejabat Ketua Pengarah
      • Pengurusan Kanan
      • Pejabat Ketua Pengarah
        • Pejabat Ketua Pengarah
        • Unit Editorial
        • Unit Perhubungan Korporat
        • Unit Perpustakaan IKIM
        • Penerbit IKIM
        • Unit Program & Latihan
        • Unit Pengurusan Penyelidikan
      • Pusat Akademik
        • Pusat Akademik
        • Pusat Kajian Ekonomi & Kemasyarakatan (EMAS)
        • Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang & Politik (SYARAK)
        • Pusat Kajian Sains & Alam Sekitar (KIAS)
      • Bahagian Pengurusan Kewangan & Pelaburan
      • Bahagian Khidmat Pengurusan
        • Bahagian Khidmat Pengurusan
        • Pejabat Pengarah (BKP)
        • Unit Pentadbiran & Perolehan (UPEN)
        • Unit Inovasi & Kualiti (UNIK)
        • Unit Teknikal & Prasarana (UTEP)
        • Unit Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (UTEK)
        • Unit Modal Insan (UMIN)
      • Radio IKIM
        • Radio IKIM
        • Unit Kejuruteraan Penyiaran
        • Unit Teknologi Digital (UTEL)
      • tvIKIM
      • Bahagian Ekonomi & Pemasaran
        • Bahagian Ekonomi & Pemasaran
        • Unit Pembangunan Ekonomi & Kawalan Kredit
        • Unit Pemasaran & Promosi
      • Kerjaya
    • PERKHIDMATAN & PRODUK
      • PERKHIDMATAN & PRODUK
      • Program
      • Penerbitan & Produksi
        • Penerbitan & Produksi
        • Katalog Buku IKIM
        • Buku Terbitan IKIM
        • Produk Audio & Video
        • Koleksi Khas Etika
      • Perundingan
        • Perundingan
        • Khidmat Kepakaran Pegawai Akademik
      • Pengiklanan @ Radio IKIM
      • Pengiklanan @ TVIKIM
      • Pengiklanan @ Platform Digital
    • MEDIA
      • MEDIA
      • Senarai Penulis
      • Senarai Artikel
        • Senarai Artikel
        • Artikel
        • Berita Harian – Dr. Shamrahayu
        • Sinar Harian
        • The Star
        • Utusan Malaysia
        • New Straits Times
      • Buletin
        • Buletin
        • Berita Semasa
        • Buletin IKIM
      • Teks Ucapan
      • Kenyataan Media
      • Muat Turun
      • Video
        • Video
        • Video Korporat
        • Video tvIKIM
    • HUBUNGI
      • HUBUNGI
        • Hubungi

          Alamat :

          Institut Kefahaman Islam Malaysia
          No. 2, Langgak Tunku Off Jalan Tuanku Abdul Halim,
          50480 Kuala Lumpur, Malaysia

          No Tel :

          +603-62046200

          Emel :

          [email protected]

      Artikel

      Amalan Hijau, Bukan Sekadar Program Kesedaran

      • Puan Azrina Binti Sobian
      • 31/01/2023

      Seorang pengkaji, Gil Friend dalam sebuah buku bertajuk “The Truth about Green Business” telah mendefinisikan amalan hijau sebagai semua bentuk kegiatan dan amalan mesra alam sekitar, termasuklah pengurangan pencemaran dan penggunaan bahan mesra alam. Amalan ini boleh dimanifestasikan dalam pelbagai bentuk, misalnya penjimatan elektrik dan air, amalan kitar semula, penggunaan barangan mesra alam dan sebagainya. Amalan hijau ini telah menjadi satu agenda penting pelbagai pihak. Jika diamalkan dengan baik dan tekun, amalan ini sangat bermanfaat dalam usaha menjaga alam serta sumbernya.

      Sebagaimana frasanya sendiri, perkataan “amalan” menunjukkan sesuatu yang perlu dipraktikkan, dilakukan atau dilaksanakan. Kamus Dewan turut menambah bahawa perkataan amalan ada kaitannya dengan “perbuatan yang baik-baik.” Maka boleh disimpulkan bahawa “amalan” merangkumi “tindakan-tindakan baik yang perlu dilakukan” oleh seseorang. Oleh itu, konsep amalan hijau menuntut kita melakukan perbuatan atau tindakan baik yang akhirnya memberi kesan positif kepada alam ini.

      Konsep amalan hijau begitu selari dengan ajaran Islam. Apa-apa tindakan untuk menjaga, memelihara, memulihara serta mengelak daripada melakukan kerosakan ke atas alam ini adalah dituntut dalam Islam. Dalam konsep amalan hijau, secara umumnya terkandung asas-asas Islami seperti mengelakkan pembaziran (al-Isra’,17:27), kesederhanaan (al-A’raf, 7:31), menghindari kerosakan (ar-Rum, 30:41) dan tanggungjawab manusia sebagai khalifah (al–Baqarah, 2:30).

      Konsep amalan hijau ini boleh dilaksanakan pada pelbagai peringkat antaranya termasuklah pada peringkat orang awam, pelajar, golongan peniaga mahupun organisasi swasta atau awam. Langkah pertama untuk melaksanakan konsep ini adalah dengan menanamkan kesedaran tentang kepentingan dan kaedah pelaksanaan amalan hijau. Program kesedaran akan memberikan ilmu pengetahuan tetapi ia tidak boleh terhenti di situ. Ilmu pengetahuan yang disampaikan perlu dilaksanakan. Kata pepatah, “Ilmu tanpa amal ibarat sepohon pokok tanpa buah.” Ajaran Islam sendiri menitik beratkan ilmu dan amal. Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadis bahawa orang yang baik adalah yang panjang usianya dan baik amal perbuatannya (HR At-Tabrani dan Abu Nu’aim). Oleh itu, amalan hijau yang ditekankan dalam pelbagai organisasi kini perlu bergerak lebih jauh dengan memastikan kefahaman terhadap amalan hijau dilaksanakan dalam apa jua keadaan.

      Matlamat pelaksanaan amalan hijau ini secara umumnya, adalah untuk memastikan setiap kegiatan manusia memberikan kesan alam sekitar yang minimum. Sebagai contoh, sesebuah organisasi perniagaan yang melaksanakan amalan hijau, perlu memastikan setiap kegiatan perniagaan itu memberikan kesan alam sekitar yang paling sedikit. Kegiatan perniagaan itu boleh merangkumi penggunaan elektrik, air, kertas, penghantaran e-mel, peralatan elektronik, pendingin hawa, pengangkutan dan sebagainya.

      Dalam memastikan kejayaan pelaksanaan amalan hijau, satu usaha pengukuran perlu diusahakan. Pengukuran bermaksud mengukur sama ada program-program amalan hijau yang telah dilaksanakan benar-benar mencapai matlamat amalan hijau itu sendiri, iaitu untuk meminimumkan kesan kepada alam sekitar. Bagaimanakah pengukuran ini boleh dilakukan? Kaedah pengukuran kesan alam sekitar individu, komuniti mahupun organisasi boleh dilakukan dengan mengira jejak ekologi. Malah, pengiraan lain yang hampir sama, misalnya jejak karbon, jejak air dan jejak plastik, juga boleh digunakan untuk memberi gambaran sejauhmana kesan kegiatan kita terhadap alam ini.

      Kaedah pengukuran yang disebutkan itu mungkin sedikit rumit untuk difahami mahupun mengukurnya. Kadang-kala, individu mahupun organisasi tidak mahu melakukannya kerana ia rumit dan memerlukan masa untuk dilakukan. Malah, khidmat perunding ekologi mungkin diperlukan jika ingin mendapatkan hasil pengukuran yang tepat. Jika kekurangan masa atau modal untuk mengupah perunding, maka alternatif lain yang lebih mudah perlu dicari untuk menentukan sama ada individu atau organisasi memberi kesan tertentu kepada alam sekitar.

      Sebenarnya, terdapat cara mudah untuk menentukan kejayaan program amalan hijau. Cara ini mungkin terlalu ringkas (over-simplified) tetapi ia boleh menjadi petunjuk awal terhadap kejayaan mana-mana program amalan hijau. Dalam banyak organisasi masa kini yang menerima pakai konsep amalan hijau, salah satu kegiatan yang dilaksanakan ialah kitar semula. Barangan kitar semula khususnya kertas dan plastik dikumpulkan. Apabila jumlah kutipan telah mencukupi, barangan kitar semula itu akan dijual kepada pusat kitar semula. Dalam hal ini, organisasi mendapat sedikit keuntungan daripada hasil jualan tersebut.

      Lazimnya, apakah reaksi umum terhadap hal ini? Pastinya, dari masa ke masa, kita cuba meningkatkan hasil kutipan dan jualan bahan kitar semula itu dengan andaian lebih banyak barangan kitar semula yang dikumpulkan, maka lebih rendahlah kesan alam sekitar daripada penggunaan bahan kitar semula seperti kertas dan plastik tersebut.

      Jika diteliti, peningkatan kutipan barangan kitar semula di atas sebenarnya satu petunjuk awal kegagalan program amalan kitar semula. Hal yang demikian ini kerana lebih banyak barangan kitar semula yang dikumpulkan bermakna lebih banyak penggunaan barangan, misalnya kertas dan plastik, yang digunakan oleh organisasi tersebut. Ini juga bermakna, organisasi tersebut gagal mendidik warganya untuk mengurangkan penggunaan kertas dan plastik. Jadi, di manakah amalan hijau yang cuba diterapkan dalam kalangan warga organisasi tersebut? Berdasarkan contoh di atas, kesedaran amalan hijau yang diterapkan itu gagal diamalkan dengan baik. Jelas bahawa usaha untuk menyelamatkan alam sekitar, melalui program amalan hijau, tidak boleh terhenti sekadar “program kesedaran” semata-mata. Perlu adanya usaha untuk mengukur serta membuat penilaian, menentukan kelemahan-kelemahan dan seterusnya menambahbaik program amalan hijau tersebut. Pada akhirnya, berdasarkan contoh di atas, pengurangan penggunaan sumber (kertas dan plastik) merupakan matlamat yang perlu dicapai. Hal yang demikian ini kerana pengurangan penggunaan sumber berada pada tangga pertama dalam mana-mana usaha pemuliharaan alam sekitar.

      Share

      Carian Artikel

      • RADIO IKIM
      • IKIMTV
      • IKIMniaga
      • E-TAFHIM – JURNAL IKIM
      • PERPUSTAKAAN IKIM
      • KERJAYA
      • WEBMAIL
      • MYIKIM
      • IRMIS
      • SOALAN LAZIM
      • TENDER & SEBUT HARGA

      HADIS PILIHAN

      Daripada Aishah RA katanya sabda Rasulullah SAW, “Sesungguhnya Allah bersifat lemah-lembut dan berlemah-lembut dalam semua perkara.”

      (Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

      WARGA @ IKIM

      • IKIM Webmail
      • Portal MyIKIM
      • IDAM
      • IRMIS
      • HRMIS
      • Sistem Pelaporan Akademik
      • Majlis Bersama Institut

      PAUTAN RASMI

      • MyGov
      • MSC Malaysia
      • MAMPU
      • JPA
      • JPM
      • CyberSAFE

      ISO

      QR KOD

      PENAFIAN

      Institut Kefahaman Islam Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman web ini.

      INFORMASI

      • Dasar Privasi
      • Soalan Lazim

      logo ikim edit shadow smallHakcipta © 2023 Institut Kefahaman Islam Malaysia. Semua Hakcipta Terpelihara.

      • Utama Utama
      • Like via Facebook Like via Facebook
      • Follow via Twitter Follow via Twitter