Kecerdasan Buatan Realiti Hari ini.
Kecerdasan Buatan (AI) telah menjadi perbualan utama dalam dunia teknologi ada masa kini. AI adalah kemampuan mesin untuk menyelesaikan tugas dan aktiviti yang biasa dilakukan oleh manusia. AI mengumpul dan mengolah data yang diterima menjadi informasi berguna agar dapat menyelesaikan tugas yang diberikan.
AI pertama kali diperkenalkan oleh John McCarthy dalam sebuah program AI Darthmounth Summer Research Project Artificial Intelligence (DSRPAI). Namun, projek ini kurang mendapat sambutan ketika itu dan perkembangan AI agak perlahan tetapi dengan kemajuan pesat dalam bidang komputer, perisian canggih dan keupayaan pengumpulan data yang besar, AI telah berkembang pesat dalam beberapa sektor masyarakat.
Penggunaan algoritma atau nama asalnya ialah al-Khwarizmi merentasi berbagai bidang. Sebagai contoh, dalam bidang agama, perubatan, pendidikan, pengangkutan, pertahanan dan lain-lain lagi.
Dalam bidang agama misalnya, AI boleh mengumpul kesemua data mengenai hukum, fatwa, keputusan-keputusan penghakiman mahkamah syariah atau apa sahaja yang berkaitan dengan agama dari seluruh dunia. Jadi, masyarakat boleh mengaksesnya secara percuma dihujung jari sahaja. Maklumat yang kita kehendaki ini boleh juga bertanya kepada Chat GPT namun data mereka hanya setakat September 2021.
Begitu juga mengenai mencari pasangan hidup atau jodoh yang sesuai misalnya. AI boleh mengadakan padanan yang sesuai dengan calon pasangan hidup. Padanan dari segi tahap pendidikan, hobi, minat, kedudukan kewangan dan lain-lain lagi. Dengan adanya padanan yang paling sesuai atau ‘sekufu (kesetaraan) ini, kemungkinan AI dapat mengurangkan kadar penceraian di Malaysia secara teorinya.
Begitu juga dengan poligami, AI dilihat mampu memberi pandangan mengenai siapakah calon yang layak untuk berpoligami iaitu yang dapat berlaku adil dalam semua aspek. Saya melihat poligami ini dalam konteks untuk menambah umat Islam di dunia ini ke arah kebangkitan semula Islam di akhir zaman dan mungkin ramai yang tidak bersetuju.
Saya berpandangan akan tiba masanya umat Islam adalah agama yang mempunyai penganut yang terbesar di dunia. Menurut Timesprayer.com, populasi umat Islam mewakili lebih 25% iaitu 2,02 bilion orang daripada jumlah penduduk dunia seramai 8,030,251, 481 orang dan perkembangan penganut agama Islam ini juga dipercayai lebih cepat berbanding agama lain.
Dalam bidang perubatan pula AI telah membantu doktor menganalisis data pesakit. mendiagnosis penyakit dengan cepat dan memberikan rawatan yang sesuai.
Dalam bidang pendidikan misanya, kerajaan atau pihak majikan tidak lagi perlu menghantar kakitangan untuk belajar sepenuh masa di luar negara selama bertahun-tahun secara sepenuh masa.
Ini adalah kerana kebanyakan bahan-bahan rujukan seperti jurnal, tesis, buku makalah prosiding dan lain-lain boleh diakses secara atas talian kecuali bidang-bidang tertentu sebagai contoh bidang yang mengkaji manuskrip lama atau bahan-bahan makmal yang tidak terdapat di Malaysia. Perkara ini dapat menjimatkan kos dan universiti di Malaysia kini mempunyai kualiti yang tinggi dan perakui di peringkat antarabangsa. Perbincangan dengan penyelia juga dapat dilakukan secara atas talian. Mungkin hanya beberapa kali kunjungan sahaja yang diperlukan ke luar negara.
Dalam bidang pengangkutan pula, saya melihat isu yang viral di media sosial ialah apabila warga asing membeli petrol subsidi kerajaan iaitu RON 95 yang berwarna kuning. Sekiranya kita menggunakan teknologi AI, pam minyak RON 95 secara automatik akan berhenti atau off apabila dapat mengesan ada kenderaan yang menggunakan plat asing untuk mengisinya. Aplikasi SETEL yang dibangunkan oleh Petronas mungkin boleh memasukkan ciri ini yang melibatkan imbas dan pengaturcaraan atau programming.
AI bukan menggantikan pekerjaan tetapi memberi kita pilihan samada menggunakan tenaga manusia atau AI. Sebagai contoh, DJ di radio yang melibatkan manusia boleh digantikan dengan AI.
Selain itu, AI dapat memudahkan kita dalam banyak perkara sebagai contoh, untuk menyelesaikan apa sahaja pertanyaan boleh rujuk GRP-3, untuk menulis Rytr, untuk menghasilkan imej boleh guna getting.ai, menghasilkan video boleh cuba HeyGen, menghasilkan muzik boleh cuba beataven.ai, menghasilkan suara guna play.ht, membuat slide guna Slides AI, mengedit gambar guna Cleanup, Edit video guna Pictory, ringkaskan nota guna TLDR This, menterjemahkan sesuatu guna DeepL dan paling menariknya ialah kesemua perisian AI ini adalah percuma.
Bayangkan jika kita ingin mengupah tenaga manusia membuat video misalnya mungkin mereka mengenakan bayaran yang mencecah ribuan ringgit sedangkan kita boleh menghasil sendiri video tersebut secara percuma.
Walau bagaimanapun, aspek etika memainkan peranan penting dalam perkembangan AI ini kerana terdapat risiko dan cabaran etika yang perlu dihadapi. Contohnya, penggunaan data peribadi dan privasi menjadi isu utama. Terdapat kebimbangan tentang bagaimana data individu dikumpul, digunakan dan dilindungi oleh sistem AI. Seperkara lagi, kebimbangan tentang penggunaan AI ketika membuat keputusan yang berpotensi mengabaikan nilai kemanusiaan dan menghasilkan keputusan yang tidak adil. Sebagai contoh, kenderaan yang menggunakan AI sepenuhnya dan tidak mempunya pemandu ada ketika mereka perlu membuat keputusan samada melanggar A atau B jika A dan B ini katakan ianya tidak dapat dielakkan.
Akhir sekali, sudah tiba masanya Malaysia mempunyai Institut Kecerdasan Buatan (AI) Negara yang dapat mengumpulkan pakar-pakar dalam bidang ini dari dalam dan luar negara. Ekonomi Malaysia telah berubah mengikut peredaran zaman. Satu ketika dahulu Malaysia bergantung kepada eksport getah dan bijih timah. Oleh sebab itu, Malaysia telah menubuhkan Institut Penyelidikan Getah atau Rubber Research Institute (RRI), begitu juga dengan hasil eksport Malaysia seperti kelapa sawit dan kerajaan telah menubuhkan Malaysian Palm Oil Board (MPOB). Institut ini memainkan peranan penting dalam menjalankan berbagai penyelidikan yang berkaitan dengan bidang tujahan mereka.
Kini, apa yang lebih penting ialah data. Bagaimana kita boleh mendapat manfaat daripada data terutama dari sudut ekonomi, pertahanan, kesihatan, kesejahteraan rakyat dan banyak lagi. Malaysia tidak mampu untuk menguasai semua bidang tetapi Malaysia boleh menguasai bidang AI yang kini amat terkait dengan kehidupan.
Dalam menghadapi era Revolusi Industri ke-4 ini bukan hanya AI sahaja yang penting tetapi teknologi atau bidang lain juga cepat berkembang seperti Internet Berbagai Benda atau Internet of Things adalah di mana kesemua objek dapat dihubungkan dengan jaringan internet.
Data Raya atau Big Data ialah kumpulan data yang besar dan kompleks yang semakin bertambah setiap saat. Berbagai maklumat dan manfaat yang boleh didapati dari sini.
Argumen Reality (AR) adalah teknologi yang menggabungkan benda maya dua dimensi atau tiga dimensi ke dalam lingkungan nyata tiga dimensi dalam masa sebenar.
Cyber Security atau keselamatan siber adalah untuk melindungi adanya serangan siber. Pencetak 3D atau 3D Printer ialah di mana kita boleh membina objek 3D hanya dengan mencetak di komputer. Sebagai contoh, jika di skrin komputer kita ada gambar cawan 2D maka kita boleh cetak cawan tersebut dan menghasilkan objek cawan 3D.
Intergrasi sistem atau system Intergeration merupakan rangkaian yang menghubungkan berbagai sub sistem dan Awan Komputer atau Cloud Computing ialah di mana data-data disimpan di server virtual dan boleh diakses di mana-mana pada bila-bila masa sahaja tanpa mengharap kepada pencari fail.