• Tender/Sebutharga
  • Melayu
  • English
ikimikim
Hubungi Kami
T: 03-62046200 | F: 03-62014189
Waktu Operasi
Isnin - Jumaat 08:00 - 17:00
Emel
[email protected]
  • UTAMA
  • INFO KORPORAT
    • INFO KORPORAT
    • Perutusan Pengerusi
      • Perutusan Pengerusi
      • Pejabat Pengerusi
    • Maklumat Asas
      • Maklumat Asas
      • Pengenalan & Penubuhan
      • Dasar & Matlamat Kualiti
      • Fungsi, Visi, Misi & Nilai-nilai Bersama
      • Piagam Pelanggan
      • Logo
      • Carta Organisasi
      • Carta Fungsi
      • CV Pegawai Akademik
    • Lembaga Pengarah
    • Pengurusan Tertinggi
      • Pengurusan Tertinggi
      • Pejabat Ketua Pengarah
    • Pengurusan Kanan
    • Pejabat Ketua Pengarah
      • Pejabat Ketua Pengarah
      • Unit Editorial
      • Unit Perhubungan Korporat
      • Unit Perpustakaan PTAS
      • Penerbit IKIM
      • Unit Program & Latihan
      • Unit Pengurusan Penyelidikan (RMU)
    • Pusat Akademik
      • Pusat Akademik
      • Pusat Kajian Ekonomi & Kemasyarakatan (EMAS)
      • Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang & Politik (SYARAK)
      • Pusat Kajian Sains & Alam Sekitar (KIAS)
    • Bahagian Pengurusan Kewangan & Pelaburan
    • Bahagian Khidmat Pengurusan
      • Bahagian Khidmat Pengurusan
      • Pejabat Pengarah (BKP)
      • Unit Pentadbiran & Perolehan (UPEN)
      • Unit Inovasi & Kualiti (UNIK)
      • Unit Teknikal & Prasarana (UTEP)
      • Unit Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (UTEK)
      • Unit Modal Insan (UMIN)
    • Radio IKIM
      • Radio IKIM
      • Unit Kejuruteraan Penyiaran
      • Unit Teknologi Digital (UTEL)
    • tvIKIM
    • Bahagian Ekonomi & Pemasaran
      • Bahagian Ekonomi & Pemasaran
      • Unit Pembangunan Ekonomi & Kawalan Kredit
      • Unit Pemasaran & Promosi
    • Kerjaya
  • PERKHIDMATAN & PRODUK
    • PERKHIDMATAN & PRODUK
    • Program
    • Penerbitan & Produksi
      • Penerbitan & Produksi
      • Katalog Buku IKIM
      • Buku Terbitan IKIM
      • Produk Audio & Video
      • Koleksi Khas Etika
    • Perundingan
      • Perundingan
      • Khidmat Kepakaran Pegawai Akademik
    • Pengiklanan @ Radio IKIM
    • Pengiklanan @ TVIKIM
    • Pengiklanan @ Platform Digital
  • MEDIA
    • MEDIA
    • Senarai Penulis
    • Senarai Artikel
      • Senarai Artikel
      • Artikel
      • Berita Harian – Dr. Shamrahayu
      • Sinar Harian
      • The Star
      • Utusan Malaysia
      • New Straits Times
    • Buletin
      • Buletin
      • Berita Semasa
      • Buletin IKIM
    • Teks Ucapan
    • Kenyataan Media
    • Muat Turun
    • Video
      • Video
      • Video Korporat
      • Video tvIKIM
  • HUBUNGI
    • HUBUNGI
      • Hubungi

        Alamat :

        Institut Kefahaman Islam Malaysia
        No. 2, Langgak Tunku Off Jalan Tuanku Abdul Halim,
        50480 Kuala Lumpur, Malaysia

        No Tel :

        +603-62046200

        Emel :

        [email protected]

    Laman Web Rasmi: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Laman Web Rasmi: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
    • UTAMA
    • INFO KORPORAT
      • INFO KORPORAT
      • Perutusan Pengerusi
        • Perutusan Pengerusi
        • Pejabat Pengerusi
      • Maklumat Asas
        • Maklumat Asas
        • Pengenalan & Penubuhan
        • Dasar & Matlamat Kualiti
        • Fungsi, Visi, Misi & Nilai-nilai Bersama
        • Piagam Pelanggan
        • Logo
        • Carta Organisasi
        • Carta Fungsi
        • CV Pegawai Akademik
      • Lembaga Pengarah
      • Pengurusan Tertinggi
        • Pengurusan Tertinggi
        • Pejabat Ketua Pengarah
      • Pengurusan Kanan
      • Pejabat Ketua Pengarah
        • Pejabat Ketua Pengarah
        • Unit Editorial
        • Unit Perhubungan Korporat
        • Unit Perpustakaan PTAS
        • Penerbit IKIM
        • Unit Program & Latihan
        • Unit Pengurusan Penyelidikan (RMU)
      • Pusat Akademik
        • Pusat Akademik
        • Pusat Kajian Ekonomi & Kemasyarakatan (EMAS)
        • Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang & Politik (SYARAK)
        • Pusat Kajian Sains & Alam Sekitar (KIAS)
      • Bahagian Pengurusan Kewangan & Pelaburan
      • Bahagian Khidmat Pengurusan
        • Bahagian Khidmat Pengurusan
        • Pejabat Pengarah (BKP)
        • Unit Pentadbiran & Perolehan (UPEN)
        • Unit Inovasi & Kualiti (UNIK)
        • Unit Teknikal & Prasarana (UTEP)
        • Unit Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (UTEK)
        • Unit Modal Insan (UMIN)
      • Radio IKIM
        • Radio IKIM
        • Unit Kejuruteraan Penyiaran
        • Unit Teknologi Digital (UTEL)
      • tvIKIM
      • Bahagian Ekonomi & Pemasaran
        • Bahagian Ekonomi & Pemasaran
        • Unit Pembangunan Ekonomi & Kawalan Kredit
        • Unit Pemasaran & Promosi
      • Kerjaya
    • PERKHIDMATAN & PRODUK
      • PERKHIDMATAN & PRODUK
      • Program
      • Penerbitan & Produksi
        • Penerbitan & Produksi
        • Katalog Buku IKIM
        • Buku Terbitan IKIM
        • Produk Audio & Video
        • Koleksi Khas Etika
      • Perundingan
        • Perundingan
        • Khidmat Kepakaran Pegawai Akademik
      • Pengiklanan @ Radio IKIM
      • Pengiklanan @ TVIKIM
      • Pengiklanan @ Platform Digital
    • MEDIA
      • MEDIA
      • Senarai Penulis
      • Senarai Artikel
        • Senarai Artikel
        • Artikel
        • Berita Harian – Dr. Shamrahayu
        • Sinar Harian
        • The Star
        • Utusan Malaysia
        • New Straits Times
      • Buletin
        • Buletin
        • Berita Semasa
        • Buletin IKIM
      • Teks Ucapan
      • Kenyataan Media
      • Muat Turun
      • Video
        • Video
        • Video Korporat
        • Video tvIKIM
    • HUBUNGI
      • HUBUNGI
        • Hubungi

          Alamat :

          Institut Kefahaman Islam Malaysia
          No. 2, Langgak Tunku Off Jalan Tuanku Abdul Halim,
          50480 Kuala Lumpur, Malaysia

          No Tel :

          +603-62046200

          Emel :

          [email protected]

      Berita Harian

      Merdekakan “akal” daripada pensekularan

      • Dr. Mohd. Zaidi bin Ismail
      • 07/09/2023

      Bulan Ogos dan September tiap-tiap tahun merupakan mercu masa bagi Malaysia sebagai sebuah negara.

      Dua tanggal dianggap istimewa bagi rakyat Malaysia, 31 haribulan Ogos dan 16 haribulan September, kerana hubungan kedua-dua tarikh itu dengan kemerdekaan, yang pertama berkait dengan Persekutuan Tanah Melayu manakala yang kedua pula berikutan penubuhan Malaysia ekoran penyertaan Sabah dan Sarawak yang merdeka.

      Kerap juga bicara seputar pemaknaan kedua-dua tarikh penting itu dikaitkan akhirnya dengan kemerdekaan sejati sesuatu bangsa, iaitu kemerdekaan akal dan jiwa.

      Sudah banyak yang ditulis dan diucapkan perihal kemerdekaan sejati tersebut.

      Walau bagaimanapun, tulisan dan ucapan yang banyak itu akan tinggal sebagai cuma slogan, atau kata-kata gah yang hampa tiada terarah, sekiranya makna akal yang dibicarakan itu tetap tertakluk dengan erti-erti yang asalnya asing, termasuk yang bersumberkan anutan fahaman sekular berbagai ragam.

      Justeru, dalam perbahasan yang benar serius perihal akal yang merdeka, perlu ditegaskan bahawa makna akal wajib dikembalikan kepada akar maksudnya dalam kefahaman Islami dan dibebaskan daripada sebarang jerat masukan-masukan lain yang mengganggu makna akar itu tadi.

      Wajar disedari bahawa dari segi penggunaan kata bernisbahkan makna, sebagaimana yang pernah diterangkan oleh para ilmuwan Islam terdahulu seperti Imam al-Ghazali (wafat 505H/1111M), akal dalam Islam merujuk kepada tiga perkara yang saling berhubungan.

      Yang pertama, akal merujuk kepada ciptaan pertama yang digelar dalam al-Quran dan Hadis Nabi sebagai al-Qalam (Pena).

      Yang kedua, akal merujuk kepada hakikat diri insan, iaitu roh atau jiwanya (bukan otaknya).

      Yang ketiga, akal turut merujuk kepada ilmu yang menetap pada diri insan sebagai sifatnya.

      Pensekularan akal justeru melibatkan pemutusan kata “akal” daripada diikat dengan salah satu atau lebih daripada makna-makna yang demikian itu.

      Sekiranya kita perhatikan penggunaan kata “akal” dalam pelbagai wacana di negara kita dalam beberapa dekad kebelakangan ini, kita akan dapat saksikan bahawa pensekularan itu sememangnya berlaku, meskipun tidak ramai orang Islam yang sedar, termasuk golongan berpelajaran tinggi.

      Penjelasan tentang akal dalam kalangan orang-orang Islam kini hampir tiada yang mengaitkannya dengan al-Qalam yang secara jelas dinyatakan dalam ayat keempat surat al-ʻAlaq sebagai alat pengilmuan dan kemudiannya, berpandukan beberapa hadis Nabi S.A.W. perihal penciptaan, diseertikan pula dalam perbendaharaan istilah Islami dengan al-ʻaql al-faʻʻal, iaitu “akal yang senantiasa giat geliga,” yang merujuk kepada malaikat yang dipertanggungjawabkan oleh Allah S.W.T. sebagai penyampai ilmu dan kefahaman kepada insan.

      Dengan kata-kata lain, hubungan akal dan ilmu kini dibumikan menjadi semata-mata perkara atau peristiwa duniawi, semata-mata hasil usaha manusia, baik secara perseorangan mahupun secara berkumpulan, tanpa sebarang bibit keterlibatan Rabbani dan kesan Alam Ghaibi. 

      Orang-orang Islam yang giat berbicara tentang akal pada masa ini juga banyak yang terikut-ikut dengan kerangka pemikiran sains dan falsafah perdana di Barat yang cenderung untuk menyempitkan luasan makna akal dan hal-hal akliah kepada semata-mata organ jasmani pada kepala insan, yakni otak, dengan segala kerumitan dan kerahsiaannya.

      Ekoran daripada kejahilan sebahagian besar masyarakat Islam semasa berkenaan makna pertama dan kedua bagi akal yang dinyatakan tadi, mereka juga akhirnya gagal menyelami makna akal sebagai ilmu yang merupakan sifat bagi roh insan dan justeru turut bersifat rohaniah.

      Malah, mereka kini terjerat pula dengan perangkap pemikiran sekular yang beranggapan bahawa ilmu itu sesungguhnya informasi (seperti teks atau bahan audio yang bersifat fizikal), malah ialah barang yang boleh diniagakan.

      Mereka lupa atau jahil bahawa sesuatu informasi, contohnya suatu rumus ilmu hisab yang tercatat pada sekeping kertas atau terpapar pada sebuah layar, kepada mata kepala seorang yang tidak terdidik atau yang belum sempurna berakal, terlihat hanya sebagai lakaran dan coretan yang tiada bermaksud, namun kepada mata hati atau akal seorang ahli matematik sebenarnya ringkasan yang sarat makna lagi indah.

      Jelas benar bahawa formula itu sebagai catatan di luar diri kedua-dua insan tersebut tetap sama tiada berubah, namun yang tiada sama itu adalah apa yang berada dalam diri mereka berdua, iaitu makna atau ilmu yang nyata terbit dalam akal tatkala cahaya kefahaman kekal menerangi diri rohani salah seorang daripada mereka.

      Maka, setelah 66 tahun kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu tercapai secara lahiriah, dan bagi menyempurnakan penobatan Islam dalam Perlembagaannya sebagai Agama Persekutuan, sangat mustahak pemaknaan kemerdekaan ini bersebati secara akliah sekali gus menyerap dalam batin bangsa melalui pengembalian erti akal kepada makna Islaminya yang bertunjangkan tiga rujukan berangkai yang dinyatakan secara ringkas di atas.

      Ini perlu diusahakan dengan gigih, bahkan dimulakan dengan sungguh-sungguh, pada peringkat pengajian tinggi di negara kita ini.

      Jangan biarkan diri kita berterusan terjerat dalam jajahan fahaman-fahaman asing!         

      Share

      Carian Artikel

      • RADIO IKIM
      • IKIMTV
      • IKIMniaga
      • E-TAFHIM – JURNAL IKIM
      • PERPUSTAKAAN IKIM
      • KERJAYA
      • WEBMAIL
      • MYIKIM
      • IRMIS
      • SOALAN LAZIM
      • TENDER & SEBUT HARGA

      HADIS PILIHAN

      Daripada Aishah RA katanya sabda Rasulullah SAW, “Sesungguhnya Allah bersifat lemah-lembut dan berlemah-lembut dalam semua perkara.”

      (Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

      WARGA @ IKIM

      • IKIM Webmail
      • Portal MyIKIM
      • IRMIS
      • HRMIS
      • Sistem Pelaporan Akademik
      • Majlis Bersama Institut

      PAUTAN RASMI

      • MyGov
      • MSC Malaysia
      • MAMPU
      • JPA
      • JPM
      • CyberSAFE

      ISO

      QR KOD

      PENAFIAN

      Institut Kefahaman Islam Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman web ini.

      INFORMASI

      • Dasar Privasi
      • Soalan Lazim

      logo ikim edit shadow smallHakcipta © 2023 Institut Kefahaman Islam Malaysia. Semua Hakcipta Terpelihara.

      • Utama Utama
      • Like via Facebook Like via Facebook
      • Follow via Twitter Follow via Twitter