Pengarah Bhg. Wakaf Institut Kefahaman Islam Malaysia Gred N54
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Institut Kefahaman Islam Malaysia sebuah Syarikat Awam Berhad menurut jaminan (Company Limited by Guarantee).
1.1 (a) Jawatan | Pengarah Bhg. Wakaf Institut Kefahaman Islam Malaysia Gred N54 (1 kekosongan) | |
(b) Kumpulan | Pengurusan dan Profesional | |
(c) Taraf Jawatan | Tetap (Tempoh percubaan satu (1) hingga maksimum tiga (3) tahun) |
|
1.2 Gaji Pokok | Gaji Minimum : RM6,904.00 Gaji Maksimum : RM13,747.00 Kenaikan Gaji Tahunan : RM320.00 |
|
1.3 (a) Elaun | ||
(i) Keraian RM800.00 | ||
(ii) Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) RM900.00 | ||
(iii) Bantuan Sara Hidup RM300.00 | ||
1.4 Syarat Lantikan
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan dan pengalaman seperti berikut: |
||
(a) Warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang daripada 45 tahun (kecuali kes kecemerlangan istimewa) pada tarikh tutup iklan jawatan;
(b) Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh IKIM daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan setaraf dengannya; (Gaji Permulaan ialah pada Gred N54:RM6,904.00) (c) Kepujian Bahasa Melayu (sekurang-kurangnya Gred C termasuk lulus Ujian Lisan), pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia SPM)/Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya; (d) Mempunyai pengalaman tidak kurang daripada 20 tahun dalam bidang berkenaan; dan (e) Penguasaan bahasa Inggeris yang baik akan diberi keutamaan. |
||
1.5 Bidang Tugas | ||
(a) Bertanggungjawab mengetuai Bahagian Wakaf IKIM mengurus Tabung Dana Wakaf IKIM;
(b) Bertanggungjawab dalam merancang, mengurus, melaksana dan memantau serta melapor program Dana Wakaf Media & Wakaf Ilmu seperti menyediakan pelan strategik, prosedur, tatacara dan garis panduan berkaitan pengurusan wakaf,, menyediakan Sasaran Kerja Tahunan (SKT), mengenal pasti potensi sumber dana wakaf dan mencapai sasaran, memastikan projek-projek wakaf dilaksanakan mengikut perancangan, membina jaringan kerjasama dalam dan luar negara, mempromosi produk-produk wakaf IKIM, menyediakan laporan berkala wakaf IKIM kepada Mesyuarat Pengurusan, Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bersama Wakaf (JPBW) dan Jawatankuasa Kewangan & Pelaburan Wakaf. (c) Bertanggungjawab merancang dan melaksanakan urusan pentadbiran, kewangan & pelaburan wakaf IKIM; (d) Bertanggungjawab menandatangani dokumen-dokumen pentadbiran, kewangan & pelaburan wakaf IKIM; (e) Mempengerusikan Mesyuarat Bhg. Wakaf IKIM dan mesyuarat-mesyuarat lain yang diarahkan; (f) Menganggotai Jawatankuasa yang ditetapkan dan ditubuhkan oleh IKIM; dan (g) Lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa. |
||
1.6 Cara dan Syarat Pemohonan | ||
(a) Calon-calon yang berminat dipelawa mengemukakan surat permohonan beserta keterangan peribadi yang lengkap(resume/ curriculum vitae) mengenai kelayakan dan pengalaman, salinan sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir, nombor telefon untuk dihubungi dan sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan) kepada:
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Tel: 03-62046259 (b) Salinan sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir hendaklah disahkan terlebih dahulu. (c) Sila nyatakan nama jawatan yang dipohon di penjuru kiri sampul surat. (d) Permohonan hendaklah melalui pos atau serahan tangan sahaja ke IKIM sebelum atau selewat-lewatnya pada 3 April 2024 jam 4.30 petang. (e) Permohonan yang tidak dilengkapi dengan dokumen-dokumen yang diperlukan tidak akan diproses. |