Pustakawan gred S41
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Institut Kefahaman Islam Malaysia sebuah Syarikat Awam Berhad menurut jaminan (Company Limited by Guarantee).
1.1 | (a) Jawatan: Pustakawan gred S41 (1 kekosongan) |
(b) Kumpulan: Pengurusan dan Profesional | |
(c) Taraf Jawatan: Tetap (Tempoh percubaan satu (1) hingga maksimum tiga (3) tahun) | |
1.2 | Gaji Pokok
Gaji Minimum : RM2,688.00 |
1.3 | (a) Elaun i. Khas:RM300.00 ii. Imbuhan Tetap Perumahan (ITP): RM300.00 iii. Bantuan Sara Hidup: RM300.00 |
1.4 | Syarat Lantikan: Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan dan pengalaman seperti berikut: |
(a) Warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang daripada 25 tahun (kecuali kes kecemerlangan istimewa) pada tarikh tutup iklan jawatan;
(b) Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains Pengajian Maklumat (Pengurusan Sistem Maklumat/Pengurusan Perpustakaan dan Maklumat/ /Pengurusan Pusat Sumber Maklumat/Pengurusan Rekod) atau dalam bidang perpustakaan yang diiktiraf oleh IKIM daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan setaraf dengannya; atau (Gaji Permulaan ialah pada Gred S41:RM2,688.00) (c) Ijazah Sarjana Sains Perpustakaan dan Maklumat yang diiktiraf oleh IKIM daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan setaraf dengannya; (Gaji Permulaan ialah pada Gred S41:RM2,995.00) (d) Kepujian Bahasa Melayu (sekurang-kurangnya Gred C termasuk lulus Ujian Lisan), pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia SPM)/Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya; (e) Mempunyai pengalaman dalam aspek sistem, pangkalan data, pengarkiban dan pendigitalan tidak kurang daripada dua (2) tahun dalam bidang berkenaan; dan (f) Penguasaan bahasa Inggeris yang baik akan diberi keutamaan; dan (g) Penguasaan Bahasa Arab atau mana-mana Bahasa antarabangsa yang lain merupakan kelebihan bagi calon. |
|
1.5
|
Bidang Tugas
(a) Bertanggungjawab melaksanakan secara profesional program pembangunan sumber maklumat, pengurusan pentadbiran dan kewangan, aplikasi ICT di perpustakaan, pemeliharaan & keselamatan sumber maklumat, dokumentasi dan pengurusan maklumat, penyediaan perkhidmatan dan kemudahan yang diperlukan oleh pengguna perpustakaan serta penyeliaan kakitangan sokongan. (b) Pengurusan ICT/Sistem Perpustakaan Tun Ahmad Sarji (PTAS). (c) Pengurusan dan pelaksanaan program pengarkiban dan pendigitan. (d) Lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa. |
1.6
|
Cara dan Syarat Pemohonan
(a) Calon-calon yang berminat dipelawa mengemukakan surat permohonan beserta keterangan peribadi yang lengkap(resume/ curriculum vitae) berkenaan kelayakan dan pengalaman, salinan sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir, nombor telefon untuk dihubungi dan sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan) kepada: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) (b) Salinan sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir hendaklah disahkan terlebih dahulu. (c) Sila nyatakan nama jawatan yang dipohon di penjuru kiri sampul surat. (d) Permohonan hendaklah melalui pos atau serahan tangan sahaja ke IKIM sebelum atau selewat-lewatnya pada 18 April 2024 jam 4.30 petang. (e) Permohonan yang tidak dilengkapi dengan dokumen-dokumen yang diperlukan tidak akan diproses. |