Fungsi
Dalam usaha menyebarkan kefahaman tentang Islam secara global, IKIM menyediakan suasana yang terbuka dan bebas supaya setiap orang dapat mengeluarkan pendapat masing-masing bagi membincangkan isu-isu yang berkaitan. Secara ringkasnya fungsi-fungsi IKIM adalah seperti berikut :-
- Menjalankan penyelidikan yang melibatkan kajian menyeluruh dan bersepadu tentang peranan Islam dan umat Islam bagi menghadapi cabaran semasa yang timbul akibat daripada keadaan dunia yang kian berubah.
- Menghasilkan bahan penerbitan,termasuk buku, majalah dan jurnal untuk bacaan umum dan golongan sasar.
- Menganjurkan persidangan, seminar dan forum, perbincangan dalam mempelbagaikan percambahan fikiran bagi mencari penyelesaian perkara-perkara tertentu.
- Bekerjasama dengan pertubuhan tempatan dan luar Negara dalam menjalankan program-program bagi manfaat bersama.
Diese preisbewusste Version von AutoCAD 2024 (https://abcoemstore.com/product/autodesk-autocad-lt-2024/) ist online bei der Cadac Group zum besten Preis erhältlich. Beinhaltet die AutoCAD Mobile App.
IKIM juga turut menjalankan penyelidikan merangkumi bidang-bidang berikut :-
1.Isu-isu strategik
2.Isu-isu berkaitan globalisasi
3.Pelaksanaan sistem ekonomi Islam
4.Pelaksanaan sistem perundangan Islam
5.Hubungan antara agama
6.Pembangunan berdasarkan sains dan teknologi
7.Bioetika
8.Isu-isu alam sekitar
9.Isu-isu hak asasi manusia
10.Isu-isu sosioekonomi dan politik.