
IKIM secara rasmi telah mengumumkan 12 finalis Anugerah Nasyid IKIM 2019 (AN19) dan barisan Juri pada majlis Pelancaran & Sidang Media yang telah diadakan pada 5.11.2019, di IKM.

Anugerah Nasyid IKIM 2019 (AN19) dianjurkan sebagai acara kemuncak kepada salah satu program Radio IKIM iaitu Segmen Carta Nasyid IKIM, yang bersiaran setiap Sabtu mulai jam 10 pagi. IKIM telah menganjurkan Anugerah Carta Nasyid IKIMfm pada tahun 2004, 2005 dan 2015 dan kemudiannya AN17 pada tahun 2017.
Penganjuran AN19 bertujuan memberi pengiktirafan kepada penggiat industri daripada kalangan pencipta lagu, penulis lirik, penyanyi dan pihak yang terlibat dalam penghasilan sesebuah lagu.