Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (yang sekarang dikenali dengan nama Radio IKIM) dengan tagline baharunya Isnpirasi Inforia Islami turut membuat penjenamaan semula yang melibatkan beberapa perubahan dari sudut pengisian dan pembaharuan penampilan kandungan. IKIMfm telah dilancarkan secara rasminya oleh Perdana Menteri, YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 6 Julai 2001 dan merupakan satu-satunya stesen radio berkonsepkan pendekatan Islami yang beroperasi selama 24 jam sehari setiap hari ke seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Mengambil semangat IKIM berusia 27 tahun, Radio IKIM terus mengikat pendengar untuk terus bersama kami dengan memantapkan program-program sedia ada dan ditambah dengan kemunculan program-program baharu yang menjadikan Radio IKIM terus unggul menjadi pilihan utama pendengar setianya.
Trend semasa pendengar kini yang cenderung kepada program-program radio yang bersifat interaktif juga menuntut Radio IKIM memperkasakan penggunaan media sosial sebagai medium interaktif bersama pendengar. Terkini, pendengar boleh menggunakan aplikasi What App untuk bertanya soalan atau memberi pendapat dalam program yang bersiaran. Radio IKIM juga telah mula menyiarkan sebahagian besar program-program terbitannya menerusi Facebook Go Live dimana pendengar boleh penonton siaran langsung program yang sedang bersiaran dan berpeluang memberikan komen atau bertanya soalan. Siaran Facebook Go Live ini juga memberi peluang kepada pendengar yang terlepas mendengar siaran langsung sesuatu program untuk mendengar kembali program-program tersebut di Facebook fanpage Radio IKIM .
Usaha Radio IKIM memperluaskan sebaran kefahaman Islam kepada masyarakat akan terus diperkasakan peranannya sesuai dengan tiga teras yang dibawa oleh YB Menteri iaitu Rahmatan lil-‘Alamin, Maqasid al-Shar’iyyah dan Fiqh Malizi melalui siarannya. Semoga dengan usianya yang kini menjangkau 17 tahun, Radio IKIM terus mampu untuk memenuhi keperluan pendengarnya dan akan terus menjadi pilihan utama pendengar yang menginginkan pengisian siaran radio yang mendidik dan menghibur jiwa.
