Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), TV Al-Hijrah dan International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) telah menganjurkan Sesi Townhall Bersama Para Penyelidik Dan Pengamal Media bersama YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Seri Dr Mujahid bin Yusof telah diadakan pada 29 Januari 2019 (Selasa), bertempat di Dewan Besar, IKIM.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) menegaskan ketiga-tiga teras ini adalah bersifat inklusif dan progresif yang boleh diterima oleh seluruh rakyat negara ini tanpa mengira agama, kaum dan bangsa.
Sesi town hall ini dianjurkan khas untuk penyelidik dan pengamal media bersama YB Menteri dan Tn. Haji Mahathir b. Shaharuddin, Pemangku Pengarah Pusat Media, IKIM selaku pengantara program. Dengan mengambil kira kepentingan kefahaman yang tepat dan mendalam di kalangan Para Penyelidik dan Pengamal Media berkenaan “Tiga Teras Tonggak Utama Pentadbiran Hal Ehwal Islam di Malaysia”, YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah menegaskan ketiga-tiga teras ini adalah bersifat inklusif dan progresif yang boleh diterima oleh seluruh rakyat negara ini tanpa mengira agama, kaum dan bangsa.

YB Menteri bersama Tn. Haji Mahathir b. Shaharuddin, Pemangku Pengarah Pusat Media, IKIM selaku pengantara program
Antara objektif utama program ini adalah merupakan wadah khas untuk YB Menteri menjelaskan tiga teras utama yang menjadi asas gagasan besar pentadbiran Islam di Malaysia kepada kumpulan penyelidik dan pengamal media; memberikan peluang kepada peserta berdialog dengan YB Menteri berhubung isu-isu semasa yang timbul berkaitan tiga teras utama; dan memberikan maklumat dan kefahaman yang tepat kepada peserta, bagi membolehkan penyaluran tersebut kepada khalayak yang lebih luas.
