YAB Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia telah merasmikan Seminar Antarabangsa “Agama dan Keharmonian Hidup Bersama” anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) pada 27Oktober 2015 di Dewan Besar IKIM.
Majlis Perasmian turut di hadiri oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri JAMIL Khir Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YABhg. Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi, Pengerusi IKIM dan YBhg. Prof Datin Dr. Azizan Baharuddin, Ketua Pengarah IKIM.
Seminar Antarabangsa ini telah berlangsung selama dua hari pada 27-28 Oktober 2015 dengan tujuan utama untuk membincangkan peranan agama dalam mempromosi keharmonian dan kehidupan bersama yang aman. Perkongsian idea dan pengalaman oleh panel jemputan adalah penting kerana ianya akan menyumbang kepada kefahaman yang lebih baik tentang bagaimana agama berperanan dalam masyarakat majmuk untuk mewujudkan individu yang bertanggungjawab demi keamanan sejagat.