TEKS PERUTUSAN
YBHG. PROF. MADYA DATO’ DR. MOHAMED AZAM BIN MOHAMED ADIL
KETUA PENGARAH IKIM
SEMPENA
SAMBUTAN TAHUN BARU 2024
Bismillahirahmanirohim. Assalamualaikum wth
- Pertamanya, saya ingin memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahuwataala kerana dengan limpah dan keizinan-Nya, dapat kita bersama-sama melangkah ke tahun baharu 2024 masihi dalam suasana harmoni, aman dan sejahtera. Alhamdulillah.
- Tahun 2023 telah kita tinggalkan dengan seribu satu kenangan. Tidak dinafikan, ia berlalu dengan begitu pantas, dan kini kita melangkah ke tahun Tentunya, saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan selamat tahun baru kepada seluruh warga kerja IKIM yang telah menunjukkan kesungguhan dan kecemerlangan dalam memastikan pelan strategik IKIM 2021-2023 mencapai objektif dan sasarannya.
- Harapan saya, seluruh warga IKIM memulakan tahun baharu 2024 ini dengan penuh semangat, azam serta iltizam yang Semoga tahun ini dan tahun-tahun mendatang sentiasa memberikan peluang untuk kita melaksanakan urusan kehidupan dan pekerjaan dengan berjaya dan cemerlang. Insyaallah, semoga amanah yang terpikul di bahu kita selaku penjawat awam akan dapat digalas dengan penuh rasa terhormat.
- Mudah-mudahan, dengan semangat dedikasi yang tinggi, sudut pandang yang sentiasa positif, neraca fikiran yang sentiasa jernih dan selalu berlapang dada dalam kesulitan, semoga kita dikuniakan pedoman dalam berdepan pelbagai cabaran pekerjaan mahupun kehidupan. Seperti firman Allah SWT dalam surah Surat Al-Furqan Ayat 75 yang bermaksud: “Mereka itulah orang yang dibalasi dengan martabat yang tinggi (dalam surga) karena kesabaran mereka dan mereka disambut dengan penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya”.
- Tahun 2023 IKIM terus melakar agenda perancangannya dalam mencapai Visi dan Misi yang ditetapkan iaitu “Untuk menjadi institusi utama kefahaman Islam bertaraf antarabangsa”. Sebagai sebuah institusi pemikir yang bermatlamat memberi dan menyebarkan kefahaman Islam secara global kepada masyarakat Islam dan bukan Islam, IKIM sentiasa berusaha memelihara kesucian agama Islam dengan memberi kefahaman Islam yang benar kepada masyarakat.
- Sepanjang tahun 2023, IKIM memperlihatkan penganjuran pelbagai aktiviti dan program termasuk yang berimpak tinggi sama ada dalam bentuk penganjuran seminar, persidangan mahupun dari segi penerbitan buku-buku ilmiah. Ini dapat dilihat melalui penganjuran program seperti Seminar Keharmonian Serantau yang dianjurkan dengan Kerjasama Majlis Ugama Islam Sabah dan SOM – MABIMS, seterusnya program International Madani Symposium ‘Sustainability: What Can The Civilisation Of Islam Offer? yang diadakan pada 2 November 2023, program Ijtimak Ilmuan Islam Sarawak yang dianjurkan secara bersama dengan Majlis Islam Sarawak pada 25 dan 26 Julai 2023, Symposium on Upholding Human Dignity dianjurkan pada 5 & 6 Julai 2023, Special Talk The Importance Of Islamic Values In The Modern World Oleh Dr. Miles K.Days, President, Linfield University yang dianjurkan pada 18 Julai 2023 Dan lain-lain. Dari segi penerbitan pula, IKIM telah menerbitkan sebanyak 18 buah buku pada tahun 2023, 12 daripadanya adalah penerbitan karya-karya Baharu, iaitu 6 karya asli dan 6 lagi karya suntingan.
- Saya sebenarnya merasa amat bersyukur kerana pada tahun 2023 kita semakin lebih aktif terlibat dengan aktiviti yang membawa IKIM ke peringkat antarabangsa. Tindakan yang dilakukan seperti mengadakan perbincangan meja bulat bersama pihak Imam Bukhari International Scientif ic Research Centre di Uzbekistan dan seterusnya memberi peluang kepada delegasi IKIM membentangkan kertas kerja pada perbincangan berkenaan. Selain itu, kita juga terlibat dengan beberapa lawatan kerja dan aktiviti di luar negara seperti Singapura, Turki, Kerala, India, Indonesia, United Kingdom dan negara-negara luar lain bagi membina hubungan yang lebih strategik.
- Pencapaian IKIM yang lain dapat dilihat melalui penerimaan anugerah dan pegawai-pegawai IKIM yang dilantik dalam pelbagai bidang seperti;
- Pengerusi IKIM dilantik sebagai Ahli JK Keharmonian Antara Penganut Agama (HARMONI) sesi 2023 -2024
- Shaikh Mohd Saifudden bin Shaikh Mohd Salleh dilantik sebagai AJK Blockchain dan Kecerdasan Buatan Negara (NBAIC) dan dilantik sebagai Ahli Tetap Majlis Bioetika Negara (MBeN) sesi 2023/2024, selain turut dilantik sebagai Profesor Adjung Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
- Puan Suzana Md. Samsudi tersenarai sebagai Most Influential Women in Islamic Business & Finance oleh Woman Academica (2002)
- Puan Enizahura Abd Aziz dilantik sebagai Ahli Lembaga Penubuhan Akademik Program Baharu Pusat Pengajian Teras USIM
- Dr. Muhammad Hisyam Mohamad dilantik sebagai Panel Penasihat bagi Program Sarjana Ekonomi Islam Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UKM.
- Puan Siti Shamsiah Md Sufi dilantik sebagai Ahli Badan Penasihat Shariah Hospital Pusrawi Sdn. Bhd.
- Hj. Mohd Faiz Othman memenangi Anugerah Kecemerlangan Media KPKT 2023 dan baru-baru ini IKIM telah dianugerahkan
- Anugerah Perdana Penerbit Prolifik kategori Syarikat di Bawah Agensi Kerajaan pada majlis Anugerah Tokoh Buku Negara yang berlangsung di Tanjung Malim Perak.
- Pengiktirafan bukan untuk dibanggakan, tetapi pastinya ia menjadi penanda aras untuk menentukan di manakah kedudukan kita. Kerajaan akan menjadi pendorong untuk kita berusaha dengan lebih gigih lagi bagi memastikan objektif kita mencapai matlamatnya.
- Sekali lagi saya ingin panjatkan rasa syukur di atas kejayaan media IKIM iaitu radio IKIM yang telah menunjukkan peningkatan jumlah pendengar saban tahun dan sehingga tahun 2023 radio IKIM masih dapat mengekalkan kedudukan keenam radio Bahasa Melayu terbaik melalui kajian GFK wave 2/2023.
- Saya juga ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengumumkan bahawa bermula Januari 2024, radio IKIM akan dikenali sebagai Radio IKIMfm. Selari dengan itu, Radio IKIMfm akan mempunyai logo baharu yang mengangkat tema inspirasi untuk semua menerusi tagline ‘Inspirasi Utama Anda’. Justeru, setiap pengisian di radio IKIMfm diharap akan mampu memberi dan menjadi sumber inspirasi kepada semua pendengar radio IKIMfm.
- Kuat berdiri pohon kerana akarnya, kuat akar kerana Marilah kita bersama-sama berganding bahu untuk bekerja bersama- sama dengan penuh rasa ikhlas dan semangat ibadah kerana Allah SWT. Insyaallah semoga dengan memasang niat yang suci dan luhur dalam apa juga pekerjaan yang kita lakukan, diharap ianya mendatangkan keberkatan kepada diri kita bukan hanya di dunia bahkan di akhirat. Semoga setiap apa yang dilakukan dengan penuh perbuatan baik akan menjadi amal soleh yang memberatkan timbangan amal kita di akhirat kelak.
- Saya juga ingin mengingatkan diri saya dan semua warga kerja IKIM, supaya sentiasa tekun dan berintegriti dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Terus kekalkan momentum kejayaan tahun-tahun sebelum ini dan marilah kita teruskan melakar kejayaan untuk tahun 2024 dan yang mendatang dengan perancangan dan pelaksanaan yang rapi dan bijaksana.
- Akhir kata, marilah kita berdoa kepada Allah taala, semoga merahmati kehidupan kita semua dan diberikan petunjuk dan kekuatan untuk menjalankan amanah dengan sebaik mungkin.
- Sekian wabillahitaufik wal Assalamualaikum wth.