Pembangunan Ummah dan Cabaran Masakini

Di tengah-tengah perkembangan pesat dan keghairahan terhadap pembangunan sekarang, samada sedar atau tidak, manusia sedang menghadapi dua pilihan yang sangat penting. Samada mampu mempertahankan status manusia sebagai manusia yang mengabdikan diri secara mutlak kepada Allah, atau mencemarkan nama baik kemanusiaannya itu kepada penghambaan kepada pembangunan. Bagi pilihan pertama, manusia itu hidup sebagai pemegang amanah Allah…

Islam dan Kemodenan

Salah satu fenomena yang dihadapi oleh umat Islam di seluruh dunia ialah dominannya kesan dan pengaruh kemodenan yang dicetuskan oleh kebudayaan barat. Konsep kemodenan yang dikaitkan dengan kemajuan dan pembangunan dalam segala bidang, khususnya dalam bidang ekonomi serta sains dan teknologi, telah mengelabui mata hampir seluruh umat manusia di dunia, tidak terkecuali umat Islam. Sesiapa…

Syaitan Gunakan Nyanyian, Muzik Sesatkan Manusia

SENI suara adalah di antara rekreasi digemari dan berkembang pesat di Malaysia. Seni suara sama ada bunyi-bunyian, muzik dan nyanyian adalah sebahagian daripada budaya hidup manusia. Setiap bangsa mempunyai seni suara tersendiri. Umumnya, seni suara untuk mendapat hiburan dan keseronokan. Al-Quran juga menerangkan mengenai bidang seni suara. Contohnya, firman Allah dalam surah Lukman, ayat ke…

Islam dan Pembangunan Manusia Kontemporari

Kesedaran manusia untuk kembali hidup di bawah sistem Islam sangat dirasai kebelakangan ini dan usaha ke arah itu dapat dilihat dan didengar di mana-mana. “Kebangkitan ini begitu dominan sekali dan mempunyai kekuatannya tersendiri seperti satu aliran air yang deras yang menenggelamkan sesiapa sahaja yang cuba menghalangnya.” Kesedaran ini lahir setelah manusia gagal merobah kehidupan mereka…

Menjana Minda Qurani

Sebagaimana modenisasi itu di anggap sebagai satu proses pembangunan yang bersepadu, proses membangunkan kembali Islam juga adalah satu proses pembangunan yang bersepadu. Bagaimanapun, arah, kualiti, kaedah dan pendekatan yang menggerakkan pembangunan kedua-duanya adalah berbeza. Bermula daripada kebangkitan yang menggerakkannya, sehinggalah ke arah yang dituju dan kesudahannya juga adalah berbeza. Latarbelakang kebangkitan Islam dan kebangkitan pemodenan…

Keikhlasan dan Kebajikan

Samada disedari atau tidak ramai diantara kita tertipu dengan amalannya sendiri, kerana di antara kebanyakan amal kebajikan yang dilakukan berapa sangat yang disertai dengan niat yang ikhlas. Fenomena ini adalah realiti yang sering berlaku di dalam masyarakat, malah sudah menjadi sebati dan menjadi amalan harian bagi sesetengah orang. Ada yang menghulurkan derma dengan mengharapkan pulangan…

Air dan Pembangunan Manusia

Sumbangan besar air terhadap produktiviti ekonomi dan kehidupan harian jarang dihargai walaupun semua kegiatan sosial dan ekonomi bergantung sepenuhnya kepada bekalan dan kualiti air. Dengan pertambahan penduduk serta kegiatan ekonomi, banyak negara menghadapi masalah kekurangan bekalan air atau menghadapi pembangunan ekonomi yang sudah hampir batasannya. Permintaan bekalan air semakin pesat bertambah sejak 10 tahun yang…

Air: Rahmat Yang Diabaikan

Air merupakan anugerah Allah s.w.t. yang amat berharga di dalam kehidupan manusia, tanpanya semua hidupan akan mati. Menurut Kamus Dewan, air boleh didefinasikan sebagai cecair yang terbentuk daripada dua bahagian hidrogen dan satu bahagian oksigen. Secara geografinya, air yang digunakan oleh manusia berpunca daripada air hujan. Air adalah anugerah Allah yang sangat bernilai kepada seluruh…

Pertembungan Etika dengan Akhlak

Salah satu aspek yang sangat diberi perhatian oleh Islam bagi memastikan supaya perjalanan sistem hidup manusia dapat berlangsung dalam suasana yang sihat dan harmoni ialah kesempurnaan akhlak. Ini kerana akhlak yang baik dan mulia sahaja dapat menjamin kesejahteraan dan kejayaan dalam menjalani kehidupan yang penuh dengan cabaran ini. Secara umumnya akhlak boleh dipecahkan kepada dua…

Islam dan Rekreasi

Terdapat segolongan manusia yang berpendapat bahawa manusia dan alam dijadikan tanpa tujuan yang tertentu. Alam yang terbentang luas ini adalah terdedah kepada pengolahan manusia sesuai dengan tingkat ilmu pengetahuan yang dimilikinya. Manusia dan alam dianggap seperti satu sistem yang bertindakbalas antara satu sama lain dan tidak boleh dipisahkan. Pada pandangan mereka hidup hanyalah untuk keperluan…