Forum Bicara Ad Deen

IKIM telah menganjurkan Forum Bicara Ad Deen bertajuk ‘Fitrah Alami’ pada 19 Julai 2019 bertempat di Dewan Besar IKIM. Forum disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Fachruddin Majeri Mangunjaya, Felow Pelawat dan gandingan bersama dengan Pn. Rosmidzatul Azila Mat Yamin, Felow, Pusat KIAS serta perantara forum adalah En. Syafiq Zulakifli yang merupakan Penerbit Radio IKIM.

Sesi Perbincangan Kerjasama IKIM-RIMBA

Sesi perbincangan antara IKIM dengan RIMBA dipengerusikan oleh Datuk Prof. Dr. Azizan Baharuddin, Ketua Pengarah IKIM telah diadakan pada 22 Julai 2019, bertempat di Bilik Gerakan IKIM. RIMBA diketuai oleh En. Akmal Razali, Kordinator Rimba dan perjumpaan bertujuan untuk pihak RIMBA mengemukakan beberapa cadangan kerjasama disamping jalinan strategik yang boleh diusahakan bersama.

Program Syarahan Khas bertemakan ‘Islam dan Pemuliharaan Biodiversiti/Ekologi’

IKIM telah menganjurkan Program Syarahan Khas bertemakan ‘Islam dan Pemuliharaan Biodiversiti/Ekologi’ bersempena lawatan Prof. Madya Dr.  Fachruddin Majeri Mangunjaya, Felow Pelawat IKIM pada 16-20 Julai 2019 bertempat di Kuala Lumpur . Beberapa program sepanjang keberadaan beliau di Kuala Lumpur telah diadakan seperti berikut: 17 Julai       : Syarahan Khas di Institut Alam Sekitar dan…

Luncheon Talk Siri 1/2019 bertajuk Taklimat Khas Koleksi Tamadunan Islam Perpustakaan IKIM

Sedang berlangsung adalah program Luncheon Talk Siri 1/2019 bertajuk Taklimat Khas Koleksi Tamadunan Islam Perpustakaan IKIM yang disampaikan oleh Prof. Dr. Tatiana A. Denisova, Felow Kehormat IKIM bertempat di Dewan Besar IKIM. Antara tetamu kehormat yang turut hadir dalam sesi taklimat adalah Tun Pengerusi IKIM, Ketua Pengarah IKIM, Ahli-ahli Lembaga Pengarah IKIM, Ketua-ketua Agensi, Ahli-ahli…

Kunjungan Hormat IKIM ke JKSM

Pengurusan IKIM telah membuat kunjungan ke Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) yang diketuai oleh YBrs. Dr. Mohd Zaidi Ismail, Timbalan Ketua Pengarah IKIM ke atas YAA Dato’ Dr. Haji Mohd Na’im Haji Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie, JKSM pada 25 Jun 2019 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 5, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Putrajaya. Turut…

Kunjungan

YBhg. Dato’ Nadzim Johan Johor, Ketua Aktivis, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah membuat kunjungan ke atas Datuk Prof. Dr. Azizan Baharuddin, Ketua Pengarah IKIM pada 13 Mei 2019 bertempat di Bilik Gerakan IKIM. Kunjungan bertujuan bagi membincangkan secara serius mengenai isu-isu berkaitan aduan pengguna serta membincangkan tentang kepenggunaan disamping meneroka kerjasama strategik yang dapat…

Kunjungan

Datuk Prof. Dr. Azizan Baharuddin, Ketua Pengarah IKIM telah menerima kunjungan daripada Mr. Julien Drolon, CEO Halis Media pada 13 Mei 2019 bertempat di Bilik Gerakan IKIM. Kunjungan ini bertujuan bagi membincangkan kerjasama persidangan antarabangsa 2020 di Malaysia

Majlis Pelancaran Marhaban Ya Ramadan Peringkat Kebangsaan “Ramadan Tanpa Pembaziran”

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah menganjurkan Majlis Pelancaran Marhaban Ya Ramadan Peringkat Kebangsaan Tahun 1440H / 2019M -Ramadan Tanpa Pembaziran yang telah dilancarkan oleh YB Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama)…

Program Marhaban Ya Ramadan : Ramadan Tanpa Pembaziran bersempena Ramadan 1440H

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Majlis Agama Islam Wilayah (MAIWP) bersama-sama agensi-agensi lain telah menganjurkan Majlis Pelancaran Program Marhaban Ya Ramadan: Ramadan Tanpa Pembaziran di Masjid Wilayah, Kuala Lumpur. Pelancaran ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Dr. Muhahid Yusof, Menteri…