Persidangan Meja Bulat “Islam Dan Ekonomi Prihatin”

IKIM telah   menganjurkan Persidangan Meja Bulat “Islam dan Ekonomi Prihatin” pada 20 Mac 2019 bertempat di Dewan Besar, IKIM. Ekonomi prihatin (the caring economy) adalah satu jalan dalam mengimbangi tuntutan kehidupan kerana turut menekankan perihal keinsanan dan mengambil berat.  Ini termasuklah dalam aspek pembangunan tenaga buruh, penjagaan keluarga, pembasmian kemiskinan, penjagaan kesihatan dan kelestarian alam…

Seminar Hari Wanita Antarabangsa 2019

IKIM dengan kerjasama  Pertubuhan IKRAM Malaysia telah menganjurkan Seminar Hari Wanita Antarabangsa 2019 bersempena Hari Wanita Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan pada 17 Mac 2019 bertempat di Dewan Besar IKIM, Kuala Lumpur. IKIM dan IKRAM yakin bahawa usaha bersepadu dan penyelesaian baharu dalam pelbagai sudut interaksi kehidupan wanita adalah bertujuan untuk memartabatkan wanita bukan sahaja…

Muzakarah Pakar Indeks Leterasi Kewangan Islam Masyarakat Muslim di Malaysia

IKIM menganjurkan Muzakarah Pakar Indeks Leterasi Kewangan Islam Masyarakat Muslim di Malaysia pada 21 Mac 2019 bertempat di Dewan Besar, IKIM. Program ini merupakan hasil kerjasama IKIM bersama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Antara objektif yang ingin dicapai adalah tentang konsep literasi kewangan Islam dan komponen-komponennya; mengenalpasti dan merumuskan instrumen pengukuran bagi projek kaji selidik indeks…

Bengkel Pengurusan Kewangan Islam : Bersara, Berjaya & Berharta

IKIM  telahpun   menganjurkan Bengkel “Pengurusan Kewangan Islam : Bersara, Berjaya & Berharta” pada 14 Mac 2019 bertempat di Dewan Besar, IKIM. Mengambil kira faktor kenaikan kos sara hidup, peningkatan kos rawatan perubatan dan simpanan untuk persaraan yang terhad (70% pencarum KWSP menghabiskan simpanan kurang daripada 10 tahun), justeru bengkel ini dijalankan untuk memberi kesedaran terhadap…

Persidangan Meja Bulat Sains Untuk Masyarakat

Peranan sains dalam menggerakkan pembangunan ekonomi dan masyarakat sememangnya tidak dapat dinafikan. Atas sebab itu, penyelidikan dalam bidang sains hendaklah dipastikan membawa manfaat kepada masyarakat dan bukannya membawa mudarat. Atas premis ini, Persidangan Meja Bulat dengan tema “Sains untuk Masyarakat” dianjurkan oleh IKIM pada 28 Februari 2019 bertempat di Dewan Besar IKIM. Sebanyak tujuh kertas…

Persidangan Meja Bulat “Neuroetika dan Biologi Kesedaran”

Pada 25 Februari 2019, IKIM telah menganjurkan Persidangan Meja Bulat “Neuroetika dan Biologi Kesedaran” yang telah dihadiri oleh ahli akademik, penyelidik, doktor perubatan, ahli psikologi dan ahli etika. Program ini dianjurkan bertujuan untuk mengumpul maklumat perkembangan terkini dalam bidang neuro sains dan membincangkan isu-isu neuro etika dari sudut pandang agama. Bagi merealisasikan objektif ini, sebanyak…

Persidangan Meja Bulat “Etika Kecerdasan Buatan”

Sebagai satu usaha menangani perkembangan pesat teknologi kecerdasan buatan, IKIM telah menganjurkan Persidangan Meja Bulat “Etika Kecerdasan Buatan” pada 20 Februari 2019 bertempat di Dewan Besar IKIM. Objektif program ini adalah untuk memahami perkembangan mutakhir bidang kecerdasan buatan serta kesannya kepada masyarakat, di samping mengenal pasti isu-isu etika berkaitan teknologi ini. Sebanyak tujuh kertas kerja…