Pusat Perubatan Harus Mesra Ibadah

Setiap yang bernyawa pasti akan mati kerana itu janji azali. Dan sakit adalah perantara di antara hidup dengan mati. Manakala  kewajipan setiap hamba terhadap Tuhannya seperti pelaksanaan solat tidak boleh ditinggalkan tanpa uzur syarii. Sesiapa yang meninggalkan solat bererti dia memutuskan hubungan dengan Tuhan yang menciptakannya sedangkan perkara tersebut tidak seharusnya berlaku. Apatah lagi dalam keadaan…

Sejarah Undang-undang Islam Di Malaysia: Kemestian Untuk Memahaminya

Masih ada lagi yang mentafsir agama Islam dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan dengan tafsiran yang sempit; iaitu bersifat upacara dan istiadat sahaja. Kefahaman ini merujuk kepada penggunaan Islam dalam upacara-upacara rasmi seperti ucapan basmalah dan bacaan doa semasa upacara pertabalan Yang di-Pertuan Agong. Apabila Islam dijadikan sebagai agama Persekutuan, tanpa menafikan agama-agama lain boleh diamalkan…

Berpuasa Pemangkin Daya Juang

Walaupun pada umumnya manusia boleh memperjuangkan apa-apa sahaja untuk kepentingan dirinya kerana perjuangan itu bersifat relatif, namun pada penulis istilah perjuangan hanya mempunyai nilai dan harga apabila ia usaha untuk mencapai sesuatu yang positif dan dengan cara yang benar. Perjuangan untuk  mengumpul harta kekayaan dengan tipu daya umpamanya hanya boleh dijelaskan sebagai mementingkan diri sendiri.…

Pemerkasaan Hak-Hak Wanita Islam

Perbincangan mengenai hak-hak wanita Islam dari sudut undang-undang kekeluargaan tidak pernah surut dalam mana-mana forum masyarakat sama ada formal ataupun tidak formal. Secara ringkasnya, hak-hak wanita Islam merangkumi hak-hak sebelum dan semasa perkahwinan, serta selepas perpisahan dengan pasangan sama ada bercerai hidup atau disebabkan kematian pasangan. Dan isu yang paling besar berbangkit adalah yang merujuk…

Cabaran Semasa Ibu Tunggal

Hari Ibu bagi saya hanya merupakan perlambangan kepada pengiktirafan terhadap kaum hawa bergelar ibu sebagai agen sosialisasi awal kepada anak-anak dengan pendidikan agama sebagai asas dan prinsip-prinsip kehidupan serta penerapan nilai-nilai masyarakat. Atau dengan kata lain yang lebih mudah, biasanya manusia mula mengenal dunia dan huruf dengan bimbingan insan yang melahirkan. Mungkin juga ia tidak…

Wajarkah Perkahwinan Bawah Umur?

  Sesiapa pun tidak menafikan bahawa perkahwinan antara Rasulullah SAW dengan Sayidatina Aisyah RA menjadi dalil bahawa perkahwinan dengan perempuan yang belum baligh atau di bawah umur merupakan sesuatu yang dibenarkan oleh syarak. Walau bagaimanapun menurut kepada realiti masa kini,  penggubalan undang-undang ataupun peruntukan-peruntukan tertentu yang terkandung dalam undang-undang perlu ada bagi mengawal perkara ini dan…

Perkukuhkan Ukhuwwah Ummah Melalui Ibadah Korban

Apabila Rasulullah SAW ditanya mengenai manusia bagaimana yang mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi agama Islam, Baginda menyatakan bahawa mereka adalah dari kalangan orang Mukmin yang berjihad di jalan Allah dengan diri dan harta mereka sendiri. Memahami maksud Hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari ini menuntut kefahaman yang jitu mengenai konsep korban atau pengorbanan. Pelbagai fadilat…

Perkemas Peruntukan Khuluk Sebagai Pengimbang Talak

“Dan tidaklahhalal bagi kamu mengambil kembali sesuatu daripada apa yang telah kamu berikan kepada mereka (isteri-isteri kamu), kecuali jika kedua-duanya(suami isteri) takut tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah. Oleh itu kalau kamu khuatir bahawa kedua-duanya tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah, maka tidaklah mereka berdosa – mengenai bayaran (tebus talak) yang diberikan oleh isteri untuk…

Dinamisme Dalam Pendekatan Pengajaran Agama Islam

Pembangunan sains dan teknologi, globalisasi, ledakan teknologi maklumat, perubahan sosio-budaya serta perkembangan pesat yang berlaku dalam dunia penyiaran serta media massa menyebabkan masjid telah kelunturan daya tumpuan sebagai institusi yang sangat berpengaruh kepada masyarakat dalam pengembangan ajaran Islam. Sebaliknya, masyarakat pada hari ini termasuk masyarakat Islam lebih teruja untuk mengasimilasikan diri dengan budaya hidup yang…