Masa ‘Berkira’ Ketika Berbelanja

Kenaikan harga barangan kini adalah ekoran kenaikan harga minyak. Barang-barang yang naik harga termasuklah minyak masak, telur, ayam, daging, sayur-sayuran, kelapa dan beras – yang merupakan barangan keperluan harian. Oleh kerana setiap daripada kita adalah pengguna, kita tidak dapat lari daripada merasa terbeban akibat kenaikan harga ini. Jika dahulu, bebanan seperti ini hanya dirasai oleh…

Keistimewaan Membaca Bersama Keluarga

Sambutan Bulan Membaca Kebangsaan – yang bertemakan `Rajin Membaca Pasti Berjaya’ telah masuk hari kelapan. Apakah sambutan ini membawa perubahan kepada tabiat membaca kita? Apakah kita juga meraikannya dengan mengambil daya usaha untuk mengisi masa dengan membaca? Atau tabiat membaca kita sama sahaja seperti bulan-bulan yang lain – kurang membaca? Masyarakat Islam tiada alasan untuk…

Penagih Lebih Sesuai Dibekal Metadon

Lebih kurang dua minggu yang lalu, Menteri Kesihatan mengumumkan cadangan kerajaan untuk menggunakan pendekatan pengurangan risiko dalam mengurangkan kadar jangkitan HIV. Oleh kerana golongan yang berisiko tinggi ialah para penagih yang menyuntik dadah ke tubuh mereka, maka kaedah yang akan dilaksanakan oleh kementerian ini adalah dengan pemberian jarum suntikan, metadon dan kondom kepada golongan yang…

Kriteria Kualiti Hidup Berkeluarga

Pada 17 April lalu, Perdana Menteri menyeru agar rakyat Malaysia mewujudkan keluarga bahagia. Seruan ini dibuat kerana beliau percaya bahawa keluarga bahagia adalah salah satu kekuatan untuk membangunkan negara. Ini amat benar. Cuma, oleh kerana pembangunan negara amat sering dikaitkan dengan pembangunan ekonomi dan politik, maka pembangunan keluarga sering dilihat sebelah mata. Salah satu prinsip…

Mengejar Ilmu Tanpa Mengira Kedudukan

Pendekatan Islam Hadhari bertujuan untuk mewujudkan masyarakat yang bertamadun dan salah satu asasnya ialah penguasaan ilmu pengetahuan. Satu lagi asas kepada kewujudan masyarakat hadhari ini ialah kehidupan berkualiti. Masyarakat hadhari tidak akan terbentuk selagi kualiti hidup masyarakat kita tidak berada pada tahap kualiti hidup masyarakat yang bertamadun. Apa yang menarik ialah perkaitan antara ilmu dan…

Al-Quran Tidak Jelas Tentang Homoseksualiti?

Seperti yang pernah saya sebutkan dalam artikel saya yang lalu, saya akan sekali lagi menyentuh isu homoseksualiti. Kali ini saya ingin mengenengahkan pandangan seorang penulis yang berpendapat bahawa al-Quran – rujukan utama orang Islam – tidak jelas dalam memperkatakan tentang homoseksualiti. Artikel yang bertajuk, “What the Quran says about homoseksuality”, menjadikan al-Quran dan Bible sebagai…

Homoseksualiti Bukan Satu Dosa?

Lebih kurang sebulan lalu, saya terbaca sepucuk surat kepada pengarang dalam majalah Aliran Monthly, keluaran November 1998 yang bertajuk “Don’t persecute gay community”. Antara lain surat ini membantah penubuhan Pergerakan Sukarela Rakyat Anti-Homoseksual (PASRAH). Menurut penulis-penulis surat itu (surat tersebut mengandungi 19 nama), “Its intention to persecute an already marginal community – … – is…

Gejala Sosial dan Keluarga

Banyak yang telah kita dengar tentang gejala sosial. Berbagai gejala sosial telah melanda masyarakat kita dan aktiviti yang terlibat begitu pelbagai sekali, baik yang dilakukan oleh remaja, mahupun oleh orang dewasa. Namun, oleh kerana golongan remaja merupakan bakal pewaris negara ini, maka kegiatan merekalah yang paling hangat diperkatakan. Gejala seperti membuang bayi, ponteng sekolah, lari…

Masa Berkualiti Dalam Keluarga: Alasan Atau Alternatif?

“Kita perlu mengamalkan konsep masa berkualiti dengan ahli keluarga kita”. Demikianlah saranan yang sering kita dengar hampir setiap hari. Ramai yang bersetuju dengan saranan ini. Dalam kesibukan kita mengejar masa dengan urusan seharian, kita tidak lagi mampu untuk meluangkan banyak masa dengan ahli keluarga yang lain. Untuk itu, masa berkualiti adalah alternatifnya. “Apa guna meluangkan…