Salah satu belenggu yang dihadapi oleh negara-negara yang telah terlepas dari genggaman penjajahan ialah belenggu penjajahan pemikiran yang tetap masih mencengkam tengkok rakyat. Walaupun negara telah mencapai kemerdekaan sepenuhnya dalam bidang politik, tetapi seringkali terdapat rakyat yang tidak sama sekali dapat melepaskan dirinya dari penjajahan pemikiran dan mental yang masih diwarisinya dari penjajahan.
Negara kita telah mencapai kemerdekaan selama empat puluh dua tahun dan telah membangun dengan pesatnya di dalam semua bidang seperti ilmu pengetahuan, ekonomi, sosial, politik, dan lain-lain lagi, termasuk di dalam bidang agama dan umatnya yang telah melangkah maju ke depan dengan jayanya.
Tetapi dalam keghairahan sebahagian kecil rakyat negara kita yang terlalu fanatik dengan perjuangan peribadi dan kelompok sendiri, maka mereka kelihatan seperti orang yang telah dirasuk jarum penjajah dengan sikap mereka yang tidak mahu mengakui kejayaan negara selama ini, dan dengan tiba-tiba sahaja terus tidak mahu menghargai pembangunan negara yang selama ini sama-sama dibina oleh rakyat keseluruhannya.
Krisis ekonomi yang melanda negara, dan penyelesaiannya yang dilakukan pimpinan negara dengan cara tersendiri, tanpa bantuan agensi luar, agensi penjajah yang berselindung di sebalik bantuan kemanusiaan, dipandang sepi sahaja oleh golongan tersebut, malah ada di antaranya yang kelihatan bersungguh-sungguh menafikan kenyataan bahawa ekonomi negara sedang mengalami pemulihan. Mereka menjaja pandangan mereka ke sana sini bahawa ekonomi negara masih beku dan buruk, semua fakta dan kenyataan pihak berwajib tentang pemulihan ekonomi adalah palsu dan gimik semata-mata.
Pada saya mereka mungkin lebih merasa selesa dan tenteram sekiranya ekonomi negara masih mundur dan tidak pulih, supaya dengan itu mereka akan mendapat kesempatan yang lebih baik lagi untuk memburuk-burukkan imej negara dan pimpinannya.
Dengan ini ternyata bahawa kemerdekaan negara dalam arena politik, masih belum dapat menjamin kehadiran rakyat yang benar-benar merdeka akal fikiran dan persepsinya. Mereka masih mewarisi pandangan penjajah bahawa negara sekecil ini mana mungkin akan dapat berdiri sendiri dan menyelesaikan masalah tanpa bantuan orang luar, terutamanya dari bekas master sendiri. Atau dalam ungkapan lain, mereka sanggup melihat negara mundur dan rakyat umumnya merana, asalkan mereka dapat memasukkan jarum kefanatikan mereka ke dalam benak rakyat agar rakyat mempercayai taktik dan rancangan peribadi mereka yang amat cemar.
Negara yang telah mencapai kemerdekaan selama empat puluh dua tahun ini juga telah menunjukkan peningkatan yang cemerlang dalam pembangunan infrastruktur bagi kesejahteraan rakyat dan cita-cita menegakkan negara maju dalam jangka masa beberapa dekad yang akan datang. Maka dalam menuju cita-cita ini tidak syak lagi bahawa negara haruslah mengalami pembangunan moden di dalam semua aspek, termasuk aspek fizikal, kejuruteraan, perindustrian, komunikasi, sains dan teknologi. Dengan itu terbangunlah gedung-gedung untuk bangunan pentadbiran, institusi pengajian tinggi, kemudahan pengangkutan darat, laut dan udara, pembangunan berteknologi tinggi dan multi media.
Pembangunan ini membawa negara kita ke hadapan puluhan tahun lebih maju dari negara-negara membangun lain, yang tarikh kemerdekaannya jauh lebih awal dari kita. Malah pembangunan ini bukanlah bertujuan kosmetik, tetapi pembangunan ini mempunyai fungsi kemajuan ilmu pengetahuan dan peningkatan maklumat pada zaman moden ketika semua umat manusia bercita-cita untuk menguasai bidang teknologi dan komunikasi yang canggih. Jadi apakah kita merasa terlalu mundur dan lemah sekali sehingga tidak mahu kita bersaing dengan dunia lain, termasuk negara maju, untuk kita juga dapat berlumba dengan mereka dan dapat berdiri sama tegak dengan mereka?
Pembangunan ini telah meletakkan negara kita ke hadapan yang agak selesa untuk membina tamadun masyarakat kita dan menebus semula maruah umat kita yang selama ini dipandang rendah dan hina. Maka hal ini tentunya merupakan pengisian kemerdekaan yang amat bererti sekali, kerana kemerdekaan bukanlah merupakan matlamat terakhir. Kemerdekaan bukanlah hanya setakat nama dan slogan, kalau hanya slogan, maka rakyat dan pemimpin akan hanya berpeluk tubuh setelah mencapai kemerdekaan.
Kemerdekaan bererti satu titik permulaan untuk mengangkat martabat negara dan rakyat, memajukan segala-galanya ke hadapan dan membangunkan diri melalui kekuatan daya ketahanan diri dan kemampuan tenaga dan pemikiran sendiri.
Namun bagi mereka yang masih mewarisi pemikiran penjajah, atau bagi mereka yang mencari-cari peluang untuk melemahkan negara dan mencemarkan kemurnian pembangunan ini bagi tujuan meraih simpati murahan kepada diri sendiri, maka mereka akan berusaha mengabui pandangan rakyat bahawa pembangunan ini adalah pembangunan sia-sia, tidak berguna dan membazir semata-mata. Tanpa fakta ilmu falsafah di sebalik pembangunan ini, serta fungsinya yang melampaui batas-batas tentang pemikiran dangkal semasa, maka walaupun seluruh dunia mengakui kepentingan pembangunan ini, tetapi mereka akan tetap melaung-laungkan slogan mereka yang kosong bahawa pembangunan ini tidak memberi manfaat.
Dengan itu mereka seolah-olah ingin membawa negara ini kembali ke jangka masa lampau, puluhan tahun dulu, atau mungkin juga ke zaman mundur ketika negara berada di bawah penjajahan dulu. Inilah suara-suara sumbang yang penuh sinikal yang memberi komen negatif terhadap pembangunan negara dalam koridor raya multi media, Putra Jaya, Menara Kembar Petronas dan pembangunan bestari lain yang sebenarnya telah meletakkan negara jauh ke hadapan dalam cita-cita mendominasikan peranan kita dalam masyarakat umat kita di seluruh dunia.
Kemerdekaan negara juga sebenarnya telah meletakkan kedaulatan para ilmuan Islam dan agama Islam sendiri ke tahap yang maju dan cemerlang. Tidak banyak negara Islam yang dapat meletakkan para ulamak di dalam arus perdana pembangunan negara dan memberi pengiktirapan terhadap peranan mereka. Mereka bukan hanya diberi peranan untuk membangunkan masjid dan surau, atau sekolah agama dan pengajian fardu ain, tetapi peranan mereka telah dikembangkan ke dalam bidang pentadbiran, ekonomi dan kewangan, polis dan tentera, merangka dasar dalam dan luar negara, institusi pendidikan dari peringkat rendah hingga ke peringkat tinggi.
Para ulamak itu telah banyak memberikan sumbangan yang amat berharga sehingga berjaya meletakkan negara kita di satu kedudukan yang berkembang dengan pesat di dalam bidang pendidikan, perekonomian, pentadbiran, mengharumkan nama negara di dalam dan di luar dengan pendekatan dan aktiviti yang cemerlang sebagai umat yang maju dan agama yang dinamik. Negara kita telah dapat menunjukkan model yang amat baik dalam mengisi perlembagaan yang mendaulatkan Islam sebagai agama negara dan melaksanakan agama sebagai satu sistem hidup menyeluruh, melampaui batas-batas fardu ain dan ritual.
Bagaimanapun dengan menggunakan perlambangan yang tertentu dan slogan yang merupakan gendang raya yang kosong, terdapat golongan yang tidak dapat melihat, atau sengaja tidak mahu melihat, fakta dan hakikat ini. Bagi mereka kemajuan agama yang telah melangkah seribu langkah ke hadapan ini tidak memberi erti apa-apa, malah tidak diakui sama sekali sehingga mereka tanpa sebarang kenyataan ilmu, masih meracuni fikiran umat Islam umumnya dengan mengatakan bahawa negara kita adalah negara sekular. Tanpa mengetahui falsafah dan makna sekularisme mereka tetap juga memalu gendang kosong mereka ke segenap pelusuk negara, sedangkan majoriti rakyat kita, dan orang-orang luar yang arif, mengakui kemajuan yang dicapai oleh agama kita dan umatnya.
Hal ini juga menunjukkan bagaimana fikiran dan persepsi penjajahan masih berkabut di dalam otak sebahagian kita. Malah hal ini juga menunjukkan bahawa semangat patriosme pada sebahagian mereka tidaklah harus wujud sekiranya semangat itu bererti mengakui pencapaian negara dan rakyatnya. Keadaan ini membuatkan kita tertanya-tanya apakah pembangunan dan kemajuan agama dan umatnya di negara kita ini ingin kita heretkannya kembali ke belakang, ke zaman penjajahan dulu?
Persoalan yang lebih besar yang boleh kita tanyakan kepada golongan ini: Apakah setelah sekian lama negara merdeka pemikiran mereka masih belum merdeka?Salah satu belenggu yang dihadapi oleh negara-negara yang telah terlepas dari genggaman penjajahan ialah belenggu penjajahan pemikiran yang tetap masih mencengkam tengkok rakyat. Walaupun negara telah mencapai kemerdekaan sepenuhnya dalam bidang politik, tetapi seringkali terdapat rakyat yang tidak sama sekali dapat melepaskan dirinya dari penjajahan pemikiran dan mental yang masih diwarisinya dari penjajahan.

Persoalan yang lebih besar yang boleh kita tanyakan kepada golongan ini: Apakah setelah sekian lama negara merdeka pemikiran mereka masih belum merdeka?