Beri Duit Raya Biar Ikhlas

Ramadhan menjelma lagi. Dan walaupun umat Islam baru beberapa hari melaksanakan ibadah puasa,  namun apa yang ingin diperkatakan pada kesempatan ini adalah tentang amalan memberi duit raya kepada kanak-kanak. Memang pada Hari Raya kanak-kanak adalah orang yang paling gembira. Selalunya mereka akan pergi ziarah raya dari rumah ke rumah bersama rakan-rakan. Tujuannya bukan untuk menziarah sangat,…

Teknik Pemasaran Mengelirukan

Dalam pasaran bebas berlandaskan konsep pembeli berwaspada atau ‘caveat emptor’, tugas membezakan baik dan buruk adalah tanggungjawab pengguna. Tidak semua barangan yang ditawarkan baik dan ada sesetengahnya pula langsung tidak menepati keperluan. Namun, perkembangan terkini teknik pemasaran telah memberi kebebasan yang luas kepada pengusaha dalam mempromosikan barangan atau perkhidmatan mereka. Sudah sampai masanya umat Islam…

Fadhilat Ramadhan Dalam Menghalang Penularan H1N1

Sememangnya seluruh umat Islam amat memaklumi bahawa bulan Ramadhan merupakan bulan yang penuh dengan rahmat dan keampunan. Bulan ini juga merupakan satu tempoh yang menyediakan pelbagai peluang yang amat baik, bukan sahaja untuk menyucikan diri dari segala dosa, tetapi juga memperbanyakkan amal kebajikan. Di samping dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama manusia, bulan ini juga…

Kejayaan Masuk Universiti Bukan Penentu Akhlak

Kita lihat pada hari ini ramai yang mendapat peluang melanjutkan pelajaran ke menara gading. Tahun ini sahaja seramai 40,184 lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia(STPM) dan matrikulasi ditawarkan mengikuti pengajian peringkat ijazah pertama di 20 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi sesi akdemik 2008/2009. Itu tidak termasuk institusi pengajian tinggi swasta. Ibu bapa juga pasti berbangga…

Peranan Bank Merangsang Ekonomi Negara

Seluruh dunia sedang mencari jalan bagaimana mengatasi masalah ekonomi yang sedang dihadapi. Berbagai langkah diambil bermula dari pakej rangsangan dan cetusan fikrah menerajui hala baru. Sejauh manakah dunia akan berhadapan dengan kemungkinan krisis ekonomi lagi di masa akan datang? Persoalan ini perlu dilihat dari sejauh mana penambahbaikan dibuat terhadap punca-punca kemerosotan aturan kewangan yang pernah…

Hutang: Membantu atau Membelenggu

Ramai orang berlumba-lumba mengejar kekayaan tidak kira apa latar belakang dan kerjaya. Dalam kesibukan mengejar kekayaan, kerap kali perimbangan di antara pendapatan dan perbelanjaan menjadi semakin pincang. Hutang atau amalan kredit yang suatu masa dahulu satu penghinaan kini telah dianggap sebagai satu kebiasaan. Malah, ada yang menganggap hutang sebagai satu kemestian. Perubahan sudut pandangan ini…

Perbetulkan Salah Faham Amalan “Saya Yang Menurut Perintah”

“Saya yang menurut perintah” merupakan satu amalan yang begitu sebati dipegangkan dalam sektor awam. Frasa ini difahami dan diamalkan secara menyeluruh, baik di peringkat jawatan rendah mahupun yang tinggi. Pastilah ada sebabnya kenapa frasa ini begitu sinonim dengan panjawat awam. Bagi penulis sendiri, frasa ini mempunyai tujuan yang baik iaitu untuk melancarkan kerja dan memastikan…

Ciri-ciri Yang Perlu Dihayati Oleh Kepimpinan Negara Umat Islam

Sejarah telah membuktikan bahawa kemajuan yang mampu dicapai oleh negara umat Islam banyak bergantung kepada kewibawaan dan kemampuan kepimpinan mengendali dan mentadbir sesebuah negara. Kegemilangan kecapaian umat Islam kemuncaknya dicapai di zaman pemerintahan Nabi Muhammad S.A.W. Bahkan pada zaman tersebut umat manusia berada dikemuncak kejayaan. Nilai-nilai kemanusiaan yang utuh dihayati dengan sempurna, seperti nilai kebenaran,…

Nilai Keadilan Dalam Pengurusan Organisasi

Islam amat menuntut umatnya berlaku adil dalam segala hal. Takrifan keadilan dalam Islam merangkumi maksud keseimbangan, kesaksamaan dan pemberian hak kepada mereka yang berhak meletakkan sesuatu pada tempatnya yang betul. Secara keseluruhan, keadilan ini bermakna tidak berlaku sebarang bentuk penindasan, tidak ada yang berkepentingan, tidak menzalimi dan tidak memilih kasih dalam memberi layanan dan hak…

Tanggungjawab Besar Ilmuwan Menyampaikan Nasihat

Nasihat dan peringatan begitu diperlukan oleh manusia kerana dengannyalah mereka akan didorong untuk sentiasa berada dalam kebaikan dan kebenaran. Dalam beberapa ayat-Nya, Allah s.w.t. menegaskan kepentingan peringatan kerana ia mendatangkan manfaat, khususnya kepada golongan yang beriman. Kepentingan nasihat juga ditegaskan oleh Nabi s.a.w. dalam Hadith Baginda sehingga dikatakan bahawa agama Islam itu sendiri merupakan nasihat.…