Industri Penyiaran dan Kepentingan Pendidikan Celik Media

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) membuka jemputan kepada masyarakat Malaysia untuk turut serta dalam Seminar Kebangsaan “Pemerkasaan Televisyen dan Peralatan Komunikasi sebagai Saluran Berkesan dalam Mendidik Masyarakat.” Seminar ini dijadualkan berlangsung pada 20-21 Mac 2007, bertempat di Dewan Besar IKIM, Kuala Lumpur. Masyarakat yang maju harus memiliki sifat kritis dalam memberi penilaian dan menghargai institusi-institusi…

Meneruskan Kegemilangan Saintis Islam

Amat mendalam maksudnya ungkapan al-Biruni, (m.d. 440H./1048M.) “Sesungguhnya yang kulakukan ini ialah apa yang wajib bagi setiap insan untuk dilaksanakan dalam kerjayanya, iaitu menerima pencapaian masyarakat terdahulu dengan penuh kesyukuran dan memperbaiki kesilapan yang ditemui tanpa rasa silu serta mengabadikan apa yang kelihatan berharga sebagai kenang-kenangan bagi orang yang datang selepasnya dan mereka yang terkemudian.”…

Peluang Integrasi Melalui Latihan Industri

Sulaman integrasi antara kaum di Malaysia kini semakin bercelaru dan melompangkan jurang yang membimbangkan terutama apabila isu-isu sensitif seperti keagamaan, hak samarata dan wadah politik dipergunakan oleh pihak yang berkepentingan. Sekali direnung ke hadapan, agak mustahil keharmonian dalam masyarakat berbilang bangsa dapat dicapai sekiranya tindakan wajar tidak diambil. Akhirnya, sejarah Malaysia akan mengulangi lagi detik cemas peristiwa 13 May…

Wang Dan Peranannya

Peristiwa krisis kewangan pada 1997 masih menghantui masyarakat kita. Baru-baru ini krisis kewangan di Thailand mengemparkan masyarakat sehingga pemimpin negara terpaksa mengeluar kenyataan tentang kestabilan ekonomi negara. Justeru itu kestabilan sektor kewangan sentiasa di awasi oleh negara.  Di dalam sistem ekonomi semasa, wang mendapat tempat yang teristimewa dalam masyarakat. Mengikut Abu Saud, “By the definition…

Gaji Berpadanan Dapat Membenteras Rasuah

Tuntutan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) supaya pihak kerajaan menaikkan gaji asas kakitangan awam antara 10 hingga 40 peratus mendapat maklum balas yang pelbagai dari banyak pihak. Ada yang bersetuju dan ada yang sebaliknya. Manakala pihak yang membuat tuntutan juga ada alasan mereka yang tersendiri.  Bagaimanapun isu ini bukan sesuatu yang baru. Malah…

Matlamat Utama Perbankan Islam

Kajian terhadap proses kewangan dalam beberapa aspek seperti institusi-institusi, teori dan polisi akan memberi penjelasan bagaimana sektor kewangan akan memberi kesan-kesan yang mendalam kepada peruntukan sumber-sumber dan prestasi agregat sesebuah ekonomi tersebut. Prestasi agregat termasuklah penentuan jumlah paras pengeluaran, pendapatan, guna tenaga dan harga dalam sesebuah ekonomi.  Institusi kewangan dalam sesebuah ekonomi adalah nadi penggerak…

Rasuah Penghalang Kemajuan Negara

Rasuah adalah penghalang kepada pembangunan negara dan ia sering dikaitkan dengan amalan tadbir urus yang tidak cekap. Masalah ini bukan sahaja wujud di dalam sektor awam malah di dalam sektor swasta juga. Rasuah yang berleluasa merupakan cerminan terhadap mutu pentadbiran negara. Kebanyakan kajian tentang kesan rasuah menunjukkan bahawa ia boleh menyebabkan kadar pertumbuhan ekonomi yang…

Masyarakat Ulul Albab : Modal Insan Terbaik

Langkah yang diambil oleh negara dengan mensasarkan pencapaian pembangunan menurut acuan dan bentuk tersendiri turut mencetuskan kecenderungan bagi melahirkan modal insan terbaik, juga menurut ciri-ciri yang khusus dan bersesuaian dengan keperluan negara. Sememangnya modal insanlah yang menjadi tumpuan penting dalam perancangan pembangunan dan kemajuan kerana ia merupakan tenaga penggeraknya. Di tangan mereka inilah setiap langkah…

Keamanan Dalam Keutuhan Politik dan Perpaduan Ummah

Keamanan dalam skop politik ialah kesempurnaan kestabilan politik di dalam sesebuah masyarakat. Kestabilan politik merupakan perkara asas dalam mewujudkan masyarakat yang aman di dalam sesebuah negara disamping menyelamatkannya daripada unsur yang menggugat kesejahteraannya.  Kesetabilan politik bermaksud kesempurnaan kehidupan awam yang merujuk kepada prinsip-prinsip perlembagaan yang dapat menjamin kebebasan rakyat manikmati hak-hak asasi mereka yang diseliakan…