Muzakarah Pakar Indeks Leterasi Kewangan Islam Masyarakat Muslim di Malaysia

IKIM menganjurkan Muzakarah Pakar Indeks Leterasi Kewangan Islam Masyarakat Muslim di Malaysia pada 21 Mac 2019 bertempat di Dewan Besar, IKIM. Program ini merupakan hasil kerjasama IKIM bersama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Antara objektif yang ingin dicapai adalah tentang konsep literasi kewangan Islam dan komponen-komponennya; mengenalpasti dan merumuskan instrumen pengukuran bagi projek kaji selidik indeks…

Bengkel Pengurusan Kewangan Islam : Bersara, Berjaya & Berharta

IKIM  telahpun   menganjurkan Bengkel “Pengurusan Kewangan Islam : Bersara, Berjaya & Berharta” pada 14 Mac 2019 bertempat di Dewan Besar, IKIM. Mengambil kira faktor kenaikan kos sara hidup, peningkatan kos rawatan perubatan dan simpanan untuk persaraan yang terhad (70% pencarum KWSP menghabiskan simpanan kurang daripada 10 tahun), justeru bengkel ini dijalankan untuk memberi kesedaran terhadap…

Persidangan Meja Bulat Sains Untuk Masyarakat

Peranan sains dalam menggerakkan pembangunan ekonomi dan masyarakat sememangnya tidak dapat dinafikan. Atas sebab itu, penyelidikan dalam bidang sains hendaklah dipastikan membawa manfaat kepada masyarakat dan bukannya membawa mudarat. Atas premis ini, Persidangan Meja Bulat dengan tema “Sains untuk Masyarakat” dianjurkan oleh IKIM pada 28 Februari 2019 bertempat di Dewan Besar IKIM. Sebanyak tujuh kertas…

Persidangan Meja Bulat “Neuroetika dan Biologi Kesedaran”

Pada 25 Februari 2019, IKIM telah menganjurkan Persidangan Meja Bulat “Neuroetika dan Biologi Kesedaran” yang telah dihadiri oleh ahli akademik, penyelidik, doktor perubatan, ahli psikologi dan ahli etika. Program ini dianjurkan bertujuan untuk mengumpul maklumat perkembangan terkini dalam bidang neuro sains dan membincangkan isu-isu neuro etika dari sudut pandang agama. Bagi merealisasikan objektif ini, sebanyak…

Persidangan Meja Bulat “Etika Kecerdasan Buatan”

Sebagai satu usaha menangani perkembangan pesat teknologi kecerdasan buatan, IKIM telah menganjurkan Persidangan Meja Bulat “Etika Kecerdasan Buatan” pada 20 Februari 2019 bertempat di Dewan Besar IKIM. Objektif program ini adalah untuk memahami perkembangan mutakhir bidang kecerdasan buatan serta kesannya kepada masyarakat, di samping mengenal pasti isu-isu etika berkaitan teknologi ini. Sebanyak tujuh kertas kerja…

Majlis Pelancaran & Sidang Media Penjenamaan Semula Radio IKIM Sempena Ulang Tahun IKIM ke-27

Majlis Pelancaran & Sidang Media Penjenamaan Radio IKIM  Sempena Ulang Tahun IKIM ke-27 dengan tema baru “Inspirasi Inforia Islami” yang telah disempurnakan oleh Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, Pengerusi IKIM dan turut sama Datuk Prof. Dr. Azizan Baharuddin, Ketua Pengarah IKIM, Dr. Mohd Zaidi Ismail, Timbalan Ketua Pengarah IKIM dan Tuan Haji Mahathir Shaharuddin, Pemangku…

Persidangan Meja Bulat “Penyepaduan Agama Dengan Sains Dalam Kurikulum Pendidikan”

Pada 11 Februari 2019, satu persidangan meja bulat dengan tajuk “Penyepaduan Agama dengan Sains dalam Kurikulum Pendidikan” telah dianjurkan oleh IKIM dengan objektif untuk mengenalpasti modul-modul yang telah dibangunkan dalam usaha penyepaduan agama dengan sains dalam kurikulum, di samping membincangkan kaedah penerapan nilai kedalam sains menerusi pendidikan bertempat di Dewan Besar IKIM. Dalam sesi pertama…