Majlis Ramah Mesra sempena Sambutan Minggu Keharmonian Antara Penganut Agama Sedunia

Majlis Ramah Mesra Menteri di Jabatan Perdana Menteri Bersama Pemimpin Agama sempena Sambutan Minggu Keharmonian Antara Penganut Agama Sedunia telah diadakan pada 27 Februari 2018. Majlis telah dirasmikan oleh YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan ucaptama telah disampaikan oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Baharom…

Mesyuarat Semakan Pengurusan

Satu mesyuarat yang melibatkan seluruh Pengurusan IKIM yang terdiri daripada Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah, Pengarah Bahagian, Pengarah Pusat Akademik dan Ketua-ketua Unit telah diadakan pada 22 – 24 Februari di Hotel Tenera, Bangi. Mesyuarat ini diadakan sekali setahun bagi membincangkan pencapaian sasaran kerja tahunan 2017, pelan strategik IKIM bagi tempoh 2015 – 2020 dan…

Seminar Maqasid Al-Syariah & Perubahan Iklim

Pada 20 – 21 Februari IKIM telah menganjurkan Seminar Maqasid Al-Syari’ah & Perubahan Iklim dan telah dirasmikan oleh YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Dato’ Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Seminar ini merupakan satu platform bagi perkongsian dan pendedahan kepada masyarakat berkenaan perubahan iklim yang melanda dunia hari ini serta menyaksikan kerugian yang…

Lawatan Penyelidikan

Lawatan Penyelidikan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia menemubual En. Khairul Azhar b. Idris, Felow, Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan berkaitan kajian psikoterapi berkomputer untuk pesakit yang mempunyai masalah kemurungan pada 14.2.2018 bertempat di Bilik Mesyuarat, Blok A.  

IKIM di Media

Wawancara Dr. Shaikh Mohd Saifuddeen b. Shaikh Mohd Salleh, Pengarah Pusat Kajian Sains dan Alam Sekitar dan Wan Roslili bt. Abd. Majid, Felow Pusat Kajian Syariah, Undang-undang dan Politik dalam slot Selamat Pagi Malaysia (SPM) di Wisma TV, Angkasapuri pada 12 Februari 2018

Lawatan Kerja

Lawatan kerja 35 orang Imam-imam dari Jajahan Bachok, Kelantan yang merupakan anjuran Masjid Mahmoodi, Bachok, Kelantan. Pelawat terdiri daripada 4 orang pegawai Majlis Agama Islam Kelantan dan selebihnya adalah wakil daripada 25 buah Masjid/Surau di bawah Jajahan Bachok, Kelantan.

Forum Harmoni “Meraikan Kepelbagaian dan Keharmonian Antara Penganut Agama”

IKIM dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (YaPEIM) dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) telah mengadakan Forum Harmoni dengan tema “Meraikan Kepelbagiaan dan Keharmonian Antara Agama” pada 6 Februari di Dewan Besar IKIM. Forum ini dianjurkan dengan tujuan untuk membincangkan peranan penganut agama dalam mempromosi perpaduan dan keharmonian hidup bersama. Dengan usaha sebegini,…