• Tender/Sebutharga
  • Melayu
  • English
ikimikim
Hubungi Kami
T: 03-62046200 | F: 03-62014189
Waktu Operasi
Isnin - Jumaat 08:00 - 17:00
Emel
[email protected]
  • UTAMA
  • INFO KORPORAT
    • INFO KORPORAT
    • Perutusan Pengerusi
      • Perutusan Pengerusi
      • Pejabat Pengerusi
    • Maklumat Asas
      • Maklumat Asas
      • Pengenalan & Penubuhan
      • Dasar & Matlamat Kualiti
      • Fungsi, Visi, Misi & Nilai-nilai Bersama
      • Piagam Pelanggan
      • Logo
      • Carta Organisasi
      • Carta Fungsi
      • CV Pegawai Akademik
    • Lembaga Pengarah
    • Pengurusan Tertinggi
      • Pengurusan Tertinggi
      • Pejabat Ketua Pengarah
    • Pengurusan Kanan
    • Pejabat Ketua Pengarah
      • Pejabat Ketua Pengarah
      • Unit Editorial
      • Unit Perhubungan Korporat
      • Unit Perpustakaan PTAS
      • Penerbit IKIM
      • Unit Program & Latihan
      • Unit Pengurusan Penyelidikan (RMU)
    • Pusat Akademik
      • Pusat Akademik
      • Pusat Kajian Ekonomi & Kemasyarakatan (EMAS)
      • Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang & Politik (SYARAK)
      • Pusat Kajian Sains & Alam Sekitar (KIAS)
    • Bahagian Pengurusan Kewangan & Pelaburan
    • Bahagian Khidmat Pengurusan
      • Bahagian Khidmat Pengurusan
      • Pejabat Pengarah (BKP)
      • Unit Pentadbiran & Perolehan (UPEN)
      • Unit Inovasi & Kualiti (UNIK)
      • Unit Teknikal & Prasarana (UTEP)
      • Unit Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (UTEK)
      • Unit Modal Insan (UMIN)
    • Radio IKIM
      • Radio IKIM
      • Unit Kejuruteraan Penyiaran
      • Unit Teknologi Digital (UTEL)
    • tvIKIM
    • Bahagian Ekonomi & Pemasaran
      • Bahagian Ekonomi & Pemasaran
      • Unit Pembangunan Ekonomi & Kawalan Kredit
      • Unit Pemasaran & Promosi
    • Kerjaya
  • PERKHIDMATAN & PRODUK
    • PERKHIDMATAN & PRODUK
    • Program
    • Penerbitan & Produksi
      • Penerbitan & Produksi
      • Katalog Buku IKIM
      • Buku Terbitan IKIM
      • Produk Audio & Video
      • Koleksi Khas Etika
    • Perundingan
      • Perundingan
      • Khidmat Kepakaran Pegawai Akademik
    • Pengiklanan @ Radio IKIM
    • Pengiklanan @ TVIKIM
    • Pengiklanan @ Platform Digital
  • MEDIA
    • MEDIA
    • Senarai Penulis
    • Senarai Artikel
      • Senarai Artikel
      • Artikel
      • Berita Harian – Dr. Shamrahayu
      • Sinar Harian
      • The Star
      • Utusan Malaysia
      • New Straits Times
    • Buletin
      • Buletin
      • Berita Semasa
      • Buletin IKIM
    • Teks Ucapan
    • Kenyataan Media
    • Muat Turun
    • Video
      • Video
      • Video Korporat
      • Video tvIKIM
  • HUBUNGI
    • HUBUNGI
      • Hubungi

        Alamat :

        Institut Kefahaman Islam Malaysia
        No. 2, Langgak Tunku Off Jalan Tuanku Abdul Halim,
        50480 Kuala Lumpur, Malaysia

        No Tel :

        +603-62046200

        Emel :

        [email protected]

    Laman Web Rasmi: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Laman Web Rasmi: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
    • UTAMA
    • INFO KORPORAT
      • INFO KORPORAT
      • Perutusan Pengerusi
        • Perutusan Pengerusi
        • Pejabat Pengerusi
      • Maklumat Asas
        • Maklumat Asas
        • Pengenalan & Penubuhan
        • Dasar & Matlamat Kualiti
        • Fungsi, Visi, Misi & Nilai-nilai Bersama
        • Piagam Pelanggan
        • Logo
        • Carta Organisasi
        • Carta Fungsi
        • CV Pegawai Akademik
      • Lembaga Pengarah
      • Pengurusan Tertinggi
        • Pengurusan Tertinggi
        • Pejabat Ketua Pengarah
      • Pengurusan Kanan
      • Pejabat Ketua Pengarah
        • Pejabat Ketua Pengarah
        • Unit Editorial
        • Unit Perhubungan Korporat
        • Unit Perpustakaan PTAS
        • Penerbit IKIM
        • Unit Program & Latihan
        • Unit Pengurusan Penyelidikan (RMU)
      • Pusat Akademik
        • Pusat Akademik
        • Pusat Kajian Ekonomi & Kemasyarakatan (EMAS)
        • Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang & Politik (SYARAK)
        • Pusat Kajian Sains & Alam Sekitar (KIAS)
      • Bahagian Pengurusan Kewangan & Pelaburan
      • Bahagian Khidmat Pengurusan
        • Bahagian Khidmat Pengurusan
        • Pejabat Pengarah (BKP)
        • Unit Pentadbiran & Perolehan (UPEN)
        • Unit Inovasi & Kualiti (UNIK)
        • Unit Teknikal & Prasarana (UTEP)
        • Unit Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (UTEK)
        • Unit Modal Insan (UMIN)
      • Radio IKIM
        • Radio IKIM
        • Unit Kejuruteraan Penyiaran
        • Unit Teknologi Digital (UTEL)
      • tvIKIM
      • Bahagian Ekonomi & Pemasaran
        • Bahagian Ekonomi & Pemasaran
        • Unit Pembangunan Ekonomi & Kawalan Kredit
        • Unit Pemasaran & Promosi
      • Kerjaya
    • PERKHIDMATAN & PRODUK
      • PERKHIDMATAN & PRODUK
      • Program
      • Penerbitan & Produksi
        • Penerbitan & Produksi
        • Katalog Buku IKIM
        • Buku Terbitan IKIM
        • Produk Audio & Video
        • Koleksi Khas Etika
      • Perundingan
        • Perundingan
        • Khidmat Kepakaran Pegawai Akademik
      • Pengiklanan @ Radio IKIM
      • Pengiklanan @ TVIKIM
      • Pengiklanan @ Platform Digital
    • MEDIA
      • MEDIA
      • Senarai Penulis
      • Senarai Artikel
        • Senarai Artikel
        • Artikel
        • Berita Harian – Dr. Shamrahayu
        • Sinar Harian
        • The Star
        • Utusan Malaysia
        • New Straits Times
      • Buletin
        • Buletin
        • Berita Semasa
        • Buletin IKIM
      • Teks Ucapan
      • Kenyataan Media
      • Muat Turun
      • Video
        • Video
        • Video Korporat
        • Video tvIKIM
    • HUBUNGI
      • HUBUNGI
        • Hubungi

          Alamat :

          Institut Kefahaman Islam Malaysia
          No. 2, Langgak Tunku Off Jalan Tuanku Abdul Halim,
          50480 Kuala Lumpur, Malaysia

          No Tel :

          +603-62046200

          Emel :

          [email protected]

      Utusan Malaysia

      Pendekatan Ketamadunan untuk Menatijahkan Kesejahteraan

      • Dr. Muhammad Syafiq bin Borhanuddin
      • 12/08/2022

      Baru-baru ini, salah seorang Raja Muda yang terpelajar di Malaysia menyuarakan suatu perkara yang penting tetapi mungkin jarang disebut: Bagaimanakah hendak menyelesaikan tekanan (stress) dan kegelisahan (anxiety) yang semakin meningkat dalam masyarakat hari ini?

      Menurut tinjauan wacana dan kepustakaan yang ringkas, kita mendapati jawapan kepada persoalan ini sering kali disempitkan kepada jawapan atau penyelesaian dari sudut pandang perubatan atau psikologi moden.

      Ada juga penyelesaian bersifat lebih menyeluruh yang menghubungkaitkan kesihatan perseorangan dengan keadaan alam sekitar hari ini – yang digelar Planetary Health.

      Namun, jarang sekali kedengaran bahawa akar permasalahan ini terletak pada pandangan alam, sistem pemikiran, dan ideologi yang mendasari kebanyakan kehidupan moden hari ini.

      Terkait juga dengan pandangan alam, sistem pemikiran, dan ideologi yang mencipta keadaan ini ialah sistem pentadbiran, sistem ekonomi, dan corak pembangunan masa kini yang rata-rata tidak mesra dengan fitrah insan.

      Perkara ini juga diperakui oleh segelintir cerdik pandai di Barat. Dalam buku Lost Connections: Uncovering the Real Causes of Depression oleh Johann Hari, beliau mendapati para saintis telah mula mengenal pasti sebab-sebab utama yang menyumbang kepada kemurungan, antaranya: terputus daripada pekerjaan yang bermakna, terputus daripada orang lain, terputus daripada nilai-nilai yang bermakna, terputus daripada alam sekitar, dan terputus daripada harapan atau masa depan yang cerah.

      Terdapat juga segelintir cerdik pandai di Barat yang melihat kemerosotan kesihatan mental dan kerosakan alam sekitar sebagai suatu masalah yang berhubung kait (interconnected)—yang disebut sebagai masalah sistemik (systemic problem).

      Masalah sistemik di sini bermaksud sesuatu isu atau masalah itu adalah natijah daripada suatu masalah yang berpunca daripada sifat atau hakikat keseluruhan sesuatu sistem (sama ada sistem pemikiran, sistem pendidikan, sistem ekonomi, atau sistem pentadbiran), dan bukan berpunca daripada sebab-sebab khusus, atau faktor-faktor yang berasingan.

      Menurut sejumlah cerdik pandai di Barat juga, akar kepada cabaran yang bersifat sistemik ini berpunca dari Pandangan Alam moden sekular Barat itu sendiri yang telah menafikan hakikat rohaniah dan kekudusan alam semesta.

      Oleh itu, adakah jawapan serta penyelesaiannya terletak kepada mengasingkan diri daripada kehidupan bandar dan kehidupan moden keseluruhannya? Tindakan sedemikian tidak semestinya berkesan dalam kehidupan rohani seorang Muslim dan dalam pembinaan ketamadunan.

      Dalam sejarah dunia, persoalan kesejahteraan atau kebahagiaan telah sekian lama diteliti dan dibahaskan oleh pemikir agung pelbagai tamadun sekurang-kurangnya dua ribu tahun dahulu.

      Jika kita menelusuri karya-karya pemikir besar dalam sejarah tentang apa yang membentuk kesejahteraan tulen dan apa yang tersirat, ia semestinya memerlukan suatu transformasi perspektif dan kesedaran manusia hari ini.

      Ini kerana apa yang dimaksudkan dengan ‘kesejahteraan’ adalah bergantung kepada bagaimana sesebuah tamadun mentakrifkan hakikat dan kebenaran (atau pandangan alam), dan kewujudan secara keseluruhan.

      Seperti yang dijelaskan oleh Tan Sri Profesor Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas dalam tulisannya, setiap tamadun memaparkan faham hakikat dan kebenarannya sendiri yang dipelihara melalui konsep-konsep utama dalam bahasa tamadun tersebut. Ini adalah perkara yang sangat halus dan penting yang sering diabaikan oleh ramai orang.

      Walau bagaimanapun, para sarjana dan pemikir terhebat dalam sejarah bersepakat bahawa mencapai kebahagiaan memerlukan kehidupan yang mulia, dan membayangkan keseimbangan tertentu terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat, dan alam sekitar.

      Kebahagiaan tidak pernah menjadi konsep yang sukar difahami oleh para bijak pandai tamadun dunia dalam sejarah. Tetapi ia menjadi konsep yang semakin kabur dalam kalangan ramai cerdik pandai kerana kebanyakan cara berfikir yang telah disempitkan (reductionist)—akibat pengaruh pandangan alam sekular moden.

      Di kalangan umat Islam yang berilmu sepanjang zaman, pemahaman tentang kebahagiaan atau kesejahteraan seperti yang difahami oleh para ulama besar dalam sejarah dan pandangan alam Islam diungkapkan dalam istilah sa’adah, yang berasal daripada jaringan makna al-Qur’an.

      Perbincangan tentang mencapai kesejahteraan dalam erti kata sa’adah dapat dilihat dalam karya-karya Al-Farabi, Ibn Miskawayh, Al-Ghazali, Shah Wali Allah, dan ramai lagi. Dan kesemuanya memahami faham kesejahteraan sebagai ketenteraman kalbu yang dikekalkan oleh kehidupan yang terpuji.

      Dalam tamadun Islam sepanjang zaman, sama ada di Empayar Uthmaniyyah, Safavid, Mughal-Timurid, Andalusia, peninggalan reka bentuk bandar dan corak pembangunannya mendedahkan kefahaman mengenai ketamadunan yang peka dengan soal kesejahteraan: ia bukan sahaja indah dari segi keseniannya tetapi ia secocok dengan hasrat untuk mencapai kesejahteraan dalam erti kata sa’adah.

      Oleh itu, dengan konsep kesejahteraan yang berbeza yang difahami oleh ketamadunan Islam dan Asia berbanding hadarah Barat moden sekular, penulis berpendapat Malaysia boleh menatijahkan hasil yang lebih menguntungkan dalam menzahirkan keadaan yang sesuai untuk kesejahteraan, walaupun tanpa tahap kekayaan kebendaan yang tinggi.

      Di peringkat individu, seseorang itu hendaklah sentiasa mencari jalan untuk meningkatkan ilmu dasar agama demi kesempurnaan rohani dan akhlak diri selaras dengan tahap tanggungjawab dalam kehidupan dan berusaha untuk menjalani kehidupan yang terpuji dan mulia.

      Di peringkat masyarakat, kita mesti berusaha untuk memberi pengiktirafan yang sewajarnya kepada perkara yang luhur dalam kehidupan, dan kepada orang yang berilmu dan bijaksana, bukannya kepada selebriti, kecenderungan hawa nafsu orang ramai, dan mereka yang menyumbang kepada fasad dalam pelbagai bentuk.

      Di peringkat tertinggi kerajaan, kita perlu memastikan kesarjanaan ilmu yang bermanfaat demi kesempurnaan kerohanian dan ketamadunan terus diberi ruang, sokongan, dan penekanan yang sewajarnya; dan pada asasnya, kita perlu memastikan matlamat sebenar pengajian tinggi tidak tergugat iaitu melahirkan insan yang beradab dan bertamadun.

      Secara keseluruhannya, kita perlu memastikan kesejahteraan dijadikan agenda bukan sahaja dalam erti kata kesihatan mental, bukan sahaja dalam erti kata mengukur tahap kepuasan penduduk, tetapi yang lebih penting dari sudut menzahirkan masyarakat yang beradab dan bertamadun.

      Seperti yang dipesan oleh Tuan Guru Haji Ahmad Hashimi (1904-1993) dalam kitabnya, Panduan Bangsa, “Saudara-saudara! Hendaklah diingati jalan kepada kebahagiaan ada di hadapan saudara-saudara. Dapatkanlah akan dia, pada pengetahuan, pekerjaan yang baik dan budi pekerti yang tinggi, dan hendaklah saudara berpertengahan pada segala perkara, dengannya kelak saudara akan berbahagia.”

      Saya percaya bahawa pendekatan terbaik untuk Malaysia dalam hal ini, mujurlah, bukan melalui firma perunding antarabangsa mahupun melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Sebaliknya dengan merujuk dengan orang-orang yang benar-benar berkelayakkan, yakni yang dikurniakan kebijaksanaan atau hikmah mengenai persoalan-persoalan luhur ini.

      Share

      Carian Artikel

      • RADIO IKIM
      • IKIMTV
      • IKIMniaga
      • E-TAFHIM – JURNAL IKIM
      • PERPUSTAKAAN IKIM
      • KERJAYA
      • WEBMAIL
      • MYIKIM
      • IRMIS
      • SOALAN LAZIM
      • TENDER & SEBUT HARGA

      HADIS PILIHAN

      Daripada Aishah RA katanya sabda Rasulullah SAW, “Sesungguhnya Allah bersifat lemah-lembut dan berlemah-lembut dalam semua perkara.”

      (Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

      WARGA @ IKIM

      • IKIM Webmail
      • Portal MyIKIM
      • IRMIS
      • HRMIS
      • Sistem Pelaporan Akademik
      • Majlis Bersama Institut

      PAUTAN RASMI

      • MyGov
      • MSC Malaysia
      • MAMPU
      • JPA
      • JPM
      • CyberSAFE

      ISO

      QR KOD

      PENAFIAN

      Institut Kefahaman Islam Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman web ini.

      INFORMASI

      • Dasar Privasi
      • Soalan Lazim

      logo ikim edit shadow smallHakcipta © 2023 Institut Kefahaman Islam Malaysia. Semua Hakcipta Terpelihara.

      • Utama Utama
      • Like via Facebook Like via Facebook
      • Follow via Twitter Follow via Twitter