Sejauhmana Corak Berbelanja Kita Selaras Dengan Anjuran Agama Islam?

Kita perlu berbelanja untuk memenuhi keperluan harian. Ini adalah satu hakikat yang perlu kita akui bersama kerana manusia secara bersendirian memang tidak mampu untuk menyediakan semua perkara yang diperlukannya. Memang kita perlu berbelanja. Akan tetapi sejauh manakah corak kita berbelanja ke atas barang-barang dan perkhidmatan selaras dengan ajaran agama Islam? Dalam suasana musim perayaan sepertimana…

Wakaf Tunai : Pendekatan Terbaik Untuk Mewakafkan Harta Masa Kini

Dr. Murat Cizakca di dalam tulisannya yang bertajuk A History of Philantrophic Foundations: The Islamic World From The Seventh Century to The Present menyatakan bahawa semasa zaman pemerintahan Ottmaniah di Turki dahulu, amalan wakaf tunai telah berjaya meringankan perbelanjaan kerajaan dalam menyediakan kemudahan perkhidmatan pendidikan, kesihatan, perbandaran dan sebagainya kepada masyarakat. Pada masa tersebut, sumbangan…

Skim Perbankan Islam : Sejauh Mana Ia Menepati Kehendak Syariah?

Pengalaman berurusan dengan Cawangan Perbankan Islam sebuah institusi perbankan terbesar negara bagi menyelesaikan urusan pembelian rumah baru-baru ini telah sedikit sebanyak mengundang persoalan di benak penulis akan sejauh manakah Skim Perbankan Islam (SPI) di Malaysia menepati apa yang dikatakan sebagai perbankan berlandaskan Syariah yang bebas daripada unsur-unsur riba dan unsur-unsur lain yang dilarang oleh agama…

Membudayakan Inovasi

Inovasi merupakan salah satu pra syarat utama bagi sesebuah syarikat dapat bertahan di dalam sesuatu perusahaan. Persaingan di peringkat antarabangsa yang dimangkin oleh proses pensejagatan ekonomi telah menyebabkan peningkatan kemunculan sesuatu inovasi berlaku pada kadar yang pantas sekali. Justeru, jangka hayat sesuatu produk dan perkhidmatan menurun dan pengguna telah menjadi terbiasa dengan penambahbaikan produk atau…

Memastikan Kejayaan Bertahan Lama

Pernahkah kita terfikir dengan hanya memiliki 1000 unit saham sesebuah syarikat untuk satu tempoh masa yang tertentu, kita berkemungkinan menjadi jutawan? Rasanya ramai di antara kita yang mengatakan ini adalah sesuatu yang mustahil. Tambahan pula banyak syarikat di negara kita gagal untuk bertahan lama di dalam industri kerana pelbagai masalah dalaman dan luaran yang mereka…

Iklan Perlu Mempunyai Maklumat Yang Betul

Dalam dunia perniagaan, iklan merupakan salah satu unsur penting yang digunakan dalam usaha pemasaran barangan dan perkhidmatan. Secara amnya, ia berperanan untuk menarik perhatian masyarakat awam terhadap keluaran sesuatu syarikat. Bagi tujuan ini, pelbagai pendekatan digunakan oleh pihak pengeluar dan badan pengiklan untuk menarik perhatian pengguna yang akhirnya menyaksikan kehidupan kita di kelilingi oleh iklan…

Pendekatan Islam Dalam Pengurusan Hutang

Seorang penulis iaitu Jon Hanson dalam bukunya yang bertajuk Good Debt, Bad Debt telah mengibaratkan hutang sebagai kolesterol. Seperti kolesterol, hutang jika terlalu banyak boleh mendatangkan masalah kepada individu, malah ada kalanya ia boleh membunuh. Secara kasarnya apa yang dinyatakan oleh penulis ini ada kebenarannya. Kes-kes jenayah yang berkaitan dengan kegiatan along seperti ugutan, bunuh…