Belajar Menerima Perbezaan Pandangan

MANUSIA dijadikan Allah s.w.t. amat bersifat individualistik. Ia sentiasa mempunyai perasaan dan bersikap mementingkan dirinya sendiri. Oleh itu ia merasakan bahawa sebarang apa yang dilakukan dan difikirkannya maka itulah yang benar dan betul, orang lain adalah salah. Inilah sikap dan pendirian manusia yang kadang-kandang mengambil masa yang lama untuk menerima hakikat bahawa dirinya tidak selama-lamanya…

Hak Bersuara Ada Sempadan

DI DALAM ajaran Islam setiap kebebasan mempunyai batas dan hadnya yang tertentu. Hak bersuara umpamanya bukanlah diberikan tanpa sempadan sehingga semua orang boleh berbicara apa saja yang ia mahu tanpa mempunyai prinsip dan asas yang tertentu. Masyarakat Barat yang terkenal dengan masyarakat permisif tanpa terikat dengan prinsip nilai akhlak kerohanian memanglah memberikan hak yang luas…

Tidak Bijak Memulau Akhbar

JIKA orang-orang Islam benar-benar melaksanakan perintah agama dalam menambahkan pengetahuan dengan membaca, iaitu mengikut perintah yang diwahyukan Allah s.w.t kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w melalui ayat pertama yang diturunkan kepada baginda, maka orang-orang Islam merupakan orang yang paling banyak pengetahuannya. Malah jika perintah Allah itu dipatuhi dan dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya oleh orang-orang Islam,…

Berbahaya Jika Terlalu Berpolitik

BERPOLITIK tidaklah menjadi satu kesalahan dalam mempromosi dan melaksanakan sesuatu idea atau gaga-san di dalam masyarakat kita. Kita perlu berpolitik dalam menyusun pentadbiran dan agenda sosial, ekonomi dan sebagainya. Tetapi sebagai satu umat yang terlibat dan komited dengan adab, nilai dan etika keagamaan, maka kita juga harus membataskan diri kita supaya tidak terbawa-bawa dengan sesuatu…

Menjaga Lidah dan Tingkah Laku

DUA perkara penting yang sering diperingatkan Islam kepada manusia supaya menjaga dan memelihara dengan baik ialah penggunaan lidah dan tingkah laku. Rasulullah s.a.w berpesan kepada semua orang iaitu sekiranya mereka beriman kepada Allah dan rasul-Nya maka hendaklah ia mengeluarkan tutur kata yang baik, dan sekiranya tidak ada sesuatu yang baik yang hendak diperkatakannya, maka hendaklah…

Alaf Baru Untuk Siapa?

SAYA anggap diri saya sebagai salah seorang penulis yang bernasib baik kerana dapat menulis – walaupun dengan tulisan seringkas ini – pada hari terakhir abad serta alaf ini. Esok dengan izin Allah s.w.t kita akan memasuki abad baru yang datang hanya seratus tahun sekali, dan yang paling besar kesyukuran kita kepada Allah s.w.t. esok juga…

Islam dan Realiti Masyarakat

REALITI sosial, ekonomi, politik dan perkembangan semasa manusia dan alam sentiasa mendapat tempat dalam pelaksanaan Islam bermula dari zaman Rasulullah s.a.w sehingga ke hari kiamat. Namun satu perkara yang harus diingat, bahawa mengambil kira realiti hidup, tidak semestinya membawa kepada perubahan hukum yang muktamad tentang prinsip agama. Hukum agama tetap wujud dan sah, cuma pelaksanaannya…

Hadapi Pilihan Raya dengan Bijaksana

NEGARA kita kini sedang menghadapi suasana pilihan raya yang amat rancak. Sebagai rakyat negara yang telah menghadapi pilihan raya selama sembilan kali, rakyat Malaysia seharusnya telah matang dan berakal dalam membuat pilihan mereka dan dalam menentukan sikap serta pendirian masing-masing. Bagaimanapun, nampaknya keadaan tidaklah seperti yang diharap-harapkan, kerana dari suasana berkempen, cara meraih simpati dan…